Terima Kasih Sahabat

14 September 2010

567 : aktiviti raye kedua...

Jam 3.30 pagi kami bergerak dari rumah menuju ke Taiping dengan 2 buah kereta….3 orang setiap kereta…keta pertama keta FIL, MIL dan SIL (keta Suzuki swift) dan keta kedua keta aku, my hubby dan abang ipar (keta myVi)…

Buat pertama kalinya aku telah memandu untuk perjalanan jauh di tengah malam….memang takde keta tapi memang amat berbeza apabila bawa keta waktu malam….agak janggal juga apabila selalunya bawa keta sendiri, ni nak kena bawak keta orang lain….amik masa gak la….aku bawa sehingga ke Tapah…pastu aku minta my hubby bawa….

Kalau berjalan balik kampung dengan FIL ini selalunya memang selalu banyak berhenti….perjalanan selalunya dari KL – Taiping bole je amik masa dalam 3 jam boleh jadi 5 jam perjalanan….FIL aku ini memang suka berhenti…majoritinya di setiap RNR….katanya nak rehatkan badan setelah banyak memandu….selalunya berhenti untuk merokok dalam 15 minit….

Di RNR Tapah kami berhenti agak lama….dalam satu jam coz nak solat Subuh dan makan sekali….my hubby sempatla pekena nasi lemak lauk paru…dah sebulan katanya tak makan nasi lemak….FIL dah pesan jangan makan nasi lemak coz nanti mengantuk….tapi my hubby makan gak….

Kami bertolak dari RNR Tapah dalam jam 6.45 pagi….perjalanan yang mendamaikan dengan cuaca yang cerah….berhenti di bukit Berapit sekejap coz nak berhenti merokok dan melihat pemandangan yang cantik….sempat gak la aku mengambil pict sekeping 2 di situ…..

 
Perjalanan diteruskan oleh my hubby….aku lihat mata my hubby makin lama makin kecik….mengantuk kerana penangan nasi lemak….my hubby minta aku yang bawa….berhenti di Bukit Gantang untuk menukar driver….aku menyambung hingga sampai ke Semanggol….

Alhamdulillah kami selamat sampai di Semanggol dalam jam 8.30 pagi….perjalanan yang mengambil masa 5 jam dari KL ke Semanggol yang majoriti perjalanan aku yang drive….

Aku, MIL, FIL dan mak ngah pergi ke kubur untuk menziarahi kubur arwah tok yang meninggal Mac yang lalu dan arwah tok wan pada tahun 1996…aku sedekah kan al fatihah dan berharap agar rohnya di tempatkan di kalangan mereka yang beriman….

Pastu semua orang bantai tido kerana keletihan….terutama my hubby coz memang dia tak cukup tido dari malam raye hingga la ke pagi raye kedua…aku hanya melelapkan mata dalam sejam je….untuk menghilangkan keletihan memandu….lagipun datang kampung nak beraya rugila kalu tido lelama….

Pastu aku gi beraya di rumah mak ngah…meriah kat umah mak ngah coz semua adik beradik MIL majoritinya balik…kirenya rumah mak ngah ni jadi hub pengumpulan adik beradik setelah arwah tok meninggal…sempatla kami beraya dengan mak long, pak ndak dan anak beranak mereka….kami makan tengahari ala masakan kampung gitu….

Dalam jam 5 petang kami bersiap untuk ke bandar Taiping nak pergi ke rumah abang FIL iaitu pak tih….punye sesaklah jalan dari Semanggol nak ke Kamunting…aku tengok majoriti yang berada di jalan tu semuanya keta bernombor plat KL , Selangor dan Penang….semuanya beraya balik kampung sampai jem la jalan kampung….makan lontong, kuih muih dan macam-macam lagi la di rumah Pak tih….sejam je kami di sana, FIL aku mengajak kami pulang….yang peliknya FIL aku ini tak suka sangat dok lama-lama kat umah adik beradik dia dan akan balik kampung sehari semalam….kami berangkat nak pulang ke KL….

Kami singgah di pasar tani (pasar minggu) di Changkat Jering….tak ramai yang menjual tapi sempat la kami pekena makan laksa kat situ…ini kerana SIL aku ini memang peminat laksa….layan kan jelah…bukan senang nak pekena laksa kat tempat orang lain….

tak sangka banner Talian Nur ni ada kat Taiping...rase bangga giler...coz ni salah satu keja penting aku di opis agar semua operasi berjalan dengan lancar...


Dalam jam 8.30 malam kami bergerak masuk ke highway….kereta agak banyak plak malam ni…almaklumla ramai yang nak pulang ke KL kot….my hubby dah dijangkiti virus mengantuk sekali lagi….aku telah bawa dari RNR Simpang Pulai hingga ke KL…di RNR Tapah kami berhenti rehat dan makan hampir sejam….my hubby dan FIL sempatla pekena nasi ayam kat situ….aku plak beli limau bali untuk adik bongsu aku….memang selalunya kalu aku balik kampung akan beli buah tangan untuk mak dan adik beradik aku walaupun hanya buah…memang dah jadi kebiasaan aku…kalu tak beli tu rase cam tak best je…

Drive aku pada malam ni memang agak mencabar sesangat…dengan kereta yang banyak dan berpusu-pusu ditambah dengan lori dan bas yang berlumba-lumba di jalan raya…memang agak mencabar bagi pemandu baru seperti aku…namun pengalaman ini memang sukar utk didapati jika kita tak bawa sendiri….

Kami sampai di rumah jam 1.30 pagi…memang aku keletihan sesangat coz memandu hampir 4 jam….perjalanan yang amat jauh….sampai rumah aku hanya sempat menukar baju dan membasuh muka terus naik katil…terus lena langsung…rase tak larat sesangat….

alhamdulilah perjalanan balik kampung sehari semalam gitu…memang pecah rekod la….balik kampung Taiping dalam masa sehari je….kesian kat my hubby dan MIL coz hanya balik kampung sekejap je…my hubby memang tak puas balik kampung tapi nak wat camne kan….FIL memang balik kampung macam gitu style nye…sekejap sahaja…asalkan balik….huhuhu…layan kan jelah….


No comments: