Terima Kasih Sahabat

24 August 2010

560 :

ketika ini aku rasa down sangat...
semangat aku hilang seperti angin lalu...
aku tidak tahu bagaimana hendak menerima semua ini...

malam semalam aku rasa berdebar-debar sesangat dengan tiba2...
pagi ini aku dikejutkan dengan berita yang menyesakkan fikiran...

aku diduga dengan pelbagai...
namun aku akan cuba untuk menghadapinya...
dengan pasrah dan redha...
insya'allah...

moga semangat aku akan dikembalikan kembali...
moga dengan kesibukan lately ini dapat aku lupakan segalanya...
moga aku kuat...

22 August 2010

559 : menu berbuka...


untuk tahun ini aku dah amat jarang menceritakan juadah berbuka aku...kerana kesibukan yang teramat sangat...kalu tidak hampir setiap hari aku akan melaporkan apa yg aku masak atau beli...

untuk menu berbuka puasa ke 12 ini, insya'allah kami akan berbuka dengan ikan bakar...ini semua idea daripada mmy hubby....dia nak bakar sendiri...my hubby suka makan ikan bakar kalu dibakar dengan arang...dia paling tak suka ikan bakar yang masak atas kuali....tak kick katanya...


kul 2 aku dan my hubby gi beli peralatan dan persiapan untuk masak ikan bakar di pasar chow kit...aku gi beli ikan siakap, pari dan kembung...balik je dari pasar aku terus gi menyiapkan bahan-bahan masakan dan my hubby plak gi memasang api utk jadikan bara...

alhamdulilah menu berbuka hari ini ialah ikan bakar, kangkung goreng, air asam bersama air barli suam...ketika ini my hubby masih lagi membakar ikan kembung...yang aku plak sedang membuat n3 ikan bakar yang dah siap...huhuhu...

20 August 2010

558 : alhamdulilah...

aku bersyukur pada Mu Ya Allah...
hanya pada Mu aku menyerahkan diriku...
hanya pada Mu aku memohon dan meminta..
aku telah buat yang terbaik...
aku telah berkorban untuk semuanya...
akhirnya aku telah mendapat apa yg aku hajatkan..
alhamdulilah....aku bersyukur...

aku gembire sangat....
walaupun keletihan dan kelelahan...
dan kekadang tu aku mengeluh juga...
almaklumla manusia memang suka sangat mengeluh...
namun nak wat camne kan...dah lumrah...

lagi 2 semester saje aku perlu bertungkus lumus...
untuk masa hadapan yang lebih cerah dan ceria, insya'allah...

aku perlu kuat semangat...
dan banyakkan bersabar...
jika inginkan kejayaan yang pasti...

aku tersenyum ketika ini...
kerana result exam aku agak cemerlang baik....
walaupun masa menjawab exam tu hanya Allah saje yang tahu perasaan aku...
dan akhirnya telah membuahkan hasil...
alhamdulilah....

15 August 2010

557 : juadah berbuka puasa...

alhamdulilah akhirnya aku dapat juga memasak untuk juadah berbuka puasa setelah 5 hari berpuasa....nampak sangat la aku ini macam nak larikan diri dari memasak...nak wat camne kan kesibukan yang melanda diri....bukan alasan dan bukan tipu tau tapi kenyataan...huhuhu...

akhirnya plan aku selama 3 hari 3 malam untuk memasak dan makan masak lemak ketam bersama nenas dapat juga aku tunaikan pada hari ini....aku ada jugak masak lauk kegemaran my husband iaitu sayur bendi goreng sambal....


 
yang kelakarnya aku dan mak mempunyai mengidam makanan yang sama iaitu nak makan ketam masak lemak....that why lepas je aku masak aku terus pergi menghantar ke rumah mak aku...aku tidak mahu mak aku kempunan...dan aku juga ada memberi kepada mak mertua aku...rasa sorang sikit gitu....

masa aku memasak tu, aku dah risau coz selalunya masak lemak warna kuning tapi masak lemak ketam aku ini ala-ala warna hijau gittu....aku takut je kepedasan sangat...almaklumla orang jarang memasak tu yang susah nak buget berapa cili yang perlu digunakan....

sampai aku cakap dengan ayah mertua aku kalau tak sedap tu sori la...almaklumla jarang masak...ayah mertua aku jawab, insya'allah sedap punye....kalu dah lapar tu semuanya sedap...nampak sangat la nak menjaga hati menantu...huhuhu....

masa berbuka, selepas dah makan kurma aku terus rasa masak lemak kehijauan aku ini...takutla kalu pedas terlampau ke....tapi alhamdulilah rasenya manis ketam dan nenas...sapa nak puji kan kecuali diri sendiri....

14 August 2010

556 : puasa...

hari ini hari keempat berpose untuk tahun ini....aku masih belum berkesempatan lagi untuk masak berbuka untuk my hubby...almaklumla kesibukan melanda....aku cuba sempat masak untuk bersahur saja....masakan yang ringkas, padat dan cepat....

hari pose pertama dan ketiga aku berbuka di rumah mak mertua aku....hari kedua aku ada kuliah, aku berbuka dengan kekawan kelas....dan malam ni aku akan berbuka pose di rumah mak aku bersama adik beradik aku....foe sure kecoh giler coz anak2 buah aku pun ada sama....

sahur malam pertama aku masak sambal ikan bilis goreng dan telur goreng...
sahur malam kedua masak ayam goreng dan timun....
sahur malam ketiga plak aku tingin sangat nak makan ikan goreng bersama kicap dan sayur kacang panjang...
dan pagi tadi aku masak sambal ikan rebus dan timun goreng....
masakan yang aku masak benda yang simple dan cepat....

insya'allah aku akan masak lauk berbuka untuk my hubby tersayang...dalam fikiran dah ada menu yang dirancang...tapi biarlah bila dah masak nanti aku akan upload pict tu...insya'allah....belum apa2 lagi dah ada plan kan...teruk betul la...

p/s : kepeningan membuat report hubungan etnik...sakit kepala...tu yg tulis entry merepek dan merapu...huhuhu...

