Terima Kasih Sahabat

01 December 2010

610 : Hari Innovasi KPWKM 2010...

30 November 2010, Hari Innovasi KPWKM tahun 2010 yang berlangsung di ISM....dulu dipanggil Hari Kualiti tapi skrg Hari Innovasi...nak soh semuanya menjadi penjawat awam yang berinovasi dan kreatif gitu....

aku masih ingat kata-kata Dato' Seri Shahrizat semasa perasmian Hari Inovasi,

"sebagai penjawat awam kita perlu berkeyakinan dan berketrampilan untuk menunjukkan kita ni inovatif dan kumpulan sasar kita percaya pada kita"....

"jangan buat muka tak mandi macam 40 hari padahal banjir baru je berlaku 7 hari, macamne orang mangsa banjir nak trust kat kita"...

"kita adalah barisan hadapan untuk kumpulan sasar kita semasa mereka menghadapi kesusahan"....

alhamdulilah kali ni sekali lagi Kumpulan Kreatif dan Invotif (KIK) BPM menang sekali lagi...Kumpulan S.M.@.R.T ....kali kedua BPM menang untuk KIK ni....kirenya bila BPM masuk je KIK ni confirm menang la....hahaha....ayat tak boleh blur....nak wat camne dah rezki kan....

aku ini hanya sebagai penyibuk penyokong BPM hadir bersama kumpulan SM@RT ni semasa menerima hadiah...dengan semangat kami majoriti budak perempuan memakai baju korporat rasmi BPM gitu...sampai ada yang kata kami ini kumpulan koir...sabar jelah...tahula kami ni seragam tapi jangan la kata kumpulan koir...sib baik tak dikata kumpulan nasyid...huhuhu....

sijil penghargaan JOHAN dan plak...

pemenang + penyibuk penyokong bergambar di atas pentas...


bebudak perempuan yang semangat pakai baju keparat korporat...

penyibuk penyokong yang bergambar mengalahkan pemenang...huhuhu...

nampak cantik je pict ni...sendiri puji kan...hahaha....

tahniah aku ucapkan kepada kekawan Kumpulan SM@RT kerana mengharumkan sekali lagi nama BPM di mata dunia KPWKM....bak kata big boss Pengurus BPM,

"gaduh-gaduh pun boleh menang tempat pertama"....

walaupun pelbagai masalah dan cerita  yang tidak menarik didengar namun semangat kalian tidak mengecewakan BPM...tak sangka banyak anugerah yang kita dapat tahun ni....."Hidup BPM"...moga kita akan berjaya dan sukses lagi di masa akan datang....insya'allah...

No comments: