Terima Kasih Sahabat

29 October 2010

589 : jom terjah....


esok aku nak sangat gi terjah ke Fiesta Buku Anjuran Grup Buku Krangkraf di Shah Alam yang berlangsung dari hari ini hingga Ahad nanti...tapi tak tau la my hubby nak ke tidak...

dah lama aku tak beli novel sejak aku bergelar student...almaklumla kesibukan dengan keja dan buku-buku study pun aku tak baca...bila nak exam je baru nak buka buku....tapi kalu novel aku sanggup tak tido semata-mata nak abis kan satu buku....yang herannya tu bile baca buku study tak sampai 15 minit mata ni akan terus nak tertutup je...kalu novel mata ni segar bugar sungguh...penangan novel yang bisa melalaikan membuatkan hati tak sabar-sabar nak tahu kesudahan ceta tersebut....

moga-moga my hubby nak la gi ke Shah Alam esok...huhuhu....jom kekawan kita terjah sesama....

28 October 2010

588 : anak buah baru...

alhamdulilah...tahun ni bertambah lagi anak buah aku sebelah my hubby iaitu 2 orang...sorang perempuan dan sorang lelaki....

yang perempuan bernama irdina irlesya binti irsham...dah hampir 4 bulan umurnya...


yang lelaki plak baru je lahir sabtu lepas iaitu 23 oktober 2010 yang bernama oskar ismail bin oskar hasdinor...

aku juga la yang belum ada rezki untuk mempunyai anak sendiri...huhuhu....bila la agaknya???


sekarang ini aku dah ada seramai 11 orang anak buah...iaitu 3 orang anak  kakak kembar aku iaitu hafiz - 8 thn, hakim - 6 thn dan qhairunnisa - 3 tahun....

yang sebelah my hubby plak seramai 8 orang iaitu hazimah - 8 thn, naqibah - 7 thn, oskar yahaya - 5 thn, hakimah - 3 thn, irfan - 3 thn, irsyad - 1 thn, dan 2 yang terbaru iaitu irlesya dan oskar ismail...

bertambah besar dan berkembang keluarga aku dan my hubby...aku doakan moga semua anak-anak buah aku ini menjadi anak yang solehah, mithali dan menjadi anak yang berjaya dalam kehidupan...

26 October 2010

587 : Taubat Nasuha versi III...

aku masih lagi menulis ceta drama tentang Taubat Nasuha...dalam drama Taubat Nasuha ini menggunakan latar lagu atau zikir daripada ustaz Akil Hayy yang bertajuk Hasbi Rabbi...

amat mendayu apabila mendengar suara ustaz Akil Hayy ini mengalunkan zikir ini...rasa tenang sesangat memuji kepada Allah dan rasulNya...rasa menitis air mata ini mendengar alunan suara zikir yang begitu merdu dan syahdu...

ku rasakan ketenangan di dalam jiwa ini....insya'allah...hayati la bersama-sama zikir Hasbi Rabbi ini...

25 October 2010

586 : Taubat Nasuha versi II...

malam semalam cerita Taubat Nasuha lakonan sheila rusly dan fauzi nawawi ditayangkan sekali lagi sebagai drama yang tercalon di dalam anugerah skrin...aku masih ingat lagi ceta ini pernah disiarkan di TV3 pada November 2009 dan aku ada membuat sedikit review n3 berkenaan cerita ini ...

sejak aku menulis entry tentang ceta taubat nasuha ini, ramai mereka yang sesat bertandang secara sengaja atau tidak sengaja memasuki blog aku....dan aku lihat ramai sungguh yang mencari tentang cerita ini atau memang mereka mencari bagaimana nak buat taubat nasuha agaknya...
statistik dari blogspot...

statistik daripada nuffnang...


aku dapat lihat dari statistik di nuffnang dan blogspot aku...ramai yang mencari tentang cerita ini...tidak sia-sia la aku menulis entry berkaitan drama ini...

aku harap ceta taubat nasuha ini akan mendapat anugerah skrin pada disember ini coz jalan cerita yang menarik dan para pelakon yang berbakat...

585 : Testing From Emel....

aku tak pernah mencuba menulis entry hantar melalui emel...kali ini nak mencuba either jadi atau tak??kalu jadi best ar....bole menulis n3 melalui emel sahaja...

testing!!testing!!!1,2,3...

berjaya gak post...bestnye....

p/s : nampak sangat la aku ini ketinggalan keretapi zaman...tq timah kerana mengajar hal ini...

22 October 2010

584 : dapat gak...

alhamdulilah setelah berhempas pulas membuat aktiviti tengahari tadi, apa yang aku cari dan idamkan dapat gak aku cari...


dapat gak aku mencari telekung kat bazar di persidangan UMNO tu...macam kelakar je kan...mcm takde tempat lain aku nak beli...padahal banyak je telekung ada kat jalan TAR tu...aku pun pelik kenapa aku perlu cari kat sini...tapi yang pastinye aku puas hati coz aku dapat menunaikan hasrat di hati...hahaha....


sempat gak la aku menyambar satu kotak brooch...yang dijual dengan RM 10...memang lelong abis la...tulis kat kotak brooch tu rega RM 28...brooch dari korea lagi...memang cantik-cantikla brooch nye tu...cuma saiz nya agak besar sikit...sesapa yang suka bergaya memang patut dan berbaloi membelinye...

kat bazar persidangan UMNO ni banyak sangat kedai yang menjual tudung, batik sutera, songket dan kain ela....tapi yang best kali ni, semua kedai berada di dalam bangunan PWTC....sejuk je bila kita membeli belah, takde lah dalam kepanasan walaupun orang ramai yang bersesak....sesapa yang nak gi membeli dan belah masih sempat lagi...esok akan dibuka sehari lagi...memang berbaloi2 la kalu  pergi cuma kesesakan lalu lintas saje yang sukar untuk dielakkan....

583 : aktiviti yang berfaedah...

tengahari ini aku dan kekawan opis dah ada plan....nak gi PWTC tapi yang pastinye bukan pergi ke Persidangan UMNO tapi nak pergi window shopping di bazar yang dibuka di sana....

aku dah ada target nak beli apa di sana....cuma perlu sediakan wang yang mencukupi tapi masih belum gaji....aduh...kenapa la persidangan UMNO kali ini dibuat masa belum gaji lagi...kalu tak lagi ligat la nak membeli dan belah....mesti rancak punye la...disebabkan masih belum gaji hanya boleh cuci mata saje dan beli apa yang dirancang gitu...perbelanjaan berhemah katanye...

kalu aku dapat apa yang aku nak beli nati, aku akan update...kalu takde, tak dapat la den nak nolong ye...

20 October 2010

582 : 20 10 2010...

tarikh yang menarik untuk hari ini, namun takde yang menarik yang berlaku dalam kehidupan ku ini...

kesibukan dengan kerja, mesyuarat dan menyiapkan percetakan laporan inovasi Talian Nur membuatkan hari ini tiada apa-apa yang menarik...

malam ni nak ke kelas plak....kelas yang agak memeningkan kepala...iaitu computer graphic...dah masuk minggu ke 5 tapi aku masih blur lagi dengan subjek ini...dengan lecturer yang bersuara romantik membuatkan daya penarik nak kelas tu agak kureng sikit...namun semangat nak belajar dan nak mengetahui aku gagahkan juga diri ke kelas...almaklumla aku ni memang jarang sekali ponteng kelas....pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang gitu...hahaha....sendiri masuk bakul angkat sendiri....

kalu ikutkan hari ini aku perlu ke PD untuk menghadiri bengkel kajian semula dasar keselamatan ict anjuran bahagian aku selama 3 hari 2 malam....namun kerana ada kelas yang begitu tuff untuk hari rabu dan khamis membuatkan aku lebih rela tak pergi ke PD....baik aku gi study untuk masa hadapan coz kelas programming gitu...takut effectnye kemudian hari iaitu masa nak exam dan wat projek nanti...dengan sapalah aku nak rujuk nanti kan...aku perlu berkorban antara 2....lagipun tak lama pun aku nak study lagi....tinggal satu semester lagi...aku mohon aku dapat menyelesaikan pengajian aku ini dengan jayanya...

insya'allah tahun depan bulan julai 2011 berakhirla kehidupan aku sebagai student...macamnel ah kehidupan aku selepas tak jadi student yea???apa yang akan aku buat setiap malam dan setiap hujung minggu....ntahlah tak boleh nak fikir masa sekarang...yang pasti aku akan rindu kehidupan sebagai part time student...

19 October 2010

581 : kisah ke tak???

aci ke tak kalu aku buat tak kisah je??
aku akan buat apa yang disuruh saje...
aku malas nak over-over la...
coz kalu berjaya pun masih dia tak pandang aku yang berjawatan rendah ni...

aku akan buat kerja apabila disuruh je...
aku malas la nak fikir dan pening kepala...
aku akan buat yang SYMP je...

kalu aku menyibuk sesangat pun, aku masih tidak dipandang...
baik aku wat tak peduli je...
dan buat tak kisah je...

puas hati dan tidak menyakitkan hati aku sendiri...

580 : nuffnang...

lately ni aku akui yang aku jarang menulis entry2 yang terbaru dan terkini untuk blog kesayangan aku....dan aku dapati status kat nuffnang aku jatuh merundum....nak wat camne kan....

aku sertai nuffnang sejak tahun 2008...tu pun tiada sebab utama mengapa aku menyertai nuffnang walaupun aku dah mempunyai blog sejak tahun 2006...maybe sebab utama aku menulis blog hanya untuk diri sendiri sebagai kenangan masa hadapan....

aku pernah gak menyertai event yang dianjurkan oleh nuffnang iaitu perjumpaan blogger secara besar-besaran di Berjaya Times Square pada April 2010 yang lepas....ada gak mendapat emel daripada nuffnang untuk menyertai peraduan2 yang dianjurkan namun kerana kekangan masa yang terhad menyebabkan aku tiada masa nak menyertainya....

aku lihat nuffnang selalu sahaja buat event untuk blogger2 untuk menyertainye seperti menonton wayang, perjumpaan berbuka pose, dan pelbagai  event lain lagi...cuma either kita ni rajin atau tidak untuk menyertainya...

kekadang aku nak sangat menyertai blogger2 lain setiap kali event yang dianjurkan oleh nuffnang...yelah confirm kita akan dapat berkenalan dengan lebih mesra dengan blogger2 yang selama ini kita kenal melalui blog dan gambar di alam cyber sahaja...mesti best kan bila kita dapat berkumpul dan berkongsi pelbagai tips dunia blog...

entah bila la aku dapat nak buat semua itu...coz semuanya itu memerlukan pengorbanan masa yang besar...dengan kekangan masa yang aku ada sekrang aku perlu melihat dari jauh dan membaca pengalaman blogger2 yang lain...aku akui dengan masa yang terhad dengan kerja dan study aku tidak mampu untuk membuat perkara lain lagi...mungkin selepas abis study aku akan cuba menyertai event yang dianjurkan oleh nuffnang untuk merasai pengalaman itu...insya'allah...

18 October 2010

579 : pecah tumit kaki...

aku rase semua orang menghadapi masalah ini terutamanya kaum wanita tak terkecuali aku sendiri...pelbagai cara dan produk yang aku cuba dan buat...kekadang tu ada yang berhasil dan kekadang tu bila dah takde perubahan buat aku rasa malas nak buat lagi....

aku perhatikan pecah tumit kaki akan jadi lebih teruk jika seharian duduk di dalam bilik hawa dingin....ditambah plak tanpa memakai krim atau minum air putih mineral secukupnya...ditambah plak kalu ada sikap yang teramat rajin untuk meletakkan krim tak kira waktu pagi, petang, siang atau malam....


aku mengaku yang aku ini memang ada sikap pemalas dan ditambah plak kesibukan dengan keja di pejabat dan kepenatan apabila pulang dari kelas....namun apabila dah bertambah teruk sehinggakan berjalan di atas karpet pun dah tersangkut2 dan sakit bila ianya terlalu kering, aku perlu menukar sikap pemalas aku ke sikap yang amat rajin...aku nak sangat kaki yang sakit...

aku telah berikthiar dengan meletakkan krim vaseline sebelum aku tido....tu pun kekadang tu saje2 buat lupa coz kalu letak je krim vaseline ni confirm aku tak boleh nak bergerak banyak ketika tidur, aku perlu tido secara statik agar krim di kaki tidak melekat di cadar....terutama kalau cadar yang baru ditukar...di opis plak aku meletakkan kan krim nivea coz tak bape melekit...terus meresap je tak payah nak tunggu lama....


dan terbaru aku membeli produk sarung kaki keluaran cosway...bentuknye macam stokin...perlu pakai sekurang2nya 20 minit...kalu tumit tu dah teruk sangat perlu pakai semasa tido...bila pakai je stokin ni rasa seperti ada gel dan sejuk je tumit kita tu...aku harap berbaloi la aku membeli nya...stokin ini boleh pakai sebanyak 40 kali...


pastu semasa mandi, aku akan asah dengan batu pengasah yang aku beli di leno...kalu rajin aku akan menggunakan produk avon iaitu rough skin remover...kita perlu asah krim tu kat kaki agar mengeluarkan semua daki2 yang pecah tu...

apa2 pun skrg ni aku perlu memberi semangat pada diri aku sendiri untuk mencantikkan kaki aku sendiri...kalu tidak diri sendiri sapa lagi kan...aku tak nak orang lihat kaki aku dan bersangka macam2...sibuk dan penat macam mana pun kita perlu membelai diri kita sendiri untuk kebaikan kita juga serta untuk kepuasan hati sendiri....

kekadang tu ada juga aku menggunakan petua2 yang aku baca daripada internet seperti menggunakan limau nipis, garam halus dan merendamkan kaki di dalam air suam...aku akan cuba sedaya upaya aku...insya'allah...u can do it...

13 October 2010

578 : agar-agar pelangi....

ini ceta minggu lepas, ceta pasal makanan yang kami hidangkan untuk para tetamu yang hadir semasa jamuan open opis....antara makanan yang menarik perhatian aku adalah agar-agar pelangi....

warna nye yang begitu menarik hati bagi sesiapa yang melihatnya....rasa cam jatuh cinta terus pada kilauan dan sinaran warna pada agar-agar tersebut...aku respek sungguh la orang yang buat ini...cukup sabar dan cukup teliti...dan agar-agar ni juga sedap dan tak berapa manis sangat...

pa perasaan korang bila lihat agar-agar pelangi ni???jatuh cinta seperti aku juga ke???atau teruja melihatnya???huhuhu...

12 October 2010

577 : buaya oh buaya....

apa yg korang bayangkan daripada tajuk yang qempak...hahaha....

aku sonok sangat hari ni...aku dapat apa yang aku idamkan inginkan selama ini....thanks ika kerana bersusah payah membelinya...aku memaksa rela ika membelinya di sarawak...kebetulan plak member aku ini baru je balik dari kampung halamannya...

yang kelakarnya, kawan aku si ika ni sms aku tanya nak beli kek lapis sarawak ke...tapi aku jawab aku takmo kek lapis tapi aku nak buaya manik...huhuhu...ini gara-gara aku melihat kawan aku si shidah meletakkan di kunci nya...nampak macam comel dan cute cicak buaya manik ni...

tima kasih ika atas pembelian buaya comey ni...hehehe....aku nak buat koleksi gantungan key chain aku di pejabat...kalu pakai nanti rusak plak...dah la nak beli ye jauh nun di seberang laut...sampai kan uncle yang menjual ni bulat-bulat kena tipu...coz dia takmo jual seekor sebiji tapi sepeket...si ika ni kata yang nak sangat benda ni ibu mengandung...tak sia2 la uncle tu kena tipu...nak punye pasal sanggup menipu sunat tu....

menambahkan koleksi key chain yang sedia ada...aku ini minat mengumpul key chain dari mana-mana negeri atau negara...kalu aku gi kat sesuatu tempat tu aku akan beli trademark dari satu tempat tu....bila la aku dapat nak ke overseas...majoriti key chain overseas yang aku dapat ini dari kawan-kawan pejabat yang pergi ke sana terutama jepun dan korea....bila plak rezki aku nak ke sana???

10 October 2010

576 : 10 10 10...

walaupun tarikh 10 Oktober 2010 amat special hari ini untuk orang lain namun takde yang menarik berlaku pada aku...

yang pasti hari ini terlakar sebuah sejarah persandingan kayangan untuk angkasawan negara yang pertama iaitu Datuk Dr. Syed Muzafar dan Dr. Harlina yang berlangsung dengan indah di PICC...siap masuk tv3 siaran langsung lagi jam 9 malam....orang ternama yang mengharumkan nama negara mendapat keistimewaan yang setimpal dengan jasa yang ditaburkan...semoga pasangan pengantin berbahagia hingga ke akhirnya....

kehidupan aku pada hari ini just macam biasa...simple dan santai...hanya berehat dirumah....melakukan keja seharian di rumah seperti memasak, mengemas, membasuh dan pelbagai lagi...aku masak tomyam ayam...petangnya plak aku gi beriadah dengan my hubby di taman tasik dato keramat...

besok bermula lagi minggu baru...moga berjalan dengan lancar tanpa ada stress yang amat tinggi...

09 October 2010

575 : kerisauan sesangat...

baru lepas call mak untuk tanya khabar...sesibuk macamne pun aku akan call mak walaupun sekejap....aku akan rase tak lengkap hidup ini kalu tak mendengar suara dan berborak dengan mak....

minggu ini aku kesibukan sangat....mak plak ada temujanji dengan doktor di hospital selayang....aku tak sempat nak call mak untuk bertanyakan perkembangan tentang kesihatan mak....

that why malam tadi aku call mak untuk bertanyakan khabar dan ceta perkembangan penyakit mak...aku terkejut dan risau sesangat apabila mendapat khabar yang mengatakan penyakit Rheumatoid arthritis mak makin lama makin teruk...bukan berkurangan...doktor cakap Rheumatoid arthritis mak makin aktif bukan pasif....tu la setiap sendi tangan dan kaki mak makin membengkak dan sakit....ubat yang perlu makan setiap minggu dinaikkan dosnye dan setiap 2 minggu mak perlu amik darah untuk melihat perkembangan penyakitnya apabila dos dinaikkan...

doktor juga dah kata mak punye gula, kolestrol dan darah semuanya atas 'border'...semuanya merisaukan aku...ye la kesihatan mak makin lama makin teruk jika tidak dikawal pemakanannye...kalu la aku dok serumah dengan mak boleh la aku kawal dan perhatikan...ini dok berlainan rumah walaupun satu area di KL...

apa yang aku boleh lakukan adalah beri mak nasihat untuk mengawal pemakanannye daripada menjadi lebih teruk...mak kena berpantang makan mulai esok....sebelum ini memang aku dah bebel cakap kat mak untuk kawal makannye...jgn makan banyak benda yang berminyak, perlu masak kukus, bakar atau rebus je...kena kurangkan minum nescafe (kalu mak tak dapat minum nescafe sehari confirm tak boleh hidup) ketagih...aku dah siap belikan mak oat, susu dan supplement 3 bulan yang lalu...tapi sampai skrg masih belum bermakan....

tadi aku dah membebel dan risau sangat...aku minta sangat makan aku mula berpantang dan elakkan atau kurangkan pemakanan yang berasaskan minyak, gula dan garam....

doktor dah soh mak aku hanya makan nasi sekali saje sehari...waktu malam tak boleh makan nasi...kena makan nasi sebelum kul 7 malam...kalu lapar mak perlu makan oat kosong tawar....coz doktor kata kalu dalam masa 3 bulan tak ditegah mak akan dapat penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung....penyakit 3 serangkai...penyakit yang menauktkan semua orang...

penyakiit Rheumatoid arthritis pun dah tak terlarat mak nak tanggung....kalu ditambah dengan penyakit baru ni lagi la buat aku tak senang duduk....aku harap sangat mak aku mula la menjaga pemakananya...aku hanya boleh cakap dan nasihat kan saje...kalu mak tak kuat semangat untuk melawan segalanya susah juga...

aku berdoa padaMu Ya Allah agar mak aku dijauhkan dari penyakit-penyakit ini...tak terlarat aku nak melihat mak aku dalam kesakitan...penderitaan nya skrg pun aku tak sanggup untuk melihatnya....jauhkan segalanya Ya Allah...

574 : rendang ayam plak...

minggu lepas aku masak bertungkus lumus rendang daging minang...minggu ni plak aku masak rendang ayam plak...coz bahan-bahan yang digunakan untuk masak rendang kan sama je....cuma bahan asas je yang diubah....ayam atau daging....

untuk masak rendang daging minang boh daun salam dan daun limau purut tapi untuk masak rendang ayam kita kena boh kerisik....yang lain-lain bahan-bahannya adalah sama....cili kering, bawang besar, bawang kecik, bawang putih, halia, serai, lengkuas, daun kunyit dan santan...

alhamdulilah dah makan pun rendang ayam yang aku masak untuk hari ini...my hubby makan sampai kan bertambah....ntah bila la nak masak lagi rendang daging minang dan rendang ayam ni....tunggu raya haji nanti la...nak jamu kekawan makan plak...kalu diberi kesempatan...insya'allah...

08 October 2010

573 : open opis...

seminggu ni dari hari senin hingga jumaat adalah aktiviti mentekedarah makan saje...dengan banyak open opis dan jemputan dari vendor yang banyak....rezki jangan ditolak katanya...aku plak memang mengikut je bila ada orang mengajak...

hari isnin ada majlis open opis di NIEW....banyak sungguh makanan yang menarik...ada ABC, laksa, nasi dagang, nasi beriani kambing, kuih muih dan macam-macam ada lagi...


hari selasa plak adalah hari opis aku membuka pejabat plak...asyik nak melantak makan kat umah/pejabat orang lain, kali ini giliran pejabat aku plak wat open opis...semuanya kami katering...cuma nasi himpit je aku dan geng2 memasaknye...nasib baik la ada katerer yang nak amik tempahan....coz preparation last minute...


ada macam-macam makanan seperti mee rebus, nasi bukhara, nasi dagang, laksa, kuah lodeh, rendang, lemang, kuih muih dan buah-buahan...memang ramai yang datang ke open opis kami ini...alhamdulilah berjalan dengan lancar juga....


hari rabu, aku dan kekawan dijemput oleh syarikat vendor iaitu spectrum edge untuk makan di Restoran Rebung yang terletak di bangsar....restoran kepunyaan chef ismail dan syed muzafar...bukan senang nak makan di restoran chef kan...memang makanannye sedap, lazat dan menarik la...

hari Khamis plak, Kementerian kami plak buat open opis di Dewan Perdana Felda....walaupun dah bertugas di sini hampir 6 tahun, tapi ini adalah kali pertama aku gi open opis anjuran Kementerian....kebetulan plak buat di luar pejabat...memang kena pergi la...kalu tak rugi...siap ada artis lagi...ada Mila AF, Bob AF, JJay, Ally iskandar dan ramai lagi....banyak makanan dan ramai sungguh manusia yang hadir coz dijemput juga kumpulan sasar dari Kementerian iaitu kanak-kanak, warga emas, NGO dan staf2 Kementerian dan agensi...


dan hari terakhir plak jumaat,  ada jemputan dari vendor iaitu HiTech Padu di Restoran Melayu Jalan Conlay....makanannye memang sedap dan pelbagai jenis....ada nasi + lauk yang sedap2 gitu, laksa, sate, rojak buah, semua kuih muih yang berunsur kemelayuan....


alhamdulilah minggu ni adalah minggu mengumpul kolestrol, gula dan meningkatkan berat badan....aku tak tahu la bila nak menguruskan dan mengurangkan kembali segala kolestrol yang berada di dalam badan ni....nak naik senang dan mudah je dalam masa seminggu, tapi nak turun amik masa bertahun-tahun...

572 : sangap...

facebook block.....YM block....majoriti sites block...
rase sangap sangat bile kita asyik buang keja je....
memang la kat tempat keja kita kena jalan kan tanggungjawab yang diberikan...
namun ada kadangkala kita nak juga fresh kan otak ni...
tapi kekuasaan dan autority tu semua bukan kan tangan aku...
kena ikut sajelah...

nak kena minta balik berukband kat adik aku balik untuk mengelakkan kesangapan yang teramat sangat....adik aku nak kata aku buruk siku pun takpela...asalkan aku ada semangat nak datang keja tanpa ada rasa stress teramat sangat...

kalu blog pun nak block aku tak tau la nak kata apa lagi...

03 October 2010

571 : rendang minang....

setiap kali raye, selalunya aku akan menolong mak aku masak...sepanjang aku kahwin hampir 6 tahun memang aku tak penah masak rendang daging di rumah aku...coz selalunye pagi raye aku akan beraya di umah mak aku atau umah mak mertua aku....bukannya tak nak masak kat umah sendiri tapi makan berdua je dan lagi satu kononnye balik kampung la...padahal kat kl jugak...huhuhu....

minggu ni memang ada jemputan untuk ke open house dari kekawan....namun aku nak cuba masak sendiri rendang daging minang tanpa bantuan dari mak aku....kire nak masak sendiri...aku dah tau resipinye cuma selalunye aku dengan bantuan mak...setiap tahun mak aku akan masak rendang daging minang....aku memang suka sangat rendang ni...jika dimakan dengan nasi panas dan kicap manis memang lagi terangkat....

petang semalam aku bagi idea kat my hubby untuk masak rendang daging....my hubby macam tak caya je...ye la aku tak penah masak rendang sebelum ini tiba-tiba je nak masak....my hubby bagi support...kata dia bagus gak...kita wat open house untuk kita berdua kat umah kita....lagi bertambah semangat la untuk aku memasaknye....

selepas pulang dari open house dan window shopping, aku dan my hubby gi terjah NSK di Selayang....nak beli bahan-bahan wat rendang daging katanya...punye ramai la manusia di NSK ni....aku tengok majoritinya beli barang nak wat open house...walaupun masa tu dah pukul 11 malam tapi aku lihat orang semua bersemangat bershopping...dengan hujan lebat aku dan my hubby seronok dan bersemangat nak masak....aku terpaksa ke pasar chowkit coz ada bahan yang tak cukup...nasib baikla ada di sana...


balik dari shopping, aku dan my hubby menyiapkan bahan-bahan untuk masak rendang...pukul 1.30 pagi, rendang telah selamat ditumis...kesian aku tengok my hubby sampai mengantuk la nak menunggu rendang masak....

alhamdulilah masak juga la rendang daging minang yang dimasak oleh aku dan dibantu oleh my hubby....rendang ini dimakan dengan nasi impit....dan impian aku nak makan rendang dengan nasi panas dan kicap manis akhirnya tercapai...memang lazat sehingga menjilat jari gitu....