13 August 2010

555 : tertunai sudah..

alhamdulilah, akhirnya niat dan hasrat aku untuk belanja kekawan opis dengan rezki yang aku perolehi last month tertunai juga sehari sebelum berpose hari itu....

aku, kak shidah dan sharu berkongsi duit untuk menjamu kekawan di opis...walupun ramai yang tiada di opis, hasrat harus diteruskan juga...coz tidak tahu lagi bila nak tunggu semuanya ada di opis...yang tiada di opis tu, bukan rezki mereka...mungkin next time...maaf ye kekawan yang tiada semasa jamuan ini diadakan....

 
kami menjamu kekawan dengan kfc, buah-buahan dan ice cream...simple, cepat dan sedap gitu...kiranya sambutan 2 dalam satu gitu....hasrat nak belanja kekawan dan pot luck sambutan pose gitu...
kak shidah, sharu dan jie...

alhamdulilah atas rezki yang diberikan oleh Mu....aku berkongsi dengan rakan-rakan serba sedikit....tertunani hasrat di hati ku ini....


11 August 2010

554 : salam ramadhan...

1 Ramadhan 1431...
alhamdulilah aku masih bernafas...
untuk melakukan amalan berpuasa ini...


moga aku akan dapat ketenangan dan kesabaran yang tinggi...
moga aku akan mendapat barakah dan rahmatMu di bulan ini...
moga aku akan beroleh kesihatan yang baik....
moga aku dapat mengimarahkan amal ibadat ku...insya'allah...


hanya pada Mu aku bersujud...
hanya pada Mu aku memohon...
agar aku memperolehi segala keberkatan Ramadhan ini....

03 August 2010

553 : ketinggalan zaman...

aku dah lama tak bloghopping kerana kesibukan yang terlampau sangat...banyak ceta kekawan yang aku terlepas dan ketinggalan...

ada rakan-rakan blogger yang dah kahwin, mengandung, bersalin dan macam-macam ceta yang aku sudah terlepas...rase sedih sangat coz aku tidak bersama-sama untuk mengetahui ceta-ceta mereka ini...memang aku ketinggalan keretapi zaman bila aku membuka kembali ceta-ceta mereka ini...

kalu kat opis memang aku tak berkesempatan nak bloghopping...nak bukak blog sendiri pun susah ni nak buka blog orang lain....kalu kat umah memang aku tidak berkesempatan kerana nak menyiapkan esemen dan kekadang tu malas nak bukak notebook kat umah kerana keletihan...

aku nak menulis kat blog ini pun ala-ala ada je...coz kesibukan kerja dan masa yang agak terbatas...nak wat camne kan...aku perlu melaksanakan tanggungjawab yang penting dahulu....

01 August 2010

552 : honeymoon....

semalam seharian aku pergi berdating keluar dengan my hubby....ye la orang takde anak kan...seumpama macam zaman bercinta plak...my hubby kata rase cam gi honeymoon plak...jalan-jalan berdua-duaan...

tengahari aku dan my hubby gi servis kereta di setiawangsa....almaklumla dah cukup umur katanya....

pastu my hubby sibuk mengajak aku menonton wayang....dari last week lagi my hubby ajak aku gi menonton wayang....tapi last week rasa cam no mood nak menonton...

kami gi menonton tempat kebiasaan iaitu di Galaxy Ampang....pilihan filem yang aku nak tengok ada 2 iaitu SALT atau inception...waktu tayangan plak sama jam 2.45 pm...namun pilihan hati lebih pada ceta SALT...coz ada kawan kata ceta inception ni kena banyak berfikir...apa lagi aku memilih ceta SALT...


memang tak salah pilihan ceta aku....ceta yang penuh menarik dengan aksi dari awal hingga akhir...memang aku minat ceta perisikan...tapi ceta ini kena tengok betul2 sikit, kalu tak agak mengelirukan...

angelina jolie (SALT) yang dilatih menjadi perisik CIA dari kecil....kita takkan boleh kenal sapa perisik di kalangan kita kerana penyamaran mereka seperti orang lain juga...mereka tidak akan mengaku yang mereka itu adalah perisik walaupun nyawa mereka di hujung tanduk...

tapi yang aku geram sangat ceta tu kononnya, US nak serang negara Islam iaitu Turki dan Mekah...tapi nasib baik perisik SALT dari rusia ini adalah seorang yang baik hati kononnye ...tu yang tak jadi perang dunia antara US dan negara Islam...yang boleh layan ceta ini adalah aksi nye...coz dari awal hingga akhir SALT ini sorang perisik perempuan yang terbaik antara kalangan perisik...cerdik, pintar, kuat dan penuh penyamaran...memang berbaloi la menonton ceta ini...

pas nonton wayang aku ajak my hubby gi jalan-jalan di Atrium Axis di Pandan...shopping complex yang baru...aku just jalan-jalan je...tapi kami terperangkap di sini hampir 3 jam kerana hujan yang sangat lebat....dah la park keta kat luar...

sementara menunggu hujan reda, kami gi main game di sini....gi main bola keranjang dan pastu my hubby layan game ketuk gendang....my hubby ni memang peminat main drum that why dia suka benda yang main ketuk-ketuk ni....dah puas bergendang, kami gi makan di KFC...hujan reda selepas kami selesai makan...nak juga menyinggah makan di KFC....

memang puas aku dan my hubby gi berdating...sehinggakan sakit kaki aku...