Terima Kasih Sahabat

10 October 2010

576 : 10 10 10...

walaupun tarikh 10 Oktober 2010 amat special hari ini untuk orang lain namun takde yang menarik berlaku pada aku...

yang pasti hari ini terlakar sebuah sejarah persandingan kayangan untuk angkasawan negara yang pertama iaitu Datuk Dr. Syed Muzafar dan Dr. Harlina yang berlangsung dengan indah di PICC...siap masuk tv3 siaran langsung lagi jam 9 malam....orang ternama yang mengharumkan nama negara mendapat keistimewaan yang setimpal dengan jasa yang ditaburkan...semoga pasangan pengantin berbahagia hingga ke akhirnya....

kehidupan aku pada hari ini just macam biasa...simple dan santai...hanya berehat dirumah....melakukan keja seharian di rumah seperti memasak, mengemas, membasuh dan pelbagai lagi...aku masak tomyam ayam...petangnya plak aku gi beriadah dengan my hubby di taman tasik dato keramat...

besok bermula lagi minggu baru...moga berjalan dengan lancar tanpa ada stress yang amat tinggi...

No comments: