Terima Kasih Sahabat

31 March 2010

478 : berjaya jua....

aku berjaya juga membuat entry ber encrypt cam gini...tima kasih timah kerana memberitahu cara nye...

lepas ni blog aku agak private untuk diri aku juga la...aku masih boleh menyimpan rahsia di sini tanpa diketahui oleh orang lain kecuali aku memberi kata laluannye....

ada masa aku perlu bersendirian dan perlu meluahkan apa yang aku rasa di dalam hati ini....


477 : di bawa angin lalu...

aku tidak tahu ke mana pergi mood aku....
hilang di bawa angin lalu...
bukan sengaja atau mencari alasan...
memang sememangnya aku tiada mood...


tambahan plak lately ni...
aku menghadapi satu penyakit....
yang sukar untuk diterangkan...
ia buat aku tak selesa dan rase kurang bersemangat...
aku rase lemah, letih dan penat sesangat...
rase terbeban sangat kepala ni...


moga aku bertambah sihat...
untuk menhadapi semua kerja dan study aku...
agar aku lebih bersemangat...
tak larat rasenya utk hadapi situasi begini...

30 March 2010

476 : kedekut...


maksud kedekut mengikut wikipedia : sangat berkira-kira hendak membelanjakan wang, bakhil, kikir, lokek, pelit....

selalunye kedekut kita definisikan dalam duit....namun ada jugak orang kedekut spesis jenis lain iaitu kedekut ilmu....

aku tak kisah kalau orang yang kedekut duit ni wujud dalam hidup aku...coz nak buat camne kalu dah memang tak mahu bagi duit kat orang lain, dah memang sah2 dia yang cari duit tu buat apa kita nak minta duit kat dia....tapi aku amat kisah je manusia especially kekawan aku yang kedekut ilmu....

kenapa kita perlu kedekut ilmu padahal ilmu yang kita perolehi tu semuanya dari Allah....cuma bila seseorang tu agak lembap (lambat pick up) atau dungu macam aku ni la yang menerima nasib buruk akibat mereka yang kedekut ilmu ini....

aku ini plak jenis kalu aku tak faham atau tak tahu, aku akan terus tanya tanpa segan silu...yelah dah sah2 kawan kita tahu kan apa salahnye kita minta tolong dia mengajar kita...namun apa yang aku sangkakan adalah berlainan dan berbeza...ye la aku ingatkan kawan aku ini sama la macam aku...bila orang tak tahu kita ajar sampai orang tu tahu tapi yang ini spesis lain....dah la wat tak tahu je bila kita tanya dan siap perli2 aku lagi....kalu tak nak ajar cakap je terus terang tak payah nak perli2 cam gitu...aku ni manusia dan ada perasaan...bukannye tiang lampu pun....

memang benar la kata orang rambut sama hitam namun hati lain-lain....apa yang aku sangkakan selama ini kawan atau sahabat di kala susah senang namun tak sama dalam hati dia...bila susah dan tersepit je baru nak cari aku tapi bila senang dia boleh wat tak tahu dan perli2 lagi....

aku sedar diri yang aku ini lambat pick up dan lambat nak faham sesuatu ilmu baru tapi janganla memperendahkan orang lain....kita ni manusia ada masa kita senang dan masa kita Allah akan menduga tanpa kira masa, tempat dan waktu....

Allah sentiasa ada di sisi ku....hanya Allah yang mendengar segala rintihan dan keluhan hati aku ini.....jauhkanla aku dari sifat kedekut ilmu ini....

29 March 2010

475 : kemalasan...


malas tahap gaban...
rase nak bercuti...
malas nak buat keja...
rase nak tido je, nak relax....

sib baik semua boss takde...
dan nasib baik meeting petang ni tak jadi...
alhamdulilah...

tapi aku tak suka keja last minute...
esok nak meeting, hari ini baru kelam kabut nak wat surat...
tu yang aku sakit hati skrg ini...
ingat senang ke nak uruskan...

27 March 2010

474 : Earth Hour II...

tahun lepas aku menyertainye untuk menyahut cabaran seruan dunia...nak selamatkan bumi yang makin tak bape sihat dan dah makin tua untuk menampung segala dosa kekotoran yang dibuat oleh manusia....

tahun ni aku akan cuba untuk menyahut Earth Hour II ini...ini sahaja sumbangan yang aku dapat aku lakukan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami bumi...

lagi beberapa minit akan berlangsung Earth Hour....aku akan cuba tutup semua kuasa elektrik yang ada kat umah...tapi tak salah kan kalu pakai notebook berkuasa bateri dan berukband....nak gak berfacebook...huhuhu....

473 : sambutan besday mak...

malam tadi kami menyambut sambutan besday mak di kedai Pha Pha Seafood....kedai tu di Simpang Tiga Gombak berhampiran dengan masjid...



ini baru first time kami makan di situ....adik2 aku ajak makan kfc tapi dah bosan la...aku nak makan tomyam dan nak makan selain dari fast food...kami makan bertujuh...

kami order tomyam seafood, kerapu masak 3 rasa, sotong goreng garing, udang goreng tepung, udang goreng kari, kailan ikan masin dan daging masak merah....makanan nye memang sedap la terutama tomyamnye....semuanya makan dengan penuh berselera...

tima kasih pada my hubby kerana belanja mak dan kami semua makan...lain kali boleh pergi lagi yea....seronok aku tengok mak makan dengan penuh berselera....coz mak aku ni agak cerewet sikit bila tang makan ni...ada aje yang tak kena...

aku rasa puas sebab dapat belanja mak dan adik beradik makan...lately mak tak berapa sihat...tu yang bila dapat bawa mak pergi jalan-jalan aku rase gembire....aku nak mak ceria dan tersenyum selalu....aku tahu derita sakit yang mak tanggung....moga mak akan sihat seperti biasa....itu doa aku setiap kali selepas solat....hilangkan derita penyakit yang mak tanggung selama ini....

26 March 2010

selamat hari lahir mak...

selamat hari lahir mak...
moga panjang umur dan dimurahkan rezki selalu....
moga mak akan sentiasa gembire dan ceria...
moga mak akan sihat senantiasa walaupun penyakit mak makin teruk...


aku sanggup menjadi galang gantinya asalkan mak sihat sentiasa...
aku tak sanggup mendengar mak mengaduh kesakitan...
aku tak sanggup melihat dahi mak berkerut kesakitan...
aku tak sanggup melihat sendi-sendi mak yang makin membengkak...


aku mahu mak sihat seperti orang lain...
bahagia dengan suami, anak-anak dan cucu-cucu....
walaupun penyakit ini sukar untuk diubati...
namun aku akan berusaha untuk mencari penawar yang terbaik...
asalkan mak sihat selalu....

25 March 2010

471 :

aku baru je dapat call dari my hubby mengatakan tok telah meninggal dunia pagi ini...aku punye terkejut dan tergamam....

semoga arwah tok akan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman....

last aku jumpa tok pada hari raye hari yang lepas...takde dengar apa2 sakit pun tiba2 je...memang benarla Allah mengetahui segalanye....

p/s : sedang menunggu my hubby ambik nak balik ke taiping...moga perjalanan kami akan selamat pergi dan pulang....

24 March 2010

469 : suka sangat...


skrg ini aku suka sangat makan mee ladna....sebelum ini tak pernah pun aku mencuba mee ladna ini...



ini gara-gara masa tu aku sakit tekak dan batuk....tak nak makan pedas dan berminyak sangat...tu yang pergi kedai aku nak cuba sesuatu yang baru dan yang membuka selera orang tengah sakit...



sebelum ini aku giler suka makan yee mee kantonis...sampai belajar camne nak masak yee mee kantonis ni...



aku mencuba mee ladna la...memang sedapla...maybe sebab kat kedai tu pandai masak kot..skrg ni bila gi kedai tu je confirm aku akan order mee ladna...nanti aku nak cuba belajar masak mee ladna plak....

23 March 2010

468 : akhirnya...

yahooo!!!!!!seronoknye....aku dijemput hadir ke Gatsby Deodorant Street Fair pada 17 April 2010 ini...

memang confirm aku dijemput setelah mendapat invitation rasmi daripada Nuffnang petang semalam...aku ingatkan tak berpeluang langsung coz chance untuk dapat ini memang sukar....rase bertuah sangat...tak sangka apa yang aku tulis n3 untuk event ini dipilih oleh Nuffnang...

aku boleh bawa sorang teman tapi aku tak pasti sapa lagi...kalu nak ajak my hubby, dia tak confirm lagi coz dia bekerja hari sabtu....tak tahu la sapa yang akan menemani aku ke event tu....

ada sesapa blogger yang pergi lagi tak??bolehla kita bertemu di event tu...mesti best kan coz sebelum ini aku hanya mendengar ceta blogger lain pergi event anjuran Nuffnang...kali ini aku plak yang terpilih...rase tak caye je...

kita jumpa di Berjaya Times Square pada 17 April 2010 ini...aku dah kosongkan diari aku hari tu..hope takde apa-apa yang urgent untuk hari itu....

22 March 2010

467 : rindu dengan kenangan...

lately ini aku memang dalam kerinduan sesangat dengan kekawan lama semasa zaman study di sekolah menengah dahulu...sehinggakan aku termimpi-mimpi dengan mereka....

aku rindu dengan semua memori dan kenangan manis dan pahit semasa bergelar pelajar dahulu....hampir 12 tahun aku sudah meninggalkan zaman persekolahan namun kenangan2 itu masih segar diingatan aku....

aku rindukan hari sukan, hari merentas desa, hari persahabatan (hari yang bagi buah apple, oren dan coklat), hari guru dan pelbagai hari-hari lagi....masa hari sukan adalah hari paling best walaupun ianya memenatkan...aku kata best coz kami semua akan bertanding untuk memastikan rumah masing-masing menang...masa tu tak fikir sapa kawan baik atau musuh yang pasti nak menang....

hari persahabatan pun best gak....masa tu sapa yang cantik, glamer dan femes akan banyaklah dapat buah oren, epal atau coklat....tapi sapa yang tak femes tu akan bertukar-tukar hadiah dengan kekawan memasing..coz masa tu sedar diri, takkan sapa yang nak bagi kecuali tukar-tukar cam gitu....aku tahu masa zaman tu aku kurang popular, au hanya akan dapat satu daripada kawan baik aku dan daripada adik-adik angkat aku....masa dapat hadiah tu rasa cam bangga sangat...yelah bukan senang nak dapat hadiah cam gitu walaupun reganya kurang dari seringgit...kita akan menghargainye dan seboleh-bolehnya tak mahu makan....macam-macam la....

semasa tahun STPM plak, masa tu dah senior di sekolah semua pelajar2 junior akan lebih respek gan kita...yelah masa tu hanya pelajar Form 6 sahaja yang layak pakai kasut hitam selain daripada pengawas....masa tu kita senior, semua orang akan mengenali kita walaupun sebenarnya tak femes mana pun...

masa form 6, aku memegang jawatan sebagai penolong setiausaha Pusat Sumber...aku rapat dengan seorang guru ini...namanya Cikgu Faridah Said...aku dah anggap cikgu ini seperti mak angkat aku sendiri...masa aku kawin hari tu aku gagah mencari dia dan alhamdulilah aku jumpa cikgu aku tu...dia menghadiri perkahwinan aku dan aku rasa seronok sangat...namun kini aku terputus hubungannye...sudah puas aku mencarinya namun tidak berjumpa...aku berharap sangat agar aku dapat menemuinya...

skrg ini aku sedang giler mencari kekawan lama dan adik-adik angkat aku masa zaman sekolah menengah terutamanye semasa SPM dan STPM...alhamdulilah ada sebahagiannya aku dah jumpa melalui rangkaian sosial iaitu Facebook...

aku tak sangka aku akan bertemu dengan mereka di alam maya walaupun dah hampir 15 tahun tak berjumpa mereka...masa mula-mula aku jumpa sorang saje dan seterusnya aku jumpa yang lain-lain...makin lama makin berkembang dan makin meluas....sapa kata Facebook ini memberi perspektif buruk????

aku rase bertuah sangat kerana Facebook ini aku dapat mengumpul kembali kekawan aku yang sudah lama terpisah....aku rase masing-masing ada perspektif terhadap FB ini...ada pro dan kontra...tengok pada kegunaan seseorang itu....aku tak rase FB ini membawa banyak keburukan tapi banyak kebaikan...selain kita dapat mengetahui cerita kekawan yang lama terpisah, kita juga dapat melihat rupa kekawan kita dan family2 mereka walaupun sukar untuk bertemu....kita juga dapat chat dan menghantar emel pada kekawan kita tu....

alhamdulilah kerinduan aku pada kekawan makin terubat....sekarang ini kami dalam perancangan nak buat reunion plak tapi tak tahula jadi atau tidak...moga-moga jadi la coz confirm bila dah lama tak berjumpa ni pelbagai cerita menarik yang akan disembangkan...pasal anak2, family, kenangan zaman sekolah dolu2 dan yang pastinye saiz terkini....

21 March 2010

466 : aku bangga...

aku rasa bangga terhadap diri aku sendiri...coz makin hari makin ada peningkatan untuk pemanduan aku...bukan nak bakul sendiri tapi aku perlu puji semangat aku sendiri....kalu bukan diri sendiri nak puji sapa lagi kan....

aku pun tak sangka aku akan berani memandu seorang diri di highway DUKE pada waktu tengah malam...kalu ikutkan mak aku memang tak benarkan aku balik sorang diri...mak aku suruh aku tido je besok pagi baru balik...tapi aku kesian kan my hubby yang kena tido sorang diri isteri mithali katanya ....tu yang aku gagah balik juga....

masa aku memandu tu memang mengelabah dan berdebar-debar gak...aku bawa di lane tengah aje dalam lingkungan 80-90 km/jam....kalu ikutkan hati nak je ikut lane kiri tapi banyak plak motor....tu yang dok kat lane tengah....aku takut gak masa tu kalu ada adegan merempit coz DUKE kan memang femes tempat merempit masa malam minggu...

sebelum aku bergerak dari rumah mak, mak aku siap pesan kalu dah sampai terus call dia...aku tahu mak aku risau coz aku kan baru je belajar memandu...pastu bawa sorang-sorang plak...aku tahu kerisauan seorang ibu...mana mak yang tak sayang anak kan...

aku sampai je aku terus call mak...alhamdulilah katanye...lepas ni boleh la aku bawa kereta lagi ke rumah mak aku...

lepas ni aku kena banyak berlatih untuk parking kereta plak..coz benda ini lah yang melemahkan aku bila nak memandu...aku masih belum cekap untuk memarking kereta....terutama masa nak reverse kan kereta...aku masih keliru...ada sesapa kekawan yang ada tips untuk memudahkan aku semasa nak reverse kereta...aku keliru semasa nak pusing stereng kereta....

bila aku dah dapat skill untuk parking kereta, insya'allah pasni takdelah aku menyusahkan my hubby untuk hantar aku ke mana saje...aku punye target nak bawa kereta ke opis dan ke tempat belajar...semoga apa yang aku impikan akan tertunai...insya'allah...

19 March 2010

465 : I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair...

seminggu ni memang aku sibuk sesangat...setiap hari ada saje mesyuarat dan bengkel yang harus aku hadiri....hanya Allah saja yang tau kepenatan dan keletihan yang harus aku tempuhi...

petang semalam balik je bengkel dari Nilai, aku pulang ke pejabat dan menyemak emel...nak blog hawking memang tak sempat la...sedang aku menyemak dan membaca emel, aku terkejut dan tergamam kerana perolehi emel daripada Nuffnang...aku tak sangka aku akan dapat emel ini...rase teruja sangat...yelah aku ini kan bukan blogger femes seperti yang lain-lain....aku ini hanya blogger yang biasa-biasa saje...tu yang terkejut beruk bila dapat emel dari Nuffnang ni...

aku dijemput untuk menghadiri event Gatsby Deodorant Street Fair pada 17 April 2010 di Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 5 petang...

event yang dianjurkan akan mengumpulkan seramai hampir 400 orang blogger yang dijemput khusus.....mesti blogger-blogger yang terkenal akan datang menyertai event ini...

pelbagai permainan menarik fun-fair games seperti Sumo Wrestling (dalam beg udara), gladiator battles dan macam-macam permainan yang mudah untuk memenangi hadiah akan dianjurkan...aku rase teruja sangat untuk menyertai event ini...yelah bukan senang nak menyertai event yang melibatkan blogger-bloger ini....boleh bertukar-tukar pendapat dan pengalaman antara mereka yang terkenal...

bukan permainan saja yang dianjurkan namun lucky draw cabutan bertuah untuk blogger-blogger dan pengunjung juga akan diadakan...antara hadiah-hadiah cabutan bertuah menariknye seperti gadjet, barangan elektronik dan pelbagai hadiah lain yang berjumlah hampir RM 15,000.00 boleh dimenangi ....adakah aku akan bertuah!!!

bukan blogger saje yang akan dijemput oleh Nuffnang, mereka yang berminat untuk menyertai nye juga boleh memenangi tiket ke sane dengan melayari laman khas Gatsby Deodorant Streetfair iaitu www.gatsby.com.my/streetfair layarinya untuk mengambil bahagian....mungkin kita boleh berjumpa di sana.... beberapa permainan dan pemenang mingguan akan mendapat dua tiket percuma ke event ini.... jangan lepaskan peluang tersebut....

aku akan kosongkan diari aku pada 17 April 2010 untuk pergi ke event Gatsby Deodorant Street Fair.....aku nak sangat ke sana....ada ke sesapa kawan blogger yang akan pergi ke sana, boleh la kita berdating berjumpa di sana....

464 : sesungguhnya...

sesungguhnya minggu ini adalah minggu yang amat penat dan meletihkan aku...tidak sabar untuk aku bercuti...cepatlah berakhir hari Jumaat ini...aku ingin merehatkan diri yang dari keletihan teramat ini....

minggu ini jadual aku terlalu teramat penuh dengan mesyuarat dan menghadiri bengkel....mesyuarat setiap hari, dari pagi hingga petang amat melelahkan aku...

aku ingin bercuti sangat...badan aku ini benar-benar keletihan....

aku rindu nak menjelajah blog kekawan....

15 March 2010

463 : jalan-jalan di jalan TAR

hari sabtu lepas aku ajak my hubby gi jalan-jalan pasar malam jalan TAR....dah lama aku tak gi terjah ke sana...hampir 3 tahun kot....aku pun heran kenapa tiba-tiba aku nak ke sana....takde apa pun nak cari tapi nak berjalan je...

aku sampai di jalan TAR dalam kul 6.00 petang....orang punye la ramai macam kan ada barang free je...memang terpaksa berhimpit-himpit la...aku dan my hubby just cuci-cuci mata sahaje....

masa tengah jalan-jalan tu, hidung aku terhidu bau kuah asam laksa....nampak dari segi dekorasi dan susunan barang laksa tu memang memikat hati dan menyelerakan....aku terus ajak my hubby berhenti makan kat situ...nasib baik la ada tempat kosong...

aku terkejut nengok mangkuk laksa utara tu....punye la besaq....semangkuk RM5....memang power la laksa utara ni...cukup masam, pedas dan rase segalanya...dah rasa macam makan laksa shack la plak...

yang pastinye makan laksa tu memang berpeluh la coz open air takde aircond dah laksanye memang power kerana pedas...tapi layan la....

pas dah puas jalan-jalan TAR tu my hubby ajak nengok wayang ceta Alice in wonderland....kami gerak ke Galaxy Ampang coz kat situ la tempat kami selalu menonton....tapi memang agak menghampakan coz kat situ takde panggung wayang 3D....terus cancel nak menonton coz tak best la tengok ceta 3D tapi takde 3D...baik menonton kat tempat lain...tapi confirm tiket wayang majoritinye dah habis...terus cancel, lain kali ajela pergi menonton...

kami just pusing-pusing di Galaxy Ampang tu...

14 March 2010

462 : semua baru...

kulit baru, template baru, warna baru dan semuanye serba baru...
moga aku akan mendapat idea yang lebih segar dan baru jua...

semoga aku menjadi lebih bersemangat...
tapi yg pasti blog aku tetap menjadi tempat aku meluahkan segala rasa hati...
segala apa yang terpendam di nurani....
segala apa yang terperap di otak...
agar aku tidak mendapat sakit ati dan sakit otak yang teruk...

semoga aku mendapat kelegaan di kala aku marah...
di kala aku sakit hati dengan some body...
di kala aku nak mendapat ketenangan...

aku ingin blog aku menjadi tempat kenangan aku untuk hari depan...

11 March 2010

461 : pa hal!!!

aku sakit ati betul bagi arahan kat emel tapi tak clear dan mengelirukan apa yang hendak diarahkan....

bila kita reply emel untuk bertanya lebih lanjut kat dia, dia kata kalau baca dengan lebih teliti confirm boleh faham....salah ke aku nak bertanya dengan lebih terang dan jelas agar tidak berlaku kekeliruan yang tidak diinginkan....

yang aku geram tu, dia kata kita masih boleh bercommunicate....kenapa dia nak salahkan pasal komunikasi plak....aku jadi tak faham dengan sekeliling aku ini....

aku tau la kau tu boss....boleh bagi arahan tapi kalu nak bagi arahan kat anak buah biarlah anak buah tu faham dengan jelas....nati kang kata aku ni susah nak berkomunikasi dengan boss plak...

pagi-pagi dah buat aku hangin satu badan....

09 March 2010

460 : terkena jugak...

ingatkan boleh lari tapi tak boleh gak...
dari mulut buaya masuk mulut naga terus...

ada member yang kata aku ada blog depan big boss...kantoi!!!
terus big boss suruh aku upkan satu blog untuk Kementerian...bukan aku tak mau buat tapi aku tak mau dikatakan melanggar batas-batas yang ada...aku tau aku inikan golongan pekerja bawahan saje...tak nak la nanti ada orang cakap belakang kata aku ini melangkau second boss plak....aku tak suka orang bercakap belakang...that why aku tak mau mengaku ada blog...

tapi disebabkan arahan 'saya yang menurut perintah' aku bekerjasama dengan fatimah...kena create blog baru dan masukkan serba sedikit content dalam masa 2 jam...coz nak ditunjukkan di hadapan big big boss...thanks fatimah dan jie....kalu ikutkan hati memang aku tak mau buat...bukan apa...

dulu aku pernah createkan satu blog untuk bahagian...masa mula2 je aktif pastu jadi pekasam....kalu aku tak aktif memang confirm la bersarang blog bahagian tu...tu yang buat aku frust sesangat...

ntah la aku hanya buat yang termampu sahaj
a....

459 : tidak mahu...

baru kejap tadi big boss aku tanya sapa yang ada blog dan aktif berblog di bahagian aku ini....aku jadi terkedu dan menjawab tidak tahu...

aku tidak mahu mengaku salah sorang yang ada blog...aku tidak mahu menjadi 'mangsa' dan aku tidak mahu big boss aku membaca apa yang aku tulis...

aku dah tak sanggup mahu orang di pejabat aku ini mengetahui kewujudan blog aku ini...cukupla hanya mereka-mereka yang mengetahui sahaja...aku tidak mahu blog ini menjadi speskulasi dan hot apabila ada entry2 yang panas yang aku tulis...

tidak mahu sejarah mungkin berulang....

03 March 2010

458 : tidak sanggup...

memang benar kata orang bahawa dunia adalah sebuah pentas lakonan dan pelakon nya adalah antara kita....kita yang memainkan peranan untuk menghidupkan suasana drama kehidupan itu....antara menjadi baik, buruk, pahit, manis atau apa yang kita mahukan....

namun di saat ini, aku sudah tidak sanggup lagi dan aku tak larat nak jadi pelakon di pentas kehidupan ini...

aku ingin menarik diri dari segalanya....
tidak sanggup lagi untuk berpura-pura kerana hati ini bertambah sakit yang amat dalam....