Terima Kasih Sahabat

08 May 2010

509 : selamat hari ibu...

9 mei 2010...

aku nak wishkan selamat hari ibu kepada mak aku iaitu Sa'ayah Mat Jamin, mak mertua ku Normawati Desa dan kakak kembarku iaitu Sarina Sabri...semoga pengorbanan mereka sebagai seorang ibu kepada anak-anak mereka akan terbalas...

dan aku juga nak mengucapkan selamat hari ibu kepada kawan-kawan ku yang telah bergelar seorang ibu...

aku juga la yang belum bergelar seorang ibu walaupun dah menjadi seorang isteri 5 tahun...belum ada rezki...huhuhu...sedih bila difikirkan namun ketentuan dr Allah aku tidak boleh menolaknya...aku perlu menerima dengan penuh redha dan pasrah...belum ada rezki katanye...

mesti best kan bila ada anak pastu dapat wish dari suami, kekawan dan sesapa sahaja...mungkin aku akan berasa saat itu namun tidak tahu bile...aku perlu menunggu dengan penuh kesabaran...

selamat hari ibu pada mak ku...setiap pengorbanan mu aku tidak dapat membalasnye dengan apa pun...aku hanya mampu buat apa yang aku mampu sahaja...aku berharap sangat mak akan sentiasa sihat, ceria, senyum selalu, bahagia untuk selamanye...aku tidak sanggup melihat mak dalam kesedihan...aku tidak mahu melihat mak berduka lara...

impian aku adalah untuk membahagiakan mak dan bapa ku selagi nyawa ku dikandung badan...insya'allah...

No comments: