Terima Kasih Sahabat

30 September 2010

570 : hepi besday....

30 september...
tarikh yang akan kunjung tiba setiap tahun...
tanpa bole aku elak...

tarikh yang membuatkan umur aku akan bertambah setiap tahun...
namun baby juga yang tidak kunjung tiba...

aku mohon pada Mu Ya Allah agar aku dimurahkan rezki, dipermudahkan dalam semua urusan dan diberkati dalam segala hal....hanya padaMu aku meminta dan memohon....

26 September 2010

569 : berjaya jugak...

alhamdulilah...berjaya jugak membuat karamel sendiri dengan resipi yang di provide oleh kawan opis aku iaitu harozal (oja)...thanks pada oja krn beri resipi dan terima kasih juga pada mak oja kerana memberi aku kukusan yang diimport jauh dari terengganu....

macam kelakar je bila nak ceta pasal kukusan ini....semenjak aku kawin memang aku tak penah ada kukusan sendiri pun...almaklumla kalu dah terlebih malas nak memasak....namun niat di hati meronta-ronta nak ada kukus sendiri apabila oja masak karamel dan membawanya ke opis....aku dan my hubby memang suka sangat karamel ini...coz selalunye karamel yang dibuat oleh orang lain selalunya akan berbau hanyir telur....namun apabila pertama kali aku makan karamel yang oja buat ini membuatkan aku nak sangat buat sendiri...almaklumla my hubby plak suka sangat...sampai soh aku belajar untuk buat...

tu yang masa oja balik kampung beraya ke terengganu, aku kirim beli kukusan dari terengganu...bukannya kl takde tapi mahal sikit dari terengganu...bukan kedekut tapi aku pun tak tahu kenapa aku nak juga kukusan dari sana....buang tabiat agaknya...

tapi oja tak dapat nak beli di pasar payang kerana jalan yang teramat jem semasa raye hari tu...oja minta mak dia punye kukusan yang tak penah digunakan....mak oja memberikan nye pada aku coz kukusan tu pun dah lama dalam simpanan tidak digunakan...siap mak oja basuh kukusan tu...tima kasih makcik...

dengan semangat yang berkobar-kobar dan membara, aku telah meminta resipi karamel pada oja....nak buat masa cuti hari minggu....kalu jadi aku kata aku akan buat n3 khas kat blog aku sebagai kenangan....

alhamdulilah aku berjaya membuat karamel resepi harozal ali....seronok aku melihat my hubby memakan karamel ini....namun aku mengurangkan sikit kadar gula dan susu pekat manis yang digunakan...aku ni kurang manis sikit orangnya....pandai2 je aku mengubah resipi tuan punya asal...jangan marah ye oja...thanks atas resipi yang diberikan...


20 September 2010

568 : aktiviti raye ke 7...

kalu ikutkan ceta ni dah basi...ceta dah hampir seminggu tapi aku tetap juga nak ceta....untuk kenangan abadi aku juga....macam kelakar jekan ceta raya aku ini...dari raye ke 3 hingga ke 6 memang takde ceta yang menarik yang nak dicetakan...tu yang terus melompat ke raye ke 7...apa-apa je asalkan aku puas ati kan..

aktiviti hari raye ke 7 aku dan my family telah menerjah berhari raya ke senawang dan Port Dickson....aku nak menunaikan hasrat mak aku untuk berjumpa dengan cucu dia yang hampir setahun tidak bersua muka di senawang....

kami pergi dengan 2 buah kereta...my hubby dan aku telah menjadi pemandu untuk my family....aku mahukan mak aku gembire di hari raye ini....ini lah antara hadiah yang dapat aku berikan pada mak aku...aku mahu mak aku ceria, gembire dan selalu tersenyum...tak sanggup melihat mak aku menangis kerana pelbagai ceta sedih...

aku telah memandu dari KL ke senawang dengan penuh onak duri...hari tu aku memandu ke utara pada waktu malam...kali ini aku memandu ke arah selatan pada waktu siang....memang mencabar la...dengan lori, treler, bas dan keta yang banyak memang memerlukan aku memandu dengan penuh konsentrasi....selalunya my hubby ada je kat sebelah untuk beri petunjuk, namun kali ini aku perlu membuat keputusan sendiri....aku perlu melihat kereta jika nak memotong...hampir 130KM juga la mencecah aku bawa kali ini....nak memotong punye pasal...jgn aku kena speeed trap sudah....

alhamdulilah tertunai juga hasrat mak aku nak jumpa cucunya amir di senawang....berderai air mata mak aku kerana cucunya tu sudah tidak mengenali dia....kesian aku lihat mak aku...tapi nak awat camne sudah suratan jodoh adik aku tak panjang...tu la pasal mak aku dah lama tak jumpa cucunya setelah mak dan ayah amir (adik aku) berpisah awal tahun lalu...

dulu mak aku yang menjaga cucunye si amir...that why mak aku sedih sangat apabila cucunye tidak mengenali diri dia....aku pun turut menangis juga menyaksikan kesedihan mak aku tu....hampir sejam juga kami di senawang....my hubby ajak pergi ke Port Dickson pula....nak mandi laut katanye...

 
kami sampai di pantai teluk kemang pada jam 6.15 petang....ramai juga la yang berada kat situ...my hubby dengan tanpa membuang masa telah pergi terjun ke laut bersama 2 orang anak buah...lepas ketagih gitu....aku, mak, kakak dan adik2 aku hanya melihat mereka dari tepi laut...

mak aku dah tidak menjejak kaki ke PD hampir 32 tahun...yang kakak dan adik2 aku plak baru first time menjejak pantai PD....kesian plak aku lihat adik2 aku ni...nasib baik la my hubby dan aku nak bawa mereka ke sana...kalu tidak, tak tahu la bila mereka nak ke sana....

kami bertolak balik pada jam 7.15 petang...walaupun hanya sejam kami di PD namun kami puas hati la...terutama my hubby dan anak buah yang dapat mandi...sampai kan anak buah aku tu takmo balik...minta aku bawa dia lagi hari Sabtu ni...nati la aku akan rancang percutian ke PD bersama my family...insya'allah...

perjalanan dari PD ke KL berjalan dengan lancar...alhamdulilah kami selamat sampai di Taman Desa pada jam 9 malam...adik aku belanja makan kfc di taman desa...rezki katanye...alhamdulilah....semua segala yang dirancang dan perjalanan kami diberkati oleh Allah...


14 September 2010

567 : aktiviti raye kedua...

Jam 3.30 pagi kami bergerak dari rumah menuju ke Taiping dengan 2 buah kereta….3 orang setiap kereta…keta pertama keta FIL, MIL dan SIL (keta Suzuki swift) dan keta kedua keta aku, my hubby dan abang ipar (keta myVi)…

Buat pertama kalinya aku telah memandu untuk perjalanan jauh di tengah malam….memang takde keta tapi memang amat berbeza apabila bawa keta waktu malam….agak janggal juga apabila selalunya bawa keta sendiri, ni nak kena bawak keta orang lain….amik masa gak la….aku bawa sehingga ke Tapah…pastu aku minta my hubby bawa….

Kalau berjalan balik kampung dengan FIL ini selalunya memang selalu banyak berhenti….perjalanan selalunya dari KL – Taiping bole je amik masa dalam 3 jam boleh jadi 5 jam perjalanan….FIL aku ini memang suka berhenti…majoritinya di setiap RNR….katanya nak rehatkan badan setelah banyak memandu….selalunya berhenti untuk merokok dalam 15 minit….

Di RNR Tapah kami berhenti agak lama….dalam satu jam coz nak solat Subuh dan makan sekali….my hubby sempatla pekena nasi lemak lauk paru…dah sebulan katanya tak makan nasi lemak….FIL dah pesan jangan makan nasi lemak coz nanti mengantuk….tapi my hubby makan gak….

Kami bertolak dari RNR Tapah dalam jam 6.45 pagi….perjalanan yang mendamaikan dengan cuaca yang cerah….berhenti di bukit Berapit sekejap coz nak berhenti merokok dan melihat pemandangan yang cantik….sempat gak la aku mengambil pict sekeping 2 di situ…..

 
Perjalanan diteruskan oleh my hubby….aku lihat mata my hubby makin lama makin kecik….mengantuk kerana penangan nasi lemak….my hubby minta aku yang bawa….berhenti di Bukit Gantang untuk menukar driver….aku menyambung hingga sampai ke Semanggol….

Alhamdulillah kami selamat sampai di Semanggol dalam jam 8.30 pagi….perjalanan yang mengambil masa 5 jam dari KL ke Semanggol yang majoriti perjalanan aku yang drive….

Aku, MIL, FIL dan mak ngah pergi ke kubur untuk menziarahi kubur arwah tok yang meninggal Mac yang lalu dan arwah tok wan pada tahun 1996…aku sedekah kan al fatihah dan berharap agar rohnya di tempatkan di kalangan mereka yang beriman….

Pastu semua orang bantai tido kerana keletihan….terutama my hubby coz memang dia tak cukup tido dari malam raye hingga la ke pagi raye kedua…aku hanya melelapkan mata dalam sejam je….untuk menghilangkan keletihan memandu….lagipun datang kampung nak beraya rugila kalu tido lelama….

Pastu aku gi beraya di rumah mak ngah…meriah kat umah mak ngah coz semua adik beradik MIL majoritinya balik…kirenya rumah mak ngah ni jadi hub pengumpulan adik beradik setelah arwah tok meninggal…sempatla kami beraya dengan mak long, pak ndak dan anak beranak mereka….kami makan tengahari ala masakan kampung gitu….

Dalam jam 5 petang kami bersiap untuk ke bandar Taiping nak pergi ke rumah abang FIL iaitu pak tih….punye sesaklah jalan dari Semanggol nak ke Kamunting…aku tengok majoriti yang berada di jalan tu semuanya keta bernombor plat KL , Selangor dan Penang….semuanya beraya balik kampung sampai jem la jalan kampung….makan lontong, kuih muih dan macam-macam lagi la di rumah Pak tih….sejam je kami di sana, FIL aku mengajak kami pulang….yang peliknya FIL aku ini tak suka sangat dok lama-lama kat umah adik beradik dia dan akan balik kampung sehari semalam….kami berangkat nak pulang ke KL….

Kami singgah di pasar tani (pasar minggu) di Changkat Jering….tak ramai yang menjual tapi sempat la kami pekena makan laksa kat situ…ini kerana SIL aku ini memang peminat laksa….layan kan jelah…bukan senang nak pekena laksa kat tempat orang lain….

tak sangka banner Talian Nur ni ada kat Taiping...rase bangga giler...coz ni salah satu keja penting aku di opis agar semua operasi berjalan dengan lancar...


Dalam jam 8.30 malam kami bergerak masuk ke highway….kereta agak banyak plak malam ni…almaklumla ramai yang nak pulang ke KL kot….my hubby dah dijangkiti virus mengantuk sekali lagi….aku telah bawa dari RNR Simpang Pulai hingga ke KL…di RNR Tapah kami berhenti rehat dan makan hampir sejam….my hubby dan FIL sempatla pekena nasi ayam kat situ….aku plak beli limau bali untuk adik bongsu aku….memang selalunya kalu aku balik kampung akan beli buah tangan untuk mak dan adik beradik aku walaupun hanya buah…memang dah jadi kebiasaan aku…kalu tak beli tu rase cam tak best je…

Drive aku pada malam ni memang agak mencabar sesangat…dengan kereta yang banyak dan berpusu-pusu ditambah dengan lori dan bas yang berlumba-lumba di jalan raya…memang agak mencabar bagi pemandu baru seperti aku…namun pengalaman ini memang sukar utk didapati jika kita tak bawa sendiri….

Kami sampai di rumah jam 1.30 pagi…memang aku keletihan sesangat coz memandu hampir 4 jam….perjalanan yang amat jauh….sampai rumah aku hanya sempat menukar baju dan membasuh muka terus naik katil…terus lena langsung…rase tak larat sesangat….

alhamdulilah perjalanan balik kampung sehari semalam gitu…memang pecah rekod la….balik kampung Taiping dalam masa sehari je….kesian kat my hubby dan MIL coz hanya balik kampung sekejap je…my hubby memang tak puas balik kampung tapi nak wat camne kan….FIL memang balik kampung macam gitu style nye…sekejap sahaja…asalkan balik….huhuhu…layan kan jelah….


13 September 2010

566 : aktiviti raye pertama...

Hari raye pertama di kuala lumpur telah dirahmati dan dicucuri keberkatan oleh Allah dgn menurunkan hujan rahmatnya tepat jam 6pg...alhamdulilah...bukan mudah utk mendapat hujan di pagi raye pertama...Allah telah mengatur dan merancangnya...

aku bangun apabila mendengar hujan tersebut...lgpun dah sebulan bangun jam 4pg setiap hari untuk bersahur membuatkan aku tak lena apabila jam dah berbunyi....

aku telah menunaikan apa yg disunatkan iaitu mandi sunat aidilfitri...nak amik pahala..menunaikan solat Subuh...

pastu aku memulakan tugas mengemas rumah, membasuh balang kuih, membasuh baju dan macam2 lagi...almaklumla malam raye gi melepak tu yg kena buat semuanya di pagi raye....


pagi2 lagi anak2 buah telah mengetuk pintu untuk mengejut my hubby utk ke masjid utk solat sunat aidilfitri...kesian kat my hubby kerana telah dipaksa rela utk bangun...dahla mala tadi telah dipaksa rela oleh abang dan adiknye untuk ke jalan TAR utk membeli belah di saat akhir....aku je yang tak larat nak gi...lagipun takde apa yg aku nak cari....alhamdulilah persiapan raye aku hanya serba ringkas dan sederhana saje utk aku dan my hubby.....

my hubby telah gi solat sunat raye bersama ayah mertua dan abang2 ipar aku...pas my hubby balik dari masjid aku telah gi beraya rumah mak mertua aku yg berada beberapa tapak saje dr rumah aku...selesai upacara bermaafan kami apalagi melantak juadah yg dimasak oleh mak mertua...rendang kerang, ayam, nasi impit dan ketupat palas....

pas balik dari rumah mak mertua layan menonton tv sambil terlelap di depan tv...almaklumla tido lewat....


pas my hubby pulang dr solat jumaat, aku dan my hubby gi ke rumah mak aku di segambut...planning pas makan kami nak berkonvoi utk ke jeram di kuala selangor...nak gi menziarahi mak dan bapak sedara aku yg berada di sana...

kami bertolak selepas hujan lebat yang teramat sangat...kami sampai di sana dlm jam 715ptg...punye seronoklah dapat berkumpul dgn sedara mara...aku tengok makin lama makin besar semuanya anak2 buah aku tu...rase makin tua je...

jam 10 malam kami pulang ke kl dan sampai di rumah mak aku dalam jam 11 malam...aku membungkus lauk rendang coz tingin sangat nak makan rendang daging dengan nasi panas sambil layan dengan kicap manis...memang terangkat dan layan....

dalam keta nak balik my hubby ajak untuk pulang ke taiping esok pagi....dalam jam pukul 3 pagi kami akan bertolak ke taiping...memang sah la kami tidak tido....layan la entry untuk aktiviti raye kedua plak....

10 September 2010

565 : aktiviti malam raye...

aktiviti malam raye aku dan my hubby yang pelik aku rasakan untuk tahun ni....pergi melepak di dataran merdeka....memang lawak la...macam takde keja lain kan...tapi kebetulan kami lalu di sana terus la melepak kejap kat sane....kami dari Central Market mencari barang...tapi kedai dah tutup...my hubby nak melepak kat sane...dah lama katanye tak menikmati keindahan malam di dataran merdeka....

pastu kami nak menuju ke carefour wangsa maju...dari dataran merdeka kami melalui AKLEH....boleh plak jem di MRR2....nasib baik kami naik motor, boleh la merempit...aku punye pelik ke mana la semua orang nak pergi...takkan nak balik kampung last minute....


tapi rupa-rupannye, traffic jem tersebut disebabkan lemang....punye la berderet kedai menjual lemang kat situ...orang ramai berhenti untuk beli lemang dan yang paling jem di kedai lemang pak ali....kedai raja lemang yang paling popular gitu....dengan my hubby pun terperangkap terjebak nak membeli lemang pak ali tu...sanggup plak my hubby beratur hampir 1 jam setengah....aku lihat orang sanggup beratur panjang untuk membeli lemang ini...ada yang sanggup datang dari jauh untuk membeli lemang pak ali ini....penangan lemang pak ali gitu....


 
my hubby beli 3 batang lemang...dan balik dari carefour terus menghadap lemang dengan rendang....memang berbaloi2 la beratur panjang....rasa lemak, sedap dan marvelous la...

08 September 2010

564 : persiapan katanye...

malam tadi aku menggigihkan merajinkan diri mengemas rumah yang dah bersawang, berhabuk dan berlapuk setelah sekian lama....almaklumla nak raye kan...excited nak mengemas rumah tu ada dan tambahan plak sikap rajin aku dah datang semalam...

balik keja petang semalam my hubby dah turunkan langsir...aku plak rajin memasak ayam masak merah istimewa untuk my hubby....biasala kerana kesibukan dengan kelas, memang aku boleh kire berapa kali saje aku masak untuk my hubby...kesian kat my hubby, nak wat camne kan....insya'allah tahun hadapan aku dah habis study....mungkin my hubby dah tak terabai lagi...

bila dah siap berbuka tu, operasi mengemas rumah pun bermula....aku mula kan dengan mengemas meja study aku yang penuh dengan kertas....student la katakan, penuh dengan buku teks, alat tulis dan nota-nota...pastu aku mula menyapu sawang, habuk dan mengelap segala peralatan yang penuh dengan habuk...

pastu mengelap rumah dan sambil tu membasuh langsir yang dah diturunkan oleh my hubby....aku suka dalam satu masa buat banyak kerja...coz tak payah nak tangguh2 semua keja tu...bila dah siap semua siap....insya'allah....

dalam pukul 9.30 malam selesai semua mengemas, membuang habuk dan mengelap rumah....operasi memasang langsir baru bermula....aku nak ucapkan terima kasih kat mak yang aku sayangi...kerana beliau la aku bertukar langsir ni....

mak aku yang memaksa menyuruh aku membeli langsir utk raya tahun ini...mak aku dengan sukarela nak menjahit langsir aku...kalu ikutkan hati aku memang malas nak menukar langsir coz tak nak menyusahkan mak aku menjahitnya...aku takmo mak aku sakit lutut...tapi mak aku memaksa juga aku membelinya masa aku ke nagoya hari tu....thanks mak...jasa mu akan ku kenang selamanya....


dan akhirnya rumah aku dah dihiasi dengan langsir baru....aku memang sengaja memilih langsir warna gelap...coz kedudukan rumah aku ini kalu waktu tengahari dan petang matahari akan memancar masuk terus ke ruang tamu...rase cam lawa je rumah aku dengan langsir pilihan aku ini...sendiri memuji pilihan la kan...kalu tak sapa plak yang nak memuji kalu bukan diri sendiri...

my hubby juga agak teruja apabila langsir baru dipasang...sampai cam tak caya je masuk rumah sendiri...hahaha...memang lawakk la my hubby aku ini....

alhamdulilah persiapan raya aku hanya sederhana saje....semuanya rezki dariMu Ya Allah....

563 : salam aidilfitri...

salam aidilfiri aku ucapkan kepada semua kekawan blogger...
aku mohon maaf jika ada tersalah kata dan tersilap kelakuan sepanjang perkenalan di alam maya ini...
moga kalian bergembira di hari yang bahagia ini....
memandu dengan berhati-hati...

06 September 2010

562 : berbuka pose...

semalam rezki aku dan my hubby untuk berbuka pose...ada orang sponspor makan di restoran sekinchan ikan bakar....bukan di sekinchan ye tapi di setiawangsa je....

berbuka pose yang ditaja oleh adik ipar...thanks sham dan meran....

ini adalah pertama kali berbuka pose secara buffet....kami sampai restoran tu dalam kul 6.45pm...kononnye dekat dengan rumah tu yang pergi lambat...tapi bahananya orang punye ramai yang dah beratur amik makanan....dan banyak makanan yang tak direfill...tak cukup kakitangan agaknya....

bila dah sampai lambat tu, kire kelam kabut la kami mengambil makanan...dengan orang yang ramai....tak bape banyak sangat pilihan makanan yang ada....macam tak berbaloi dengan harga buffet yang dikenakan.....

ikan bakar hanya ada ikan kembung, pari dan cencaru....sotong, udang, kerang dan lala bakar....ada gulai daging, gulai masak lemak jantung dan rebung, ulam-ulaman dan buah-buahan termasuk kuih muih...air sejuk hanya air kenduri sirap je...air panas ada air teh o dan kopi o....ntahla bagi aku kalu lauk macam gitu rasa cam tak berbaloi dengan duit yang dikeluarkan...mungkin aku ini kedekut kot...nasib baik orang belanja....kalu tak memang confirm aku tak gi situ....

03 September 2010

561 : macam- macam hal...

dah berhabuk dan bersawang blog aku ini....dah lama aku tinggalkan hampir 2 minggu...banyak ceta yang nak ditulis namun kesibukan yang amat melampau, ceta-ceta itu sudah basi ditelan masa dan waktu....

aku tidak tahu kenapa lately ni aku makin jadi pemalas nak update....kekadang tu blog sendiri pun berhari-hari aku tak menjenguknya...kesian kat blog aku sendiri...

mood nak raye memang belum ada lagi....maybe kesibukan kerja dan kesibukan study membuatkan mood nak raye ni masih terawang-awang....macam takde mood nak raye je...salah satu sebab aku takde mood nak raya coz aku takde anak kecik yang nak dilayan...tak macam orang lain buat persiapan untuk anak masing-masing....aku plak hanya buat persiapan ala kadar saje....memang simple sesangat raya yang akan aku sambut ini....

masa raye aku nak bercuti puas-puas....nak rehat sepuas hati...coz pas raye ini aku akan masuk tahun akhir....rase tak caya je aku dah masuk tahun akhir....tak sangka ini adalah raye ketiga aku sebagai student....tahun depan aku dah abis...insya'allah...

raye ini pun aku tak tahu nak ke mana...dalam kepala hotak aku nak gi bercuti...aku takmo gi beraya rumah orang...aku nak gi tenangkan diri di pulau atau tempat peranginan...ada ke orang raye pergi bercuti macam gitu...almaklumla aku ni mana la ada kampung...mak bapak aku pun ada di KL begitu juga MIL dan FIL....kirenya anak jati KL la...nak wat camne kena la terima kan....

yang pastinya sabtu dan ahad ini aku ada final exam....macam mane lah nak fikir pasal raye...lagi 5 hari nak raye pun masih ada exam...nak wat camne...dah nasib...moga aku berjaya dalam exam ini...insya'allah...moga mood raye aku akan sampai walaupun ketinggalan keretapi....