Terima Kasih Sahabat

11 November 2010

596 : ulser mulut...

u all penah kena tak ulser mulut???aku selalu sangat kena...kalu nak dikatakan hampir setiap bulan aku akan kena...hanya Allah sahaja yang tau betapa sakit dan menderitanya bila kena ulser mulut ni...

yang pastinye nak makan, nak minum dan kadang-kadang nak bercakap pun sakit...hanya mereka yang selalu kena dan mengalaminya dapat berasakan sakitnya....my hubby dan mak aku sampaikan pelik kenapa aku selalu sangat dapat ulser ni...coz selalunya kalu aku dapat ulser ni akan mengambil masa nak baik...dalam 2 minggu la selalunya nak baik...

dalam masa 2 minggu ini la aku akan menanggung kesakitannya....aku cuba mencari punca dan faktor kenapa selalu sangat mendapat ulser mulut ini...aku cari info di pak google....banyak faktor penyebabnya....kat sini aku ada letakkan kenapa ianya terjadi dan petua untuk melegakan sakit ulser ini....

Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

* Stres
* Perubahan hormon
* Jangkitan (infeksi)
* Kekurangan zat makanan
* Alahan
* Radioterapi
* Kimoterapi
* kekurangan zat dalam makanan yang diambil
* penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman
* kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya

Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

* Rasa membakar dalam mulut
* Kesakitan
* Tidak selesa
* Hilang selera makan
* Demam
* Ketidakselesaan yang berpanjangan

Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

* Gunakan bahan kumuran antiseptik
* Sapu gel atau krim penahan sakit
* Kekalkan kebersihan mulut yang baik
* Makan makanan lembut
* Elakkan makan makanan panas dan pedas serta makanan berempah
* Banyakkan minum air
* elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan atau Arcalion.
* ambil mineral zink dan zat besi.
* tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
* vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
* untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
* pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.

aku copy daripada Info Sihat dan beberapa link lain...credit pada mereka....

ada petua yang aku dapat daripada google iaitu :

* Cubit sekeping asam keping, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit, bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan
* Sapukan getah daun tangan2 di tempat ulser

tapi selalunya kalu aku, selalu letak asam boi di tempat ulser ini...hanya Allah sahaja yang tahu betapa nikmatnye sakitnya....menitik la air mata ini...

aku sebenarnya risau juga adakah sebab penyakit atau ubat yang aku makan setiap hari untuk penyakit aku hadapi kini penyebab ulser mulut ini terjadi...yelah kalu berlarutan boleh jadi kanser tu...menyeramkan la...jauhkan aku daripada penyakit yang berbahaya ini...

hanya Allah sahaja yang tahu betapa seksa dan menderita nya bila dapat ulser mulut ini...hilang segala nikmat dunia ini....Ya Allah jauhkan la segera penyakit ulser mulut ini, tak sanggup rasenya nak menghadapinye lagi...

2 comments:

Mr PenyuBiru said...

kurang air tu.kena banyak minum air masak.

armouris said...

lagi info tentang ulser mulut di SIHAT SELALU - Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah