Terima Kasih Sahabat

28 February 2010

455 : misi berjaya...

alhamdulilah akhirnya misi aku berjaya...misi membawa kereta seorang diri tanpa ditemani oleh hubby tersayang....macam tak percaya je misi ini berjaya jugak walaupun perasaan di hati berdebar-debar hanya Allah yang mengetahui...

sejak kereta aku ditukar gear box nye ke auto memang aku dah tanamkan hasrat untuk membawa mak, adik beradik serta anak buah aku naik kereta yang dipandu oleh aku sendiri....namun kerana aku tidak mempunyai keyakinan diri, aku just simpankan aje hasrat di dalam hati...

namun semalam (27 feb 2010) hasrat aku telah tercapai walaupun mak aku tidak berkesempatan lagi...aku bawa adik beradik dan anak-anak buah aku naik kereta yang aku pandu....

misinya dari rumah aku (setiawangsa) aku memandu secara solo sendirian menuju ke gombak...dari gombak aku akan membawa family secara berkumpulan aku ke segambut...dan dari segambut pulang ke rumah aku kembali secara sendirian...rase macam tak percaya je aku boleh memandu sendirian....aku mendapat sokongan dan semangat dari my hubby yang berkeyakinan aku boleh lakukan...alhamdulilah...

pelbagai pengalaman yang aku dapat bila memandu secara sendirian...ye la selama ini bila aku memandu my hubby akan berada di sebelah untuk bertindak sebagai pemandu arah apa yang harus aku lakukan....bila memandu secara sendirian aku perlu memandu dan membuat tindakan secara sendirian...aku perlukan keyakinan yang kuat untuk membuat satu tindakan...

aku ingat lagi masa melalui jalan wangsa maju nak ke gombak....aku dari sebelah kanan nak ke sebelah kiri jalan, aku pandang cermin sisi dan belakang untuk memastikan tiada kereta semasa aku nak tukar laluan...setelah memastikan tiada kenderaan, aku bagi signal kiri dan terus membelok tapi aku terkejut tiba-tiba je muncul teksi dari sebelah kiri aku...nasib baiklah teksi tu jauh jugak jaraknya...nasib baik tak jadi apa-apa...tapi memang kejut la perut coz first time aku bawa tiba-tiba cam gitu...memang satu pengalaman baru bagi aku...lepas tu terus aku akan memastikan jarak yang jauh bila aku nak tukar laluan....

pengalaman lain yang aku tempuhi ialah menempuh jalan jem dari jalan taman wahyu hingga ke bulatan segambut....dengan lori, treller, bas, kereta dan motor yang banyak aku perlu melihat semua cermin yang ada...aku tak pernah memandu dalam keadaan sesak cam gitu....memang mencabar sungguh la...dengan keadaan kenderaan yang dekat antara satu sama lain, tiba-tiba je laluan sebelah yang aku lalu tu ditutup memang amat mencemaskan saat itu...tambahan lagi jalan tu memang dikenali sebagai jalan maut...akan ada aje kemalangan yang membabitkan kematian....akhirnya sampai gak la ke rumah mak aku di segambut....

setiap kali aku sampai destinasi aku akan menelefon my hubby....my hubby ucapkan tahniah kerana berjaya juga aku sampai...

masa balik dari segambut ke setiawangsa aku melalu DUKE...memang selalu aku lalui untuk pulang ke rumah namun yang berbezanya hari ini aku bawa secara solo....sampai juga aku akhirnya ke rumah...aku call mak untuk memberitahu yang aku dah selamat sampai...tu pesan dia sebelum aku pulang...risau agaknye anak dia balik sorang-sorang...

yang kelakarnya sampai rumah aku call my hubby untuk guide macamne nak parking....memang lawak je kalu orang melihatnya...ini la kelemahan kenapa aku tak confident untuk memandu sorang diri...aku takut bila nak reverse dan parking....aku masih keliru bagaimana keadaan stereng kereta yang harus aku lakukan...akan aku atasi kelemahan ini dengan membuat training....

pelbagai pengalaman yang aku dapat hasil daripada pemanduan solo aku...yang pastinye tanpa keyakinan dan penumpuan pemanduan memang takkan berhasil...aku akan cuba buat yang terbaik untuk mengatasi kelemahan aku...misi aku untuk membawa mak berjalan-jalan dengan aku memandu masih belum tercapai...insya'allah sedikit masa lagi akan tercapai impian aku itu.....akan aku tunggu masa itu dan akan aku ceta di dalam blog ini sebagai kenangan aku kemudian hari....

6 comments:

~aNieQa~ said...

tahniah..pas ni leh la ajak akak g jln2..tgk wayang ka...hehehe

~aNieQa~ said...

tahniah..pas ni leh la ajak akak g jln2..tgk wayang ka...hehehe

risanur said...

anieqa >> insya'allah...nati kita kuar jln2 k...tapi semuanya ditanggung oleh anika...akak drebar je...hahaha...

~aNieQa~ said...

hahahah..bleh2..no hal punya..jnji jln...ahaks..

~aNieQa~ said...
This comment has been removed by the author.
~aNieQa~ said...
This comment has been removed by the author.