Terima Kasih Sahabat

31 December 2010

624 : imbasan 2010...

hari ini hari terakhir untuk tahun 2010...pelbagai kenangan manis dan pahit yang telah aku lalui sepanjang tahun ini....dan pelbagai dugaan yang Allah telah berikan aku sebagai seorang umatNya di muka bumi ini untuk dilalui...

antara kenangan manis yang aku masih ingat antaranya adalah dapat beli handphone nokia E72, dapat gi Cameron Highlands, sungai gabai, aku mendapat pengiktiran menjadi salah seorang pekerja cemerlang untuk tahun 2010....

namun yang pastinya, tahun ini adalah tahun yang penuh dugaan untuk aku dan keluarga....aku pasrah dan redha menerima segala ketentuan dariNya...selagi aku mampu untuk menerima dugaan dari Mu Ya Allah, insya'allah aku akan cuba untuk menempuh segalanya....

moga tahun 2011 yang akan datang ini, aku akan menjadi seorang isteri, anak, menantu, pekerja, pelajar dan insan yang boleh menempuh segala dugaan yang diberikan....insya'allah...

30 December 2010

623 :

alhamdulilah esok cuti....lega sikit mendengarnya...thanks to skuad Malaysia....kerana mereka la kita yang berada di Malaysia mendapat faedah dan nikmatnya....

rasa lega sikit apabila pengumuman cuti dibuat oleh PM malam tadi...almaklumla minggu ni adalah minggu yang terlalu bz untuk mengejar dateline semua projek....dahla minggu depan bermula untuk final exam...menyeramkan coz aku belum wat pa2 preparation....

esok cuti insya'allah boleh la mula buka buku....tu pun kalu semangat nak baca buku tu lagi tinggi daripada nak berlingkar di atas katil....huhuhu....aku kena kuatkan semangat sendiri...jika tidak memang aku akan mudah tertewas di tangan sendiri...

p/s : semoga keputusan hari ini akan berpihak pada kami sekeluarga...Ya Allah berikan kami kekuatan dan ketenangan untuk menerima keputusan ini....

27 December 2010

622 : redha dan pasrah...

insya'allah, aku dan family makin redha dan pasrah atas apa yang berlaku...kami pasrah atas segala dugaan dari Allah ini...

cuma aku tak tahan melihat mak yang dirundung kesedihan....namun aku pasti mak aku kuat untuk menghadapi segalanya...insya'allah...

Ya Allah, permudahkanlah dan berikan kami petunjuk jalan mana yang harus kami ambil...

moga kesihatan mak dan ayah aku bertambah ok....moga jangan la ada lagi dugaan yang hebat dari ini...tidak sanggup rasanye...

sekarang ini pun aku buntu untuk mencari jalan...hanya pada Mu aku berdoa agar aku perolehi ketenangan dan ketabahan untuk mendapat petunjuk dari Mu Ya Allah...

24 December 2010

621 : diduga lagi...

kami diduga lagi...kali ini lebih dashyat lagi...hingga melibatkan keluarga aku...
tidak sanggup aku melihat mak aku menangis dan berlinangan air mata...

namun kami pasrah atas ketentuan dariNya...
Ya Allah kuatkan semangat dan hati kami...
moga kami dapat menghadapi segalanya...insya'allah...

23 December 2010

620 : tidak sangka...


disebabkan dugaan yang aku hadapi sekarang ini membuatkan aku tiada mood (moody) untuk bercakap dengan orang lain...bukan sengaja atau saje buat-buat...kenyataannya hati aku sakit, geram dan rasa nak marah pada orang tu memang ada....

yang paling aku tidak sangka kan, lecturer aku semalam perasaan yang aku ini moody...maybe selalunya aku dalam kelas nampak happy dan concentrate dengan pengajian yang beliau ajar (kononnye la concentrate padahal fikiran menerawang ke mana, huhu...)

lecturer aku ini siap tegur aku "kenapa muka u nampak risau je"...sememang nya aku yang terkejut dan tergamam ketika itu memang tak boleh nak jawab apa-apala...kekawan kelas aku yang tolong jawab bagi pihak aku...tq kekawan...

aku pun tak tahu la sehingga bila aku nak moody...bukan aku sengaja buat macam gitu....hanya Allah sahaja yang tahu dan faham perasaan aku....moga aku diberi kekuatan dan ketenangan untuk aku menghadapi segalanya...insya'allah...

