Terima Kasih Sahabat

26 May 2010

521 : cameron highlands II...


sepanjang aku berada di Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam aku telah diduga oleh Allah dengan kesihatan yang kurang memuaskan...aku telah mendapat selsema, batuk dan sakit tekak yang amat teruk....ditambah plak dengan cuaca yang sememangnye sejuk...namun aku bersyukur bengkel masih berjalan dengan lancar...alhamdulilah...mencapai objektif bengkel yang hendak dicapai....

cameron highlands yang diselabungi kabus waktu pagi...

hari kedua aku berada di sana, pagi-pagi lagi bumi cameron highlands telah disirami hujan pagi....kabus yang amat tebal dan cuaca yang amat dingin sekali dirasakan....kami bersarapan sambil menghirup udara segar cameron...amat sukar untuk mendapat cuaca sebegini di kuala lumpur...kecuali la kuala lumpur dilimpahi air hujan 3 hari 3 malam....

jadual bengkel memang amat padat dengan brainstorming dan pembentangan....aku plak sebagai urusetia memang perlu mengurusetia bengkel ini berjalan dengan lancar...perlu memastikan semua peserta selesa dengan penginapan dan pelbagai lagi....nasib baik aku mendapat sorang event sales manager yang amat peramah dan memahami situasi kami...thanks sarah kerana banyak membantu operasi bengkel kami berjalan dengan lancar...walaupun sarah ini baru je bertugas di equtorial baru seminggu namun dia tetap melayan kami tanpa kekok....aku berpuas hati dengan cara layanannya....

urusetia dan our big boss...

petang plak ada acara riadah iaitu acara yang dinati-natikan oleh semua peserta...setelah seharian bertungkus lumus memerah kepala hotak, kami urusetia telah menyediakan satu trip pendek ke strawberry park dan pasar malam brinchang....


tapi yang tak bestnye kat strawberry park ini kami tak boleh nak masuk untuk melihat dan memetik sendiri buah strawberry tu....kecewa sungguh...owner strawberry park tu kata kami dah tak buka pada orang ramai kerana pokok strawberry amat sensitif dengan bau minyak wangi dan asap rokok...memang hampes la....nak wat camne kan...ambik pict pun hanya di depan farm tu je lah....

bergambar bersama sarah dan jie...

kat pasar malam plak, aku gigih mencari pokok cili yang mak aku pesan....mak aku nak sangat pokok cili butang dan pokok bunga orkid...berkeliling mencari pokok cili butang mak aku tu...yang banyak ada lah pokok cili padi la....bila aku tanya penjual katanya takde pokok cili butang....tapi aku nekad juga nak mencari bagi tidak mengecewakan mak aku...aku akan mencari nya sampai dapat kerana ada masih sehari lagi....

malam, aku punye selesema makin teruk....aku dah telan ubat panadol soluble tapi masih tak jalan juga....dah la makin malam makin sejuk...nasib baik la ada sorang boss yang begitu prihatin telah memberi aku 2 biji ubat selesema yang amat kuat...dia soh aku makan lepas abis bengkel....coz memang akan tido punye...

pas bengkel ada acara berkaroeke namun aku tidak dapat nak menyertainye...aku memang dah flat dan tak larat sangat...aku nak sangat baring ketika itu dan rehat sepuasnye lepas makan ubat....

aku rehat dan tido selepas menelan ubat....cuaca malam makin lama makin sejuk dan mendinginkan...kalu ada my hubby kan best...boleh memanaskan suasana tapi mu hubby jauh berada di kuala lumpur....huhuhu....

No comments: