Terima Kasih Sahabat

05 February 2010

440 : hepi annivesary...

setelah bergelar sebagai suami dan isteri pada 5 Februari 2005


alhamdulilah aku dan hubby memanjat syukur kepada Allah yang memanjangkan usia perkahwinan kami yang mencecah usia ke 5 tahun hari ini...pelbagai onak duri dan ranjau beracun yang kami berdua menempuhinya bersama...

5 tahun adalah satu masa yang macam amat singkat namun kalu ikut jumlah hari 1,825 hari aku telah bergelar seorang isteri iaitu tepat pada jam 11.57 pagi pada 05 Februari 2005 yang lalu....

pelbagai pengalaman pahit manis yang aku lalui untuk menjadi seorang yang mithali dan solehah....aku perlu menempuhinya dengan hati yang penuh kesabaran dan ketabahan...walaupun kekadang itu tergugat dan rasa aku ingin menyerah kalah...aku mengaku yang aku bukan seorang isteri yang sempurna terutamanye dalam memberi zuriat pada suami ku....yang itu memang aku mengaku yang aku masih belum mampu untuk menjadi seorang ibu kepada anak-anak aku sendiri....

aku perlu lebih kuat, tabah dan sabar dalam menempuh ranjau perkahwinan yang makin lama makin mencabar....aku takut aku tersungkur, tidak sempat nak bangun dan terus mengaku kalah...namun aku cuba berusaha untuk menjadi seorang isteri seperti yang dikehendaki oleh suami ku, insya'allah...kita hanya merancang dan Allah menentukan segalanya...


semasa hari persandingan pada 6 Februari 2005

rase sedih sangat coz sepatutnya kami meraikan hari ulangtahun perkahwinan kami di Cameron Highland namun ada perkara yang tidak dapat dielakkan terpaksa berhoney moon di rumah sahaja...semoga percutian yang dirancang akan menjadi kenyataan...insya'allah...

selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 5...saya sayang abang....moga perkahwinan kita kekal untuk selamanya walaupun tiada rezki untuk perolehi zuriat lagi....

11 comments:

KM said...

alhamdulilah...moga Allah terus merahmati kebahgiaan anda.....

Jard The Great said...

happy aniversary kak! semoga Allah perkuatkan lagi tali perkahwinan korang.. ehehe

nasazfrog... said...

syukur alhamdulillah usia perkahwinan risa sama cam ina jugak 5 tahun tapi ina 3.7.05.. ina doakan agar kehidupan rumahtanggan kalian di berkatinye,,, n dikurniakan rezeki... insyaalllah.. :)

hazliena said...

hepi anniversary kak...moga cepat dapat rezeki anak...berdoa erk...nanti 1 mac kita jumpa kat kelas erk..hehe...winduu ehhh..:p

pB said...

syukur

moga terus menjadi isteri yang membahagiakan suami

kak pB , tahun ni dah masuk 15 TAHUN.

~dARlee zURiS~ said...

happy anniversary gak,kak!
semoga kekal bahagia,comel sentiasa hingga ke akhir hayat..
amin...

tulip said...

hepi anniversary kak...
jgn putus asa k.. saya doakan akak cepat2 dapat cahaya mata. insyaAllah.

risanur said...

KM >> tq KM...
jard >> tq jard...
nasaz >> sama2 la kita menyambut tahun ke 5 bersama yea...tq...
hazliena >> tq ina..nati kita jumpa kat kelas..akak pun rindu ina gak :)
pB >> tima kasih kak pB...tak tahulah risa boleh sampai ke angka 15 ke tidak...
darlee >> tq :)
tulip >> tq tulip...

qaseh said...

alhamdulillah....sy doakan semoga akak n husband kekal hingga ke akhir hayat

Ah Fatt said...

happy annivessary

risanur said...

qaseh >> tima kasih qaseh...
ah fat >> tq :)