21 December 2010

619 : dugaan demi dugaan....

lepas satu dugaan, lagi satu dugaan yang aku terima...
Allah mengetahui segala yang berlaku....
cuma aku mampu atau tidak untuk menghadapinya...

kepercayaan dalam persahabatan amat penting....
kepercayaan pada kawan-kawan juga penting....

namun apabila kepercayaan tersebut telah dikhianti dan ditembusi....
perasaan dan hati menjadi tidak keruan...
rasa nak marah, keliru, bingung dan segala macam bergelodak dalam fikiran....

aku tidak tahu salah aku bercakap atau salah orang menyampaikan....
aku bercerita bukan untuk disampaikan pada orang lain...
aku bercerita hanya untuk meluahkan perasaan ketika itu....

apabila cerita telah disampaikan pada orang lain....
cerita tu menjadi makin besar dan membesar...
dan jalan cerita tersebut pun dah berubah dari cerita asal....

sekarang aku keliru....
aku buntu...
aku tak tahu apa yang harus aku lakukan....
aku tak tahu apa sapa harus aku percaya...
pada sapa lagi harus aku harus letakkan kejujuran dan keikhlasan....

aku tahu semua manusia tidak sempurna...
begitu jua aku...
tidak sempurna di mata semua termasuk Allah...
namun apabila ini berlaku....
aku jadi tak keruan, bingung dan segala macam...

Ya Allah berikan aku kekuatan dan ketenangan...
untuk aku menempuh segalanya dalam kehidupan ini....
hanya padaMu aku memohon dan meminta....

20 December 2010

618 : thanks...

thanks ika, oja dan jie kerana memberi aku souvenior dari Bukit Merah LakeTown Resort....

walaupun tak gi join namun aku juga berasa kehangatan mereka yang pergi...ada yang kata best, ada yang kata sakit badan, macam-macam komen la yang aku dengar...yang pastinye aku tak pergi...huhuhu....

tak tahu la aku ni masih berpeluang atau tidak untuk gi retreat next year...

yang pastinye aku memang gelak sesungguhnya bila kawan-kawan dok ceta pengalaman main obstacle challenge....ada yang kena panjat tembok 8 kaki, kena berenang dalam tasik, kena mendayung dan macam-macam lagi...yang pastinye kalu aku gi retreat tu confirm aku tak join...almaklumla masalah kesihatan agak kurang mengizinkan...huhuhu....

seronok mendengar pengalaman kekawan ini...walaupun tak hadir bersama namun dari ceta dan pict yang diambil dapat berasa keseronokannya juga...tahniah pada kawan-kawan yang berjaya merentasi semua halangan obstacle challenge tersebut....

617 : teringin...

tekak ni tingin sangat nak makan KFC...ada sesapa ke yang nak belanja makan KFC hari ni???

KFC....KFC....KFC....

mengugat jiwa betul la tengok pict ni....meleleh air liuq....huhuhu....

jom kekawan kita gi serbu KFC tengahari ni....

19 December 2010

616 : masuk jawi...

2 orang anak buah aku baru je selesai masuk jawi 2 minggu lepas....tak sangka dah besar dah anak buah aku....rase sekejap je diorang ni membesar...

aku ingat lagi masa anak buah aku yang sulung iaitu hafiz aku jaga masa dia setahun...skrg ni dah bersunat dah...rase sekejap nye 8 tahun sudah berlalu....masih terimbas lagi kenangan masa aku menjaga dia masa aku pas abis study 8 tahun lepas....ke mana saje aku pergi dia akan ikut....skrg ni dah nak masuk sekolah tahun 3....

yang lagi sorang anak buah aku iaitu hakim baru berusia 6 tahun...kecik je lagi umurnye bersunat tapi disebabkan abangnya bersunat tahun ini, dia pun terpaksa kena join sekali....tahun depan nak masuk tahun satu...

aku harap anak-anak buah aku iaitu hafiz dan hakim akan menjadi anak yang solehah untuk mak dan ayah....moga mereka ini membesar menjadi anak yang dirahmati olehMu Ya Allah...

17 December 2010

615 : .....

S.T.R.E.S.S sangat....

dengan pelbagai dugaan, cabaran, masalah dan pelbagai lagi...

Ya Allah kuatkan semangat dan hati ku untuk menempuh segalanye....insya'allah...

15 December 2010

614 : penuh kesunyian...

mulai hari ini (15 dis) hingga jumaat (17 dis) ni opis aku sunyi macam dilanggar garuda....semua kekawan aku pergi bergembire retreat di Bukit Merah Laketown Resort di Taiping selama 3 hari 2 malam....

aku juga yang tak pergi...sedihnya!!!....nak wat camne kan perlu buat pengorbanan untuk masa depan....almaklumla student la kata kan...mana la boleh pergi merewang sesuka hati je...coz kelas after waktu pejabat....selalunye retreat dibuat masa hari jumaat hingga ahad...cuma tahun ni dibuat lain plak...dibuat waktu bekerja....kenalah aku berkorban dengan rela...huhuhu....

lagipun besok malam aku ada midterm exam....aku stress gile dengan subjek ni...dari awal semester hinggala minggu ke 13 ni, aku memang tak faham dan blur je...bila baca dan study memang tak faham langsung....rase nak menjerit dan menangis coz bila baca tak faham...dah la nak midterm dan final bermula Januari 2011...aku berserah je la pada Allah...

aku harap kekawan opis aku yang gi retreat kat Laketown tu bergembire la...moga apa yang dirancang akan tercapai....dan aku yang kena jaga opis ni harap dapat bersabar menempuh 3 hari di pejabat yang penuh kesunyian....huhuhu....

10 December 2010

613 : moody...

bukan nak dengki tapi cuma rasa it's not fair....tak adil...
kenapa semua orang  diharamkan diblock apa yg telah di opis...
tapi ada sesetengah orang boleh je buka dengan berleluasa senang hati je...

tak tau la orang itu dapat keistimewaan atau untuk buat keja pemantauan....tapi apa yang special sangat ye...tak kira orang lama ke, orang baru ke kan...kalu dah tak boleh nak surf dan diblock kena la block pada semua orang....baru la adil...

aku tak tau kenapa aku moody sesangat hari ni...rasa nak tempelak marah orang je...aku pun tak tahu kenapa...maybe angin bulan aku tak bape nak betul hari ini...yang pastinye aku meroyan sungguh la hari ni...selalunya aku tak kisah je dengan orang lain...tapi hari ini aku kisah sangat apa keistimewaan orang-orang tertentu yang dapat hak yang istimewa sangat...

02 December 2010

612 : spageti time...

hari tu aku ada post yang tingin sangat nak makan spageti seafood yang aku masak sendiri...tapi aku tak tahu la bila nak memasaknya...

disebabkan kesibukan yang amat melampau dan terlalu tingin serta ditambahkan dengan kemalasan gitu, lunch tadi aku telah pergi menerjah ke pizza hut...

spagetti pizza hut...

aku ambik lunch set express iaitu spageti tempura gitu....rasenya ala-ala boleh la...yang pasti puas hati kalau aku yang masak sendiri...kerana bila masak sendiri aku bole je boh apa yang aku nak...nak pedas ke, masam ke, nak letak udang ke, sotong ke semuanya boleh...tapi bila dah pergi makan kat kedai confirm la udangnya ada 2 ketul dan kurang pedas...aku ini kan lidah melayu mestilah spageti pun kena la power....


alhamdulilah dapat gak makan walaupun agak kureng...huhuhu...

spagetti seafood masakan sendiri....

