Terima Kasih Sahabat

09 February 2010

444 : latihan kebakaran..

bomba yang baru tiba...

bomba yang telah tiba dan mereka yg menyelamatkan diri...

mereka yang berkumpul di bawah jejantas...


bilik mesyuarat jam 10 pagi tadi, tiba-tiba kami telah dikejutkan dengan satu deringan yang panjang....bunyi loceng yang amat melemahkan jiwa dan badan serta fizikal....dengan paksa rela kami semua yang berada di bangunan sime darby perlu berkejar-kejar bergerak dengan pantas untuk menyelamatkan diri....loceng kebakaran sudah berbunyi...

kami yang berada di aras 4 perlu menyelamatkan bebudak taska sime darby yang berada di aras 1...kononnye nak gi mengambil dan menyelamatkan bebudak tersebut...namun hampa kerana kekawan yang berada di aras 3 iaitu Unit Lembaga Kaunselor dan Bahagian Pembangunan sudah bergerak pantas dan cepat menyelamatkan bebudak tersebut...alhamudilah selamat gitu dalam membawa bebudak tersebut...terima kasih kepada kekawan yang telah menolong kami yang berada di aras 4....terselamat untuk kali ke 2...kali pertama hari tu, kebetulan taska ditutup kerana sakit kaki dan mulut dan kali ini plak ada bahagian yang lebih cepat daripada kami....

aku sempat la mengambil aksi orang berjalan, berkumpul dan aksi kekawan opis aku semasa latihan kebakaran tu....yang pastinye ramai yang jalan berlenggang daripada berjalan laju...almaklumla nak kena menyeberang jejantas maut nak ke sekolah di seberang jalan....aku rase kalu ada api la betul2 confirm ramai yang dah rentung terbakar...yelah jalan berlenggang dan ramai plak yang menunggu di bawah jambatan, kononnye taknak menyeberang jejantas tu....tapi semuanya kena memanjat jejantas tu jugak...
pose menarik dari kekawan di padang sekolah...bomba yang sedang beri taklimat....

latihan kebakaran ni mengambil masa dalam 45 minit dan bomba telah memberi komen bahawa latihan kebakaran ini berjaya...kire berbaloi-baloi la menyeberang jejantas maut tu...

No comments: