Terima Kasih Sahabat

02 January 2011

626 : My Best Friend's Weeding....

seperti yang aku war-warkan dalam entry semalam, hari kedua untuk tahun baru 2011 ini aku akan menghadiri perkahwinan sahabat baik aku sejak dari zaman sekolah rendah lagi...aku menghadiri dengan hubby dan mak aku...


"Selamat pengantin baru Hanisah Nasron dan Mohd Zahid Idris...moga kalian akan kekal untuk selamanya...."
sama cantik sama padan...
hantaran pihak perempuan kepada lelaki...
 hantaran pihak lelaki kepada perempuan...

aku sendiri tidak sangka yang sahabat aku ini akhirnya menamatkan zaman bujangnye juga walaupun agak lambat daripada kami rakan-rakannye yang lain....masa aku terima sms jemputan kawin dia seperti aku tidak percaya je...almaklumla sahabat aku ini pernah bertunang dan putus kerana jodoh tak panjang...selepas tu aku tak dengar dah dia bercinta dengan sesapa pun...namun Allah telah menetapkan jodohnya, maka beliau tetap bernikah dengan pilihan hati pada 1 Januari 2011....

daripada aku terima kad kahwin nye aku memang tak sabar nak jumpa dan lihat dia bersanding....mesti dia cantik di singgahsana pelamin...


memang cantik sangat....memang totally berubah dari wajahnye yang asal...nampak seri pengantin nye...dengan kombinasi warna krim dan gold lagi menaikkan seri pengantinnya...

aku lihat yang paling seronok dengan perkahwinan ini tentulah mak dan ayahnya...almaklumla sahabat aku ini adalah anak sulung namun adik perempuan no. 2 telah melangkah bendul kakaknya....aku kenal semua adik beradik dan saudara mara sahabat aku ini...almaklumla bersahabat daripada usia 11 tahun sehingga kini...persahabatan yang hampir 2 dekad....aku harap sangat agar persahabatan antara kami tidak akan putus walaupun beliau dah bergelar seorang isteri...insya'allah...

1 comment:

Faaein Himura said...

selamat pengantin baru buat kawan risanur... moga berkekalan hingga akhir hayat.. =]