611 : macam-macam ada....

aku pelik dan hairan kenapa la skrg ni aku lihat perempuan lagi boleh cover kemarahan dan streesnya bila menghadapi masalah yang besar berbanding lelaki...

perempuan masih oleh bergurau senda dengan semua orang walaupun ketika itu mereka tengah bersedih, terasa hati dengan seseorang dan dalam keadaan tertekan berbanding lelaki....

perempuan masih boleh bersabar dengan pelbagai karenah manusia walaupun ketika itu menghadapi pelbagai masalah...

kalu orang perempuan berangin, tensen atau marah-marah kita tahu yang orang perempuan ada sakit kawan baik setiap 'bulan' nye...tapi kalu lelaki berangin, moody, tak boleh bawa bergurau dan marah-marah ada juga penyakit atau diorang dah lama 'tak dapat' dari isteri diorang....

manusia ni memang pelbagai sikap, tingkahlaku dan sifat...sesama manusia je memahami antara satu sama lain....

apa yang aku belajar, orang perempuan boleh je bergurau senda bila mereka ada masalah tapi orang lelaki ni kita kena tengok mood diorang kalu nak bergurau senda gitu....

macam-macam ada di dunia ini yang perlu kita fahami dan explore tentang sikap manusia ni...

01 December 2010

610 : Hari Innovasi KPWKM 2010...

30 November 2010, Hari Innovasi KPWKM tahun 2010 yang berlangsung di ISM....dulu dipanggil Hari Kualiti tapi skrg Hari Innovasi...nak soh semuanya menjadi penjawat awam yang berinovasi dan kreatif gitu....

aku masih ingat kata-kata Dato' Seri Shahrizat semasa perasmian Hari Inovasi,

"sebagai penjawat awam kita perlu berkeyakinan dan berketrampilan untuk menunjukkan kita ni inovatif dan kumpulan sasar kita percaya pada kita"....

"jangan buat muka tak mandi macam 40 hari padahal banjir baru je berlaku 7 hari, macamne orang mangsa banjir nak trust kat kita"...

"kita adalah barisan hadapan untuk kumpulan sasar kita semasa mereka menghadapi kesusahan"....

alhamdulilah kali ni sekali lagi Kumpulan Kreatif dan Invotif (KIK) BPM menang sekali lagi...Kumpulan S.M.@.R.T ....kali kedua BPM menang untuk KIK ni....kirenya bila BPM masuk je KIK ni confirm menang la....hahaha....ayat tak boleh blur....nak wat camne dah rezki kan....

aku ini hanya sebagai penyibuk penyokong BPM hadir bersama kumpulan SM@RT ni semasa menerima hadiah...dengan semangat kami majoriti budak perempuan memakai baju korporat rasmi BPM gitu...sampai ada yang kata kami ini kumpulan koir...sabar jelah...tahula kami ni seragam tapi jangan la kata kumpulan koir...sib baik tak dikata kumpulan nasyid...huhuhu....

sijil penghargaan JOHAN dan plak...

pemenang + penyibuk penyokong bergambar di atas pentas...


bebudak perempuan yang semangat pakai baju keparat korporat...

penyibuk penyokong yang bergambar mengalahkan pemenang...huhuhu...

nampak cantik je pict ni...sendiri puji kan...hahaha....

tahniah aku ucapkan kepada kekawan Kumpulan SM@RT kerana mengharumkan sekali lagi nama BPM di mata dunia KPWKM....bak kata big boss Pengurus BPM,

"gaduh-gaduh pun boleh menang tempat pertama"....

walaupun pelbagai masalah dan cerita  yang tidak menarik didengar namun semangat kalian tidak mengecewakan BPM...tak sangka banyak anugerah yang kita dapat tahun ni....."Hidup BPM"...moga kita akan berjaya dan sukses lagi di masa akan datang....insya'allah...