Terima Kasih Sahabat

01 November 2010

590 : sepetang di shah alam...


alhamdulilah....impian dan apa yang aku rancangkan menjadi jugak walaupun pelbagai dugaan yang berlaku...memang bukan mudah untuk mencapai apa yang kita nak dan impikan...tak boleh punye ayat...

impian dan plan aku nak ke fiesta buku alaf 21 pada hari sabtu lepas berjaya jugak....walaupun aku dan my hubby hampir-hampir kecewa kerana sesat barat kesesatan, namun semangat yang kuat dan tidak berputus asa, sampai jugalah kami ke fiesta tu walaupun sampai di sana lagi setengah jam nak tutup....


bila tiba di fiesta buku tu, aku rasa lost sangat....almaklum la aku dah lama tak membeli novel dan membaca novel...aku tak tahu sapa pengarang yang terkenal skrg dan novel mana yang latest dan best seller....giler punye lost...padahal dulu rasenya aku kenal la pengarang yang terkemuka...semenjak jadi student ni tiba-tiba jadi lost...nak wat camne sesuatu impian itu aku perlukan lakukan pengorbanan dalam kehidupan...

aku terpaksa bertanya dengan penjual di alaf 21 tu yang mana novel yang paling best dan pengarang yang bagus...nasib baiklah semuanya peramah2 dan memberi cadangan novel yang mana harus aku beli...aku beli 3 novel yang terkini dan terbagus...dan 3 buku ilmiah...setiap novel dan buku yang dijual ada 30% diskaun...

masa kami nak balik, skuad Suria FM datang menjengah ke fiesta buku tu...namun aku tak boleh nak join contest yang dijalankan coz aku memang jarang mendengar stesen radio tu....


aku dan my hubby bercadang nak gi makan ABC Frado di Food Court seksyen 2 Shah Alam...tapi sebelum tu aku dan my hubby solat Asar di Masjid Negeri Shah Alam...alhamdulilah dapat juga aku menjejak di masjid ni..walaupun dah banyak kali ke shah alam namun tidak pernah berpeluang ke sana...


selepas solat, aku pergi amik adik aku yang study di UiTM Shah Alam untuk join sekali makan di food court tu...alhamdulilah dapat gak makan ABC Frado yang marveles tu....

selepas tu aku ajak my hubby pergi ke pesta jualan gudang yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam....dah sekali harung ke shah alam, aku terus la pergi jalan-jalan ke bandar shah alam...tapi takde apa yang menarik kat pesta jualan gudang tu...mungkin aku takde benda yang nak dibeli...

aku pulang ke KL jam 9 malam dan melepak menonton perlawanan bola antara N9 dan Kelantan di rumah mak aku...sambil makan serdak kuih raya yang masih ada dengan nescafe tarik...memang layan....

lepas tu, aku dan my hubby pergi meneruskan misi berjalan-jalan ke bazar uptown di danau kota...punyela ramai manusia kat sini...macam kan siang...padahal masa tu jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam...biasalah malam minggu pastu awal bulan plak tu...

aku dah tahu kat mana nak terjah beg tangan replica coach...memang cantik2 la....walaupun bukan original tapi dah tu je yang aku mampu, layan kan jelah...asalkan coach...huhuhu...tengokla camne next month aku nak ke uptown ni lagi...memang best la macam-macam ada....

memang aku seronok sangat berjalan-jalan sepetang di bandar Shah Alam dan uptown Danau Kota...dapat la aku membeli apa yang aku impikan...nati aku gi jalan-jalan lagi dengan hubby tersayang...tapi masa tu aku nak gi bercuti luar KL coz dah lama sangat tak gi bercuti...insya'allah masa cuti semester break nati...hope plan ini akan berjaya insya'allah...

3 comments:

pB said...

salam


tahniah sebab dpt gak terjah Alaf21

kak pB dah pun ke Gudang Sale tu.
Memang tak ada apa yang menarik punnnnn

risanur said...

pB >> salam kak...tq kak...puas juga la sesat kat shah alam tu...mmg takde apa2 pun kat Gudang Sale tu...layan je la..

kueh bakar said...

suria fm la best layan...