Terima Kasih Sahabat

16 May 2010

516 : 5 tahun sudah....

16 Mei 2005...
satu tarikh yang aku akan ingat selagi aku bergelar seorang pekerja...
tarikh ini adalah tarikh aku melaporkan diri sebagai pekerja...
tarikh aku bergelar sebagai seorang penjawat awam...

setelah sekian lama aku menganggur selepas habis pengajian....hampir 2 tahun aku menganggur tanpa kerja sehingga aku dah kecewa untuk memperolehi kerja dengan menggunakan diploma aku...aku hanya bekerja biasa-biasa saje...sebagai kerani operasi di sebuah syarikat kawalan sekuriti...

memang Allah telah mentakdirkan aku untuk memperolehi kerja sebagai penjawat awam ini...walaupun aku kehilangan keguguran baby aku berusia 8 minggu, namun Allah telah memberikan rezki aku di tempat lain...

mak aku kata 'takde rezki nak dapat baby, namun Allah memberi rezki untuk masa depan aku'...alhamdulilah....

masih aku ingat lagi kenangan 5 tahun lepas, aku menerima surat tawaran bekerja semasa aku berada di wad gyne HKL....masa tu hampir 3 minggu aku menjadi pesakit setia di HKL...hanya Allah saja yang tahu perasaan aku ketika itu....aku sedih sangat apabila kandungan aku disahkan gugur namun Allah memberi berita gembira kepada aku, my hubby dan family aku...

aku bersyukur kepada Mu Ya Allah....Kau telah mengatur segalanye pada aku....

sudah lima tahun aku menabur bakti di sektor awam...moga aku akan bekerja dengan bersungguh-sungguh walaupun pelbagai tekanan yang akan aku hadapi....moga Allah akan memberikan rezki halal kepada aku untuk aku membalas jasa pada kedua ibu bapa aku dan kepada aku....insya'allah...moga Allah akan memberkati dan merahmati segala rezki yang aku perolehi ini...

No comments: