Terima Kasih Sahabat

22 March 2010

467 : rindu dengan kenangan...

lately ini aku memang dalam kerinduan sesangat dengan kekawan lama semasa zaman study di sekolah menengah dahulu...sehinggakan aku termimpi-mimpi dengan mereka....

aku rindu dengan semua memori dan kenangan manis dan pahit semasa bergelar pelajar dahulu....hampir 12 tahun aku sudah meninggalkan zaman persekolahan namun kenangan2 itu masih segar diingatan aku....

aku rindukan hari sukan, hari merentas desa, hari persahabatan (hari yang bagi buah apple, oren dan coklat), hari guru dan pelbagai hari-hari lagi....masa hari sukan adalah hari paling best walaupun ianya memenatkan...aku kata best coz kami semua akan bertanding untuk memastikan rumah masing-masing menang...masa tu tak fikir sapa kawan baik atau musuh yang pasti nak menang....

hari persahabatan pun best gak....masa tu sapa yang cantik, glamer dan femes akan banyaklah dapat buah oren, epal atau coklat....tapi sapa yang tak femes tu akan bertukar-tukar hadiah dengan kekawan memasing..coz masa tu sedar diri, takkan sapa yang nak bagi kecuali tukar-tukar cam gitu....aku tahu masa zaman tu aku kurang popular, au hanya akan dapat satu daripada kawan baik aku dan daripada adik-adik angkat aku....masa dapat hadiah tu rasa cam bangga sangat...yelah bukan senang nak dapat hadiah cam gitu walaupun reganya kurang dari seringgit...kita akan menghargainye dan seboleh-bolehnya tak mahu makan....macam-macam la....

semasa tahun STPM plak, masa tu dah senior di sekolah semua pelajar2 junior akan lebih respek gan kita...yelah masa tu hanya pelajar Form 6 sahaja yang layak pakai kasut hitam selain daripada pengawas....masa tu kita senior, semua orang akan mengenali kita walaupun sebenarnya tak femes mana pun...

masa form 6, aku memegang jawatan sebagai penolong setiausaha Pusat Sumber...aku rapat dengan seorang guru ini...namanya Cikgu Faridah Said...aku dah anggap cikgu ini seperti mak angkat aku sendiri...masa aku kawin hari tu aku gagah mencari dia dan alhamdulilah aku jumpa cikgu aku tu...dia menghadiri perkahwinan aku dan aku rasa seronok sangat...namun kini aku terputus hubungannye...sudah puas aku mencarinya namun tidak berjumpa...aku berharap sangat agar aku dapat menemuinya...

skrg ini aku sedang giler mencari kekawan lama dan adik-adik angkat aku masa zaman sekolah menengah terutamanye semasa SPM dan STPM...alhamdulilah ada sebahagiannya aku dah jumpa melalui rangkaian sosial iaitu Facebook...

aku tak sangka aku akan bertemu dengan mereka di alam maya walaupun dah hampir 15 tahun tak berjumpa mereka...masa mula-mula aku jumpa sorang saje dan seterusnya aku jumpa yang lain-lain...makin lama makin berkembang dan makin meluas....sapa kata Facebook ini memberi perspektif buruk????

aku rase bertuah sangat kerana Facebook ini aku dapat mengumpul kembali kekawan aku yang sudah lama terpisah....aku rase masing-masing ada perspektif terhadap FB ini...ada pro dan kontra...tengok pada kegunaan seseorang itu....aku tak rase FB ini membawa banyak keburukan tapi banyak kebaikan...selain kita dapat mengetahui cerita kekawan yang lama terpisah, kita juga dapat melihat rupa kekawan kita dan family2 mereka walaupun sukar untuk bertemu....kita juga dapat chat dan menghantar emel pada kekawan kita tu....

alhamdulilah kerinduan aku pada kekawan makin terubat....sekarang ini kami dalam perancangan nak buat reunion plak tapi tak tahula jadi atau tidak...moga-moga jadi la coz confirm bila dah lama tak berjumpa ni pelbagai cerita menarik yang akan disembangkan...pasal anak2, family, kenangan zaman sekolah dolu2 dan yang pastinye saiz terkini....

No comments: