Terima Kasih Sahabat

22 August 2010

559 : menu berbuka...


untuk tahun ini aku dah amat jarang menceritakan juadah berbuka aku...kerana kesibukan yang teramat sangat...kalu tidak hampir setiap hari aku akan melaporkan apa yg aku masak atau beli...

untuk menu berbuka puasa ke 12 ini, insya'allah kami akan berbuka dengan ikan bakar...ini semua idea daripada mmy hubby....dia nak bakar sendiri...my hubby suka makan ikan bakar kalu dibakar dengan arang...dia paling tak suka ikan bakar yang masak atas kuali....tak kick katanya...


kul 2 aku dan my hubby gi beli peralatan dan persiapan untuk masak ikan bakar di pasar chow kit...aku gi beli ikan siakap, pari dan kembung...balik je dari pasar aku terus gi menyiapkan bahan-bahan masakan dan my hubby plak gi memasang api utk jadikan bara...

alhamdulilah menu berbuka hari ini ialah ikan bakar, kangkung goreng, air asam bersama air barli suam...ketika ini my hubby masih lagi membakar ikan kembung...yang aku plak sedang membuat n3 ikan bakar yang dah siap...huhuhu...

1 comment:

elly said...

Sedap tu ikan bakar...paling suka ikan terubuk, nak nye cicah ngan sambal kicap....