Terima Kasih Sahabat

18 October 2010

579 : pecah tumit kaki...

aku rase semua orang menghadapi masalah ini terutamanya kaum wanita tak terkecuali aku sendiri...pelbagai cara dan produk yang aku cuba dan buat...kekadang tu ada yang berhasil dan kekadang tu bila dah takde perubahan buat aku rasa malas nak buat lagi....

aku perhatikan pecah tumit kaki akan jadi lebih teruk jika seharian duduk di dalam bilik hawa dingin....ditambah plak tanpa memakai krim atau minum air putih mineral secukupnya...ditambah plak kalu ada sikap yang teramat rajin untuk meletakkan krim tak kira waktu pagi, petang, siang atau malam....


aku mengaku yang aku ini memang ada sikap pemalas dan ditambah plak kesibukan dengan keja di pejabat dan kepenatan apabila pulang dari kelas....namun apabila dah bertambah teruk sehinggakan berjalan di atas karpet pun dah tersangkut2 dan sakit bila ianya terlalu kering, aku perlu menukar sikap pemalas aku ke sikap yang amat rajin...aku nak sangat kaki yang sakit...

aku telah berikthiar dengan meletakkan krim vaseline sebelum aku tido....tu pun kekadang tu saje2 buat lupa coz kalu letak je krim vaseline ni confirm aku tak boleh nak bergerak banyak ketika tidur, aku perlu tido secara statik agar krim di kaki tidak melekat di cadar....terutama kalau cadar yang baru ditukar...di opis plak aku meletakkan kan krim nivea coz tak bape melekit...terus meresap je tak payah nak tunggu lama....


dan terbaru aku membeli produk sarung kaki keluaran cosway...bentuknye macam stokin...perlu pakai sekurang2nya 20 minit...kalu tumit tu dah teruk sangat perlu pakai semasa tido...bila pakai je stokin ni rasa seperti ada gel dan sejuk je tumit kita tu...aku harap berbaloi la aku membeli nya...stokin ini boleh pakai sebanyak 40 kali...


pastu semasa mandi, aku akan asah dengan batu pengasah yang aku beli di leno...kalu rajin aku akan menggunakan produk avon iaitu rough skin remover...kita perlu asah krim tu kat kaki agar mengeluarkan semua daki2 yang pecah tu...

apa2 pun skrg ni aku perlu memberi semangat pada diri aku sendiri untuk mencantikkan kaki aku sendiri...kalu tidak diri sendiri sapa lagi kan...aku tak nak orang lihat kaki aku dan bersangka macam2...sibuk dan penat macam mana pun kita perlu membelai diri kita sendiri untuk kebaikan kita juga serta untuk kepuasan hati sendiri....

kekadang tu ada juga aku menggunakan petua2 yang aku baca daripada internet seperti menggunakan limau nipis, garam halus dan merendamkan kaki di dalam air suam...aku akan cuba sedaya upaya aku...insya'allah...u can do it...

1 comment:

pB said...

tengok orang cantik , jeles.

tapi , nak buat macam orang yang cantik tu malas

alahaiiiiiiii


(kak pB cakap pasal kak pB tu)