Terima Kasih Sahabat

22 January 2011

644 : masak lemak cili padi..

hari ini aku terlebih rajin sangat coz memasak plak hari ini...gara-gara mengidam nak makan masak lemak cili padi...tapi aku tak nak masak lemak cili padi ikan, nenas atau nangka....nak lain dari yang lain...demand tak hengat...hehehe....tekak ni mengidam mengalahkan orang mengandung...kalu mengandung tak tahu la camne...

tapi disebabkan semangat nak memasak itu membuak-buak, semalam masa di opis aku telah mencari menu masakan berasaskan masak lemak cili padi...nak lain dari yang lain kan tapi bahan yang mudah diperolehi di kedai...


aku masuk satu blog chef masakan ni...tak salah azli razali..selalunya dia ni menulis di dalam ruangan suratkhabar utusan malaysia setiap hari jumaat...aku pun masuk la blog dia ni...aku nampak ada resipi masak lemak cili padi cendawan tiram...nampak menyelerakan dan memenuhi tekak citarasa aku...

pagi-pagi tadi dengan bersemangat aku gi kedai untuk membeli bahan untuk memasak masak lemak cili padi cendawan tiram...masak dengan penuh bersemangat dan alhamdulilah masakan tu menjadi...huhuhu...sapa nak puji kalu bukan diri sendiri kan...

menu makan tengahari tadi adalah masak lemak cili padi cendawan tiram, ikan goreng selar, sambal belacan dan ulam kacang botol....ringkas dan mudah tapi sedap...menyelerakan lah...tangkap leleh gitu...

2 comments:

Mr PenyuBiru said...

naper mesti masak lemak cili api ek. naper tak masak lemak cili giling ke atau masak lemak lada hitam ke.hehe

risanur said...

penyu >> dah pakai cili padi kena la namanya masak lemak cili padi...kalu pakai lada hitam boleh la pakai nama nama lada hitam..huhuh...