Terima Kasih Sahabat

19 March 2010

465 : I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair...

seminggu ni memang aku sibuk sesangat...setiap hari ada saje mesyuarat dan bengkel yang harus aku hadiri....hanya Allah saja yang tau kepenatan dan keletihan yang harus aku tempuhi...

petang semalam balik je bengkel dari Nilai, aku pulang ke pejabat dan menyemak emel...nak blog hawking memang tak sempat la...sedang aku menyemak dan membaca emel, aku terkejut dan tergamam kerana perolehi emel daripada Nuffnang...aku tak sangka aku akan dapat emel ini...rase teruja sangat...yelah aku ini kan bukan blogger femes seperti yang lain-lain....aku ini hanya blogger yang biasa-biasa saje...tu yang terkejut beruk bila dapat emel dari Nuffnang ni...

aku dijemput untuk menghadiri event Gatsby Deodorant Street Fair pada 17 April 2010 di Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 5 petang...

event yang dianjurkan akan mengumpulkan seramai hampir 400 orang blogger yang dijemput khusus.....mesti blogger-blogger yang terkenal akan datang menyertai event ini...

pelbagai permainan menarik fun-fair games seperti Sumo Wrestling (dalam beg udara), gladiator battles dan macam-macam permainan yang mudah untuk memenangi hadiah akan dianjurkan...aku rase teruja sangat untuk menyertai event ini...yelah bukan senang nak menyertai event yang melibatkan blogger-bloger ini....boleh bertukar-tukar pendapat dan pengalaman antara mereka yang terkenal...

bukan permainan saja yang dianjurkan namun lucky draw cabutan bertuah untuk blogger-blogger dan pengunjung juga akan diadakan...antara hadiah-hadiah cabutan bertuah menariknye seperti gadjet, barangan elektronik dan pelbagai hadiah lain yang berjumlah hampir RM 15,000.00 boleh dimenangi ....adakah aku akan bertuah!!!

bukan blogger saje yang akan dijemput oleh Nuffnang, mereka yang berminat untuk menyertai nye juga boleh memenangi tiket ke sane dengan melayari laman khas Gatsby Deodorant Streetfair iaitu www.gatsby.com.my/streetfair layarinya untuk mengambil bahagian....mungkin kita boleh berjumpa di sana.... beberapa permainan dan pemenang mingguan akan mendapat dua tiket percuma ke event ini.... jangan lepaskan peluang tersebut....

aku akan kosongkan diari aku pada 17 April 2010 untuk pergi ke event Gatsby Deodorant Street Fair.....aku nak sangat ke sana....ada ke sesapa kawan blogger yang akan pergi ke sana, boleh la kita berdating berjumpa di sana....

1 comment:

~aNieQa~ said...

bestnya...bleh ikut x kak???