Terima Kasih Sahabat

10 January 2011

633 : tolong ingatkan aku...

akhirnya aku kembali ke pangkuan tempat kerja aku dan memulakan tugas di tahun baru 2011 setelah hampir 11 hari bercuti dari 31 Disember 2010 hingga 10 Januari 2011...

mak ai baru masuk keja untuk tahun baru ini...macam tak caya je dah 10 hari masuk tahun 2011 baru hari ini aku menjenguk kembali ke pejabat...rindunye nak guna pc dan rindu kat my cubicle...huhu...ya ke rindu!!!nasib baik la password pc masih ada dalam ingatan...hehehe...kalu tak memang confirm kena reset....macam-macam la aku ini nak merepek pepagi ini....biasalah mood cuti masih menguasai diri dan minda...

tolong ingatkan aku!!!!macam pernah ku dengar perkataan ini...tapi di mana yea???hehehe...sapa yang tak pernah perkataan ini angkat keyboard...memang sah la tak mengikuti perkembangan muzik semasa....hehehe...tajuk lagu juara AJL 25 yang diumumkan malam tadi milik Anna Rafali...

pas keputusan diumumkan aku terus log in FB..yelah nak baca dan lihat komen yang mengutuk memberangsangkan daripada penonton-penonton AJL...rata-ratanya semua macam tak percaya kemenangan lagu ini...

yang tak boleh bla tu, kawan aku hafiz terus bagi link youtube kat aku untuk video klip lagu ini...

memang aku akui, lagu tolong ingatkan aku ini memang first time aku dengar malam tadi masa AJL...dan yang kelakarnya masa Anna Rafali ini buat persembahan aku tak concentrate sangat dengan persembahannya...masa tu aku tengah wat assignment aku...masa tu otak aku telah disetkan yang lagu ini tak kan menang coz banyak lagi jaguh2 yang akan menang...

namun sangkaan ku ini meleset, bila lagu ini diumumkan sebagai juara AJL 25 aku terus tanya my hubby, best ke lagu ini....yang pastinya aku buka Youtube untuk lihat video klip...my first expression, aku tak faham apa yang Anna Rafali ni punye lirik....aku terpaksa buka plak youtube video klip yang ada lirik lagu ini...baru la aku faham apa yang dia nyanyi...memang lawak la....tak faham apa yang dia nyanyikan...adakah aku sorang je yang tak faham atau ada orang lain pun sama???

lagu yang sungguh puitis dan aku tak bape faham sangat apa yang lagu ini ingin sampaikan....yang aku boleh bagi komen, melodi dia sedapla...lain dari yang lain...maybe sebab keunikan lagu ini pada melodinya tu yang boleh menang..ntahla yang pastinye rezki Anna Rafali...

tolong ingatkan aku (Please remind me) tentang kerja yang harus aku lakukan setelah hampir 11 hari aku bercuti...hehehe...moga aku mendapat semangat nak wat kerja...

kerja 2 hari cuti 2 hari.....aku akan mula bercuti kembali pada Rabu dan Khamis ini untuk aku berperang menghadapi paper akhir pada Khamis ini...moga aku dapat melakukan yang terbaik untuk exam ini...insya'allah....

3 comments:

hafiz said...

yang tak boleh bla tu, kawan aku hafiz terus bagi link youtube kat aku untuk video klip lagu ini...

Ibu Iman said...

mmg x sangka lagu ni menang... tp tgk la ketua juri... sifu m. nasir... lirik lagu ni mmg puitis sikit... mira pn x bape phm.. hehehe

risanur said...

hafiz >> tq for ur link...
Ibu Iman >> dah rezki dia kan...sifu m.nasir ni kan suka yg puitis2 gitu...