Terima Kasih Sahabat

21 April 2010

492 : drama sebabak...

tarikh : 21 april 2010
masa : 12.30 pm
tempat kejadian : food court, maju junction
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
aku memang kemaluan malu teramat sesangat tengahari tadi...rasa nak menyorok dan lari saje dari tempat kejadian tersebut...ataupun kalu boleh pada masa itu, terus nak jadi invisble terus....hanya Allah saja yang tahu keadaan aku masa tu....malu, terkejut, tergamam dan segalanye berkeceramuk dalam hati....

lunch tadi aku dan adik aku gi makan di food court maju junction....nak makan sizzling noodles....aku pergi la beratur untuk memesan order dan aku soh adik aku pergi beli air....

sementara menunggu 2 sizzling noodles di masak aku amik cili padi kicap dan letak di atas meja...bila dah siap satu aku nak angkat tapi ntah macam mane aku terangkat 2 talam sekaligus tangan sebelah kiri dan sebelah kanan plak meangkat satu talam....terus jadi senget dan dalam masa tak sampai sesaat dan ditambah dengan clusmy kelam kabut aku masa tu, terus la terjatuh pinggan sizzling tu....dan dalam masa yang sama aku telah trtumpahkan satu mangkuk kicap cili padi yang penuh dengan kicap....abis kuah kicap kakak kedai tu....aku dah jadi tak tahu nak buat pa dah masa tu.....yang pasti kaki ku telah terkena sizzling noodles tersebut....dahla panas berasap....nasib baik la kaki ku ini kuat...hahaha....

kakak kedai tu mesti bengang giler coz aku dah menumpahkan satu mangkuk kicap tapi nasib baik aku tak tumpahkan satu mangkuk sambal belacan...confirm bertambah bengangla kakak tu coz nak kena menumbuk lagi sambal tu....

yang kedua bengang adalah mamat dan minah cleaner kat situ...bertambah kerja la kan coz nak mencuci bekas sizzling tu dan kicap yang tumpah...dan perlu mengelap semua talam2 yang berada kat situ coz kuah kicap tu tumpah atas talam2 yang banyak di situ....aku tengok mamat dan minah cleaner tu pandang aku dengan penuh perasaan geram je...sambil2 menunjuk2 ke arah aku...

aku tak tahu la camne aku boleh jadi kelam kabut cam gitu....aku rasa aku jadi badut pelakon drama sebabak tengahari tadi...aku tak tahu mana nak letak muka aku ini...nasib baiklah ketika itu orang yang datang membeli makanan masih belum ramai coz baru kul 12.30pm....kalu pukul 1.00pm memang confirm lagi malu besar la....

adik aku pun terkejut bila sampai kat tempat aku tu....yang pasti muka aku pucat lesi dan rasa bersalah sangat pada kakak kedai tu...yelah telah menumpahkan kuah kicap dia...tapi akak kedai tu tak charge pun kerugian dia...alhamdulilah...maybe sebab aku ini regular customer kat situ...dah dia juga hanya charger untuk 2 pinggan sizzling noodle je....mungkin salah kire kot coz aku dah buat kelam kabut di situ....

macam-macam la aku ini....memang malu sesungguhnye...

3 comments:

Aidi-Safuan said...

la, awat tak pura2 pengsan lepas tuh?

Kapten said...

haha
betul kata aidi

risanur said...

aidi safuan >> takkan makanan yg jatuh ke lantai terus nak pengsan...kalu terlanggar apa2 tu boleh la jugak berlakon pengsan...

kapten >> yelah menyokong aje pa yg aidi cakap///