Terima Kasih Sahabat

22 June 2010

536 : akhirnya tewas juga...

tepat jam 10 malam pada tanggal 21 Jun 2010, setelah teguh berdiri selama 120 tahun, akhirnya tembok penjara pudu tewas juga kerana arus pembangunan di Kuala Lumpur....

Penjara Pudu yang berada di persimpangan jalan Pudu telah berada hampir 120 tahun dan telah ditutup sepenunya pada tahun 1996 kerana kepadatan banduan yang ada dan ketidaksesuaian penjara yang berada di tengah Kuala Lumpur....


aku masih ingat lagi semasa tahun 1997, aku berpeluang memasuki Penjara Pudu semasa Penjara Pudu dibuka sempena lawatan...aku berpeluang berasa macamne gementarnye berada di bilik hukuman gantung...hanya Allah saja yang mengerti perasaaan aku ketika itu....kami diarahkan duduk di bilik hukuman gantung tersebut dan mendengar visual yang dimainkan...seumpama kita plak yang nak menghadapi hukuman gantung tu...rasa insaf dan tidak mahu salah ketika itu bercampur baur...

aku juga berasa untuk melihat dan merasai duduk di dalam sel penjara yang kecik...berasa kehidupan sebagai seorang banduan di dalam penjara...pelbagai tempat yang dibuka untuk lawatan seperti tempat basuh kain, tempat mandi banduan dan macam-macam lagi...alhamdulilah aku berasa masuk dan menjejakkan kaki ke Penjara Pudu...

tak salah aku lawatan hanya dibuka dalam sekitar setahun dua saje...selepas itu Penjara Pudu ditutup dan hanya diguna pakai untuk tahanan sementara PATI...

sedih plak rasenya bila pengumuman Penjara Pudu akan diroboh dibuat oleh Kerajaan...coz ini adalah salah satu menomen penting sejarah Malaysia...namun arus pembanguna yang amat pesat dan ketidaksesuaiannye berada di situ...almaklumla betul2 berada di persimpangan jalan...tak salah aku, akan dibuat jalan bawah tanah setelah acara roboh selesai diadakan...

kenangan berada di Penjara Pudu selama sehari di sana akan menjadi kenangan bagi aku untuk seumur hidup...bukan senang nak berpeluang masuk ke penjara jika kita takde buat salah atau nak buat lawatan melawat banduan ke sana...

p/s : kalu nak tau lebih lanjut tentang sejarah Penjara Pudu boleh la layari website Jabatan Penjara Malaysia...

2 comments:

tulip said...

kak saya pun pernah masuk time sekolah2 dulu. time tu ada lawatan. memang menyeramkan kalau masuk kat tempat kene gantung...

risanur said...

tulip >> kenangan yg sukar diperolehi kan oleh semua orang...hanya org yang berpeluang saja berkesempatan dapat masuk...