Terima Kasih Sahabat

27 November 2010

608 : Unstoppable...

aku dan my hubby baru balik menonton ceta Unstoppable yang dilakonkan oleh Denzel Washington dan Chris Pine...ceta ni dah ditayangkan pada 11 November hari tu....disebabkan kesibukan nak menonton ceta ni ditangguhkan sehingga hari ini...kat panggung wayang pun tak ramai sangat yg menonton almaklumla dah lama ditayangkan...

pada mulanya nak menonton ceta Harry Potter 7 tapi tayangan masih baru tu yang tukar ceta untuk menonton Unstoppable....

Unstoppable adalah satu kisah benar yang terjadi...kalu tak salah aku dalam tahun 2001...jalan ceta yang menarik dan banyak adegan suspen yang dilakonkan....

bagaimana 2 orang hero dalam ceta ni nak menghentikan keretapi laju yang dibawa tanpa pemandu...pastu membawa 39 gerabak yang mengandungi bahan api yang berbahaya....kita akan rasa cemas je bila adegan2 nak menghentikan keretapi ni berjalan....memang terhibur la...itu adalah pendapat aku tapi tak tahu la kalu orang lain plak....

yang pastinye tensen dan stress aku untuk hari ni rasa berkurangan sedikit....aku tak tahu la kenapa lately ni aku terlalu stress sesangat sehinggakan leher aku ni terasa tegang dan sakit nak berpusing....dah jadi kepala robot....hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya leher ni bila tidak boleh bergerak....moga sakit aku ni akan mula berkurangan sakitnya....insya'allah...

No comments: