Terima Kasih Sahabat

20 April 2010

491 : clash of titans....

sapa yang dah nengok ceta ni???apa pendapat kalian tentang ceta ni??mengarut, merepek atau seronok??

hari sabtu malam my hubby telah mengajak aku gi menonton filem ini...my hubby call aku masa tu aku masih di event gatsby lagi...katanye malam ni kita gi nonton....katanye ceta clash of titans...aku penah la dengar ceta ni tak amik port sangat coz aku ni susah sikit nak tau perkembangan semasa filem yang ada di pasaran...maybe aku tak bape minat menonton kot...

kalu ikutkan penat memang tak larat dah nak menonton malam tu...yelah dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang aku berkampung di BTS...namun kerana sayang aku ikutkan jela...aku takut aku tertido je dalam panggung je...

balik dr BTS aku terus surf tenet untuk melihat cinema dan waktu tayangan...my hubby kata best kalu nengok 3D tapi yang tayangan 3D semuanye dah fully book...

akhirnya aku dan hubby wat keputusan untuk melihat di tempat kesukaan kami....di Galaxy Ampang jam 8.45 malam....bertolak dari rumah lepas solat maghrib dan terus memecut laju ke sana....seperti biasa bila melalui MRR2 memang sukar untuk diramalkan....trafik agak perlahan...dalam hati sempat ke tidak???

memang rezki kami agaknye, kami sampai di Galaxy Ampang pada jam 8.30pm dan tiket untuk Clash of Titans masih ada....3 row dari hadapan...kire ok la daripada menongak sakit tengkuk....

jalan cetanya memang agak mengarut bagi kita yang beragama Islam....bole menonton untuk menimba pengetahuan tentang sinemografi zaman Greek, sejarah epik 3 dewa tapi dalma ceta ni ditonjolkan 2 dewa utama iaitu hardes dan zeus...kalu tak salah aku la zeus tu diibaratkan Tuhan yang manusia sembah selalu dan hades tu seumpama syaitan yang dok kat dalam neraka...

teraju utama utama hero iaitu Perseus iaitu anak separuh dewa dan manusia...anak dewa Zeus katanye...namun Perseus tak penah mengaku yang dia ni ada dewa tapi mengaku dia manusia kerana di jaga oleh bapa dan mak angkat....

dewa hades plak nak balas dendam pada Zeus kerana meletakkan dia di neraka...Perseus plak telah cuba untuk menyelamatkan negara Argos daripada dimusnahkan oleh hardes...pelbagai dugaan yang perseus perlu lalui untuk menyelamatkan negara Argos ni....

memang nampak mengarut coz ada macam2 benda macam kraken (dajal kot) anak hades kononnye dan perlu berlawan dengan Perseus dengan menggunakan menusa...jika tengok mata menusa ni confirm jadi batu...ceta selanjutnya pepandai la kalian menontonnye sendiri jika berminat untuk mengetahuinya...

aku tak pandai nak bagi analisis tentang filem tapi aku hanya berceta pasal pendapat aku sahaja tentang filem ini....jangan marah yea kalau sesapa kata ceta ini best....

3 comments:

Azuan said...

tak tengok lagi~ member ramai kata best huhuu

Kapten said...

galaxy ampang? tempat aku selalu tgk movie gak tu

haha

risanur said...

azuan >> pergi la tengok dan menilainye sendiri...macam akak tak bape suka ceta mengarut cam gini..boleh layan je la...

kapten >> nati bole la belanja akak dan husband menonton di sana...