Terima Kasih Sahabat

12 February 2010

447 : terasa hati...

aku tidak tahu di mana lagi aku nak mengadu tentang rasa di dalam hati ini....aku dah terasa hati tentang benda ni dah lama namun kejadian petang tadi memang membuatkan hati aku terasa sangat sehingga menitik air mata kerana terlalu sedih...memang sedih sangat aku rasa kan...mungkin orang lain kata aku ini terlalu sensitif namun hanya aku dan beberapa orang kekawan di pejabat sahaja yang merasai perasaan tersebut...

semenjak bos baru ini masuk ke dalam bahagian kementerian kami, memang kedatangannya agak mengejutkan kami yang dah lama dengan struktur pentadbiran bos lama...agak mengambil masa juga la untuk kami membiasakan diri dengan struktur pentadbiran baru...kami cuba sikit demi sikit untuk memahami walaupun mengambil masa...apa yang aku dan mungkin kekawan aku nampak yang big boss ni tidak memandang kami yang di dalam kumpulan sokongan....yang dipandang hanya la kumpulan pengurusan dan profesional (PNP)...kami ingatkan hanya untuk sementara waktu namun dah hampir 6 bulan aku rasa makin lama makin ketara...

kami yang berada di kumpulan sokongan terasa seperti tunggul mati je....kami ada atau tidak seperti tiada apa...kami tahu la kami ni hanya menyemak di mata nye sahaja dan tidak penting langsung dalam kerjayanya....dah la nama aku ni asyik selalu sangat salah sebut dan kekadang tu langsung lupa....

dalam mesyuarat bahagian baru-baru ini, yang pastinye kami yang berada di kumpulan sokongan hanya menyemak menjadi tunggul kayu sahaja....segala pandangan dan cadangan kami ini tidak didengar langsung....nak memandang kami pun rasenya hanya sebelah mata saje....cadangan dan pandangan hanya dari kumpulan PNP saje....agaknya kehadiran kumpulan sokongan ini hanya untuk mencukupkan syarat mesyuarat bahagian saje kot....

kejadian petang ini memang amat aku terasa hati dan sedih sangat....aku rasa macam tak berguna langsung dalam mesyuarat tu walaupun aku tahu proses perjalanan projek tu dari mula penubuhan, pelancaran dan hingga sekarang....nama yang disebut di bibir untuk melakukan keja hanya 2 orang dr PNP sahaja...mereka la yang penting sangat dalam projek ini....rase kewujudan aku ini melukut di tepi gantang....aku memang terasa sangat coz pelantikan teknikal untuk projek ini hanya 2 nama sahaja yang disebut...nama aku dan member aku sorang lagi tidak disebut langsung...that means aku dan kawan aku ini secara automatiknya tidak terbabit langsung la dengan projek ini...tapi aku confirm 2 orang PNP ini akan minta tolong dari aku dan kawan aku ini...entahla aku pun tak tahu apa kedudukan aku dan kawan aku ini...

aku yang terasa hati sesangat ini, kuar dari bilik mesyuarat tu dan terus mengadu kat kawan aku yang sama kumpulan sokongan...aku menangis di hadapan dia, memang aku sedih sangat....fikiran aku stress sangat....apa la nasib aku dan kekawan aku yang berada di kumpulan sokongan ini...

Ya Allah berikan aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi semua dugaan ini....

aku tulis n3 ni bukan untuk memohon simpati namun aku ingin meluahkan apa yang aku rasa dalam hati ini...jiwa aku terseksa dan fikiran aku stress sangat...tak tahu nak meluahkan pada sapa...hanya pada blog dan kekawan yang sudi membaca blog aku ini untuk mendapatkan semangat kembali....

4 comments:

tulip said...

kak.. bos yg sombong tu mesti ptd kan... tak pe la kak. sabar je la.. nanti kalau diorg mintak tlg aku buat tak tau je.. ckp tak terlibat hehe...

Ah Fatt said...

hmm
x layak jd bos mcm tu

ex-bpm n xmakcik seblah said...

bkn PTD tp PBPO perasan bagus punya org...hahhaha....kite pn xsuka dia...nk menunjukkan dia bagus je...mcm dia sorg jer btl dh la xmo dgr pandangan org lain lgsung...mmg bos kite dulu berjuta2 kali baik la...

~aNieQa~ said...

huhuuh...sapa ex-bpm n ex mkcik sblh ni???kdg2 bengang org mcm ni...