Terima Kasih Sahabat

06 January 2011

630 : hujan + sup panas...

alhamdulilah dari subuh tadi hingga petang ini, hujan masih turun di muka bumi kl ini...hujan yang diturunkan oleh penciptaNya untuk umat Nya....aku rasa musim tengkujuh akan bermula...coz tadi aku dengar berita dah banyak kawasan yang telah dinaiki air terutamanya di pantai timur....

kat KL hanya hujan sepanjang hari, kalu naik air pun sebab banjir kilat...namun bila hujan berterusan di negeri yang mengalami musim tengkujuh ni, mereka perlu membuat persediaan untuk berpindah...kat tv pun dah kuar iklan suruh sesapa yang terlibat dengan banjir perlu beri kerjasama untuk berpindah...aku tau takde sapa yang suka dok kat pusat pemindahan sementara...tak selesa...kalu aku sendiri pun suka dok kat umah sendiri lagi selesa....namun dugaan yang Allah berikan perlu kita terima dengan redha...

bila dah hujan, confirm sepanjang hari akan sejuk dan nyaman je...tak payah pasang aircond atau kipas angin, udara di sekeliling rasa sejuk...nak mandi pun rasa malas...tu yang mandi pagi di waktu petang...huhuhu....sejuk katanye...


masa sejuk-sejuk ni la tekak terasa nak makan masakan panas....disebabkan aku bercuti hari ini, aku telah merajinkan diri untuk memasak sup cendawan + sayur berperisa tomyam....sendiri masak sendiri la kena mengaku sedap....kalu tak sapa yang nak puji kan....lunch aku hari ini hanya makan sup cendawan ni...malam nanti baru makan nasi dengan hubby tercinta....aku masak sambal ikan cencaru dan goreng sayur bendi...semua lauk favourite my hubby...

sesekali masak ni memang best...dah muak makan kat kedai...dah 6 hari di tahun baru 2011, baru hari ni aku masuk dapur nak memasak...kesian kat my hubby dapat isteri yang pemalas....nak wat camne kan, minggu exam...alasan semata-mata padahal memang malas nak masak...huhuhu...layan kan jelah sikap aku ini kan...alhamdulilah aku dapat suami yang tak cerewet dengan makanan...apa sahaja yang aku masak dia akan makan...dan tak kisah juga either aku ni masak atau makan kat kedai...thanks abang kerana memahami diri ku ini...

3 comments:

Ibu Iman said...

hujan2 cmni terus lapar pulak ngk sup akak ni... nnt blk psni nk buat sup jugak la... hehehehe

Faaein Himura said...

wah.. sedapnya.. nak sket.. hehehe..

bestnya dapat pasangan yang memahami.. semoga berbahagia hingga ke syurga.. =]

Iman said...

waa bestnyer sup tu...mai la sikit....huhuhu..

kak...saya tag akak untuk join GA ni...jom

http://www.izamirridzwan.com/2010/12/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html