Terima Kasih Sahabat

23 November 2010

604 : kejujuran dan kepercayaan...

" tiru dosa, mati terseksa "....

itu la ungkapan yang dilafazkan oleh lecturer aku malam tadi sebelum bermulanya exam mid term untuk subjek keusahawanaan dan teknologi maklumat....begitu mendalam maksud dan ertinye....

aku teramat terkejut apabila ungkapan itu dilafazkan....dan yang membuatkan aku teruja sesangat, lecturer tu boleh keluar meninggalkan kami di dalam kelas untuk menjawab exam dan beliau ke surau untuk solat...sepanjang aku bergelar student ini adalah pertama kali aku menghadapi exam sebegini....

sepenuh dan seluruh kepercayaan telah diberikan kepada kami seramai 34 orang untuk menjawab soalan exam tersebut....

sama ada anda ada seorang yang jujur dan ikhlas adalah terpulang di tangan anda sendiri....

dan ungkapan yang diucapkan sebelum beliau keluar untuk solat "Allah melihat segala apa yang berlaku"....

insya'allah aku tidak melanggar seluruh kepercayaan lecturer yang diberikan kepada aku...aku berserah segalaNya pada Allah....aku dah cuba yang terbaik dan termampu oleh aku....hanya Allah mengetahui segalaNya...aku akan terima keputusan exam tersebut dengan hati yang redha kerana aku dah lakukan yang terbaik....insya'allah....

dalam kehidupan ini, kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan adalah sebahagian dalam kehidupan untuk kita menempuh segala kehidupan di alam fana ini...

3 comments:

pB said...

Salam


insyaallah , akan berjaya hingga ke akhirnya

Yang penting kita dah berusaha sedaya upaya kita

fathiyyah said...

kita selalu lupa yang ada malaikat kiri kanan yg sentiasa menulis segala amal yg kita buat,

kita paling lupa yang Allah sentiasa lihat kita. huhu

take care, kak :)

risanur said...

pB >> tima kasih kak...insya'allah berkat doa semua...

fathiyyah >> tu la pasal...manusia mudah lupa terutama nye malaikat kiri dan kanan serta Allah yang selalu melihat setiap masa...