Terima Kasih Sahabat

18 January 2011

641 : Sambutan 10 Tahun KPWKM...


17 Januari 2001, 10 tahun yang lalu telah ditubuhkan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga yang telah ditukar nama daripada Kementerian Hal Ehwal Wanita...

pejam celik pejam celik, 17 Januari 2011 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Wanita (KPWKM) telah menyambut 10 tahun kelahirannya....semalam telah diadakan sambutan 10 tahunnya di Dewan Merdeka PWTC dengan meriahnya...


sambutan yang berlangsung daripada jam 1.30 tengahari hingga 6.30 petang...yang paling meriah dengan kedatangan PM iaitu Dato'Sri Mohamad Najib Abd Razak untuk merasmikan sambutan pada jam 5.30 petang...


aku telah ditugaskan untuk menjaga booth KPWKM iaitu Talian Nur....dari jam 9 pagi aku dah terpacak berada di PWTC untuk setup booth...


aku tengok sambutan ini meriah lagi dengan kedatangan staf-staf yang telah bertukar dan berpindah...sungguh sporting sungguh mereka2 ini...walaupun dah bertukar/berpindah namun mereka sama-sama datang utk memeriahkan sambutan ini...rasa hilang rindu apabila dapat berjumpa dengan mereka ini...Pn. Azlina, Afzan, Kak Ju, Pn. Shila, Pn. Shifa, En. Razif, Pn Oja dan ramai lagi...

yang gempaq lagi sambutan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran 2 orang pengacara yang sensasi dan hebat...sapa lagi kalau bukan Sharifah Shahirah dan Nabil...cantik sungguhla shahirah tu...dan betapa lawak sungguh Nabil ni...pengacaraan mereka yang sporting membuatkan para penonton tidak kering gusi...


Anita Sarawak dan Hattan datang sebagai artis jemputan untuk memberi persembahan bagi Sambutan 10 tahun KPWKM...


memang meriah sungguh sambutan ini...tak sangka aku sendiri dah bertugas untuk tahun ke 6 untuk tahun ini...aku pun tak tahu bape lama aku akan berada di sini...banyak sungguh pengalaman dan kenangan yang aku perolehi...pengalaman dalam membuat kerja, membuat keputusan dan berjumpa orang....kenangan pahit dan manis dalam persahabatan membuatkan aku menjadi sorang yang dewasa...jika aku ditukar kan ke mana-mana akan ku bawa segala pengalaman dan kenangan ini....


No comments: