Terima Kasih Sahabat

28 February 2011

670 : terjawab sudah..

akhirnya apa yang mendebarkan aku dari minggu lepas sudah terjawab juga pagi tadi...
agak menghampa dan menyedihkan juga...
namun aku dah buat yang terbaik dan berserah segalanya...
aku perlu menerima ye...alhamdulilah...

walaupun ada rasa sedih dan terkejut namunaku perlu menerima segala qada dan qadar...
aku perlu tekadkan azam dan kuatkan semangat untuk semester yang terakhir ni...
aku perlu strunggle..

semester akhir yang penuh debaran...
semester akhir yang penuh dugaan...
hanya padaMu aku berserah segalaNya...

aku hanya mampu berserah setelah membuat yang terbaik...
moga aku menjadi lebih kuat, tabah dan sabar...
menerima segala dugaan yang mendatang...

keputusan exam yang mengejutkan sepanjang aku study hampir 2 tahun setengah...namun aku dah buat yang terbaik (ayat memujuk hati)...

669 : mendebarkan...

hari ini adalah hari penentu...
mendebarkan dan menakutkan..
adakah ianya membawa berita gembire atau duka...
sama-sama kita natikan...

25 February 2011

668 : ntah kuih apa??

minggu lepas aku training di Bandar Utama, iaitu training Red Hat Linux Enterprise...biasalah kan kalau training akan dapat makan free..tapi kat sini hanya provide minum pagi dan petang...tengahari sendirian berhad sendiri-sendiri la....tu yang hampir setiap hari aku dan kawan aku asyik makan fast food je...coz tak tahu kat mana ada kedai nasi...



masa hari ketiga kursus, masa minum petang, ada satu kuih yang bagi aku menarik perhatian...warna hijau...nampak cam menarik dan tertarik untuk dimakan...belum makan pun dah nampak cam sedap je...

aku nampak kuih ni macam kuih koci pun ada...tak salah aku kuih ni mak aku panggil kuih peria...selalunya kalu kuih versi melayu ni, intinya either kacang merah atau inti kelapa...

tapi kuih yang bakal aku makan ni intinya rasa cam kacang hijau...tak bape manis...rase sedap sangat...aku makan 2 ketul lagi...

terbayang-bayang hingga sekarang kenikmatan kuih tu...tapi tak tahu nak cari kat mane...ada tak kekawan pernah tengok kuih macam kat atas tu, tapi berintikan kacang hijau..sila la bagitau ye...rasa nak makan lagi la..hehehe...macam orang mengidam je kan...

24 February 2011

667 : Sanctum...

malam Sabtu hari tu, my hubby sibuk mengajak menonton wayang...midnite katanya...dari hari Jumaat lagi my hubby mengajak memnonton wayang tapi aku agak kemalasan gitu....my hubby mengajak untuk menonton ceta Sanctum...setiap kali preview filem tu di TV setiap kali la dia mengajak aku untuk gi menonton...dia kata mesti best coz ceta dalam laut...dia nak tau sangat apa la dalam air tu...


untuk tidak menghampakan suami tersayang aku pun menurut kan je lah...selepas majlis pernikahan sepupu aku hari Sabtu tu, kami berdua gi menonton di Galaxy Ampang...sampai di situ jam 9.40 malam...ada tayangan pukul 10 dan 12 tengah malam...kami menonton jam 10 malam pun tayangan...tak larat nak tunggu sampai kul 12...

ramai gak la yang menonton filem ni...maybe semuanye teruja nak tahu apa la yang dimaksudkan dengan Sanctum ini...lagi satu orang teruja coz melihat nama James Cameron..sapa tak kenal James Cameron kan...pengarah terkenal Titanic dan Avatar...

pada pandangan aku secara keseluruhan cerita ini agak menarik kalu sesapa yang suka ceta berdasarkan adventure dan nak tahu apa selanjutnya...namun kalu sesapa yang tak bape suka, for sure mereka akan menilai cerita ini bosan....

filem ini berdasarkan cerita benar seseorang iaitu Andrew Wight iaitu penulis ceta ini yang gemar menyelam di gua dasar laut...cerita ini dimulakan dengan seorang remaja lelaki hero iaitu Josh (lakonan Rhys Wakefield)yang sedang terapung di dalam air....

yang boleh aku cerita kan 5 orang yang terperangkap di dalam gua di Papua New Guinea (gua yang paling dalam di dunia) dan yang belum pernah diterokai oleh sesapa...mereka terperangkap di dalam gua kerana jalan keluar ke gua tersebut telah banjir kerana taufan yang melanda....

kita akan dapat merasai kesusahan, kepayahan, permainan emosi yang berlaku di dalam ceta ini apabila mereka ingin mencari jalan keluar daripada gua tersebut....konflik antara kawan, ayah dan anak, serta pasangan kekasih...kalu tengok melalui 3D lagi best kot...sikap manusia yang mementingkan diri sendiri juga ada dipaparkan di dalam filem ini...aku hanya menonton paparan yang biasa saje...

cerita ini memakan masa 1 jam 49 minit...tak terasa pun bila berada di dalam panggung wayang...coz kita ralit melihat macamne susahnya mereka nak mencari jalan keluar daripada gua tersebut...

yang aku kelakar kelakar dan rasa tak logiknya tiba-tiba je ada sebuah kereta kebal tentera Jepun di dalam gua tersebut...kononnye kereta kebal tu jatuh daripada atas...maybe nak jadikan cerita kot coz tak tahu nak wat camne lagi nak dapatkan sumber api coz semua bateri untuk torch light dah terpadam...

sesapa yang rasa nak tengok, sila kan dan buatla penilaian sendiri...yang pastinya aku dah memuaskan hati my hubby yang nak sangat menonton ceta ini...my hubby sengih je kuar apabila menonton filem tu...maybe tak tahu nak komen apa kot...

cuma aku je tanya kat my hubby "dah tahu apa yang ada di dalam laut tu"...coz my hubby aspect ada haiwan atau alien dalam laut tu...coz tengok preview dari filem tu seumpama mereka menyelamatkan diri dari something....nak tau kesudahan nya sila la menonton....

23 February 2011

666 : slmt pengantin baru II...

entry ni aku nak ceta plak masa hari persandingan sepupu aku iaitu pada 20 Februari 2011...diadakan di Pusat Komuniti Gombak Setia...

berkonsepkan hitam dan putih...

selamat pengantin baru...

berkonsepkan hitam dan putih....seluruh keluarga pak sulung aku memakai serba hitam dan putih...trend warna perkahwinan sekarang gitu...dari pelamin, persalinan baju dan door gift semuanya berkonsepkan hitam dan putih....aku suka sangat tengok pelaminnye...cantik dan besar gitu...tiba-tiba rasa nak sangat bersanding balik..hehe..dengan kerusi pengantin yang amat besar...mesti empuk gitu...tapi aku malu nak dok kat situ padahal ada je peluang...

bergambar family di pelamin gitu...

my family with pasangan pengantin...

 kat pintu gerbang bersama family..

 bersama my family...

ramai juga saudara mara sebelah mak aku yang hadir ke perkahwinan ini...almaklumla putri tunggal pak sulung aku kan...lagipun masa kenduri kahwin la nak jumpa saudara mara yang susah sangat jumpa...macam-macam cetala yang keluar...pasal Facebook pun tak lupa...nak amik gambar semata-mata nak masuk FB pun ada...macam-macam la skrg ni...

pengantin lama...huhu...

aku sendiri juga tidak melepaskan peluang bergambar dengan my hubby yang tersayang...tapi takdelah kata nak masuk Facebook...hanya sebagai kenangan...lagipun kami berdua ni susah sikit nak bergambar berdua...huhu...masing-masing tak suka nak expose diri gitu...hehe...aku dan my hubby bergambar di pelamin tapi tak lah dok kat kerusi tu...malu la plak rasenya tapi masa tu aku nak sangat bersanding kali ke 2 gitu...gatai sungguh la...

665 : slmt pengantin baru I...


hujung minggu hari tu iaitu pada 19 Feb 2011 sepupu perempuan aku bernikah...iaitu Azura dan Saifuldin di masjid Taman Melati...sepupu aku ini adalah putri tunggal pada anak pak sulung aku...
hantaran sebelah perempuan kepada lelaki...

hantaran sebelah lelaki kepada perempuan...

acara nikah diadakan selepas solat Asar...pasangan pengantin memakai persalinan serba putih....hantaran sebelah lelaki berwarna pink putih dan sebelah perempuan hitam putih...

alhamdulilah dengan sekali lafaz mereka telah selamat menjadi suami isteri...aku doakan moga pasangan pengantin ini akan kekal untuk selamanya...

21 February 2011

664 : notebook ku...

notebook kesayangan ku dah rosak...huhu...tak tahu disebabkan apa...

jumaat malam hari tu aku cuba on seperti biasa, tapi tak kuar apa2 kat skrin...hanya berwarna hitam dan mengeluarkan bunyi yang menyeramkan...aku blur dan tensen sangat coz aku takde back up apa-apa dari notebook tu...

aku rasa nak nangis...semua system, note dan segala berkenaan study aku berada dalam notebook aku tu...

Ya Allah semoga segala data aku dalam notebook tu tak hilang ke mana-mana....dugaan aku ketika ini...

banyak yang aku nak ceta kan dalam blog aku ini..dengan weeding sepupu aku hujung minggu lalu, wayang yang terbaru yang aku tonton...dah la aku nak kena kursus lagi seminggu di Kelana Jaya plak...notebook plak buat hal...aku nak kena pinjam notebook la cam gini...rasa patah kaki bila notebook takde...tak boleh nak online waktu malam...rindu nak blokwalking, FB dan twitter malam-malam...huhu...

17 February 2011

663 : Mee Goreng...


Sabtu lepas, aku masak mee goreng...special request from my hubby...katanya dah lama tak makan mee goreng sedap...hehehe...

memang dah lama pun aku tak masak mee goreng....balik keja hari Jumaat hari tu gi pasar malam Jelatek dan beli bahan-bahan untuk masak mee goreng....

sarapan pagi hari Sabtu hari tu kami suami isteri layan makan mee goreng la....ditambah plak dengan teh 'O' panas...terangkat gitu....

16 February 2011

662 : Udang masak Santan....

aku masak special sempena cuti Maulidur Rasul semalam....hidangan sempena Maulidur Rasul gitu...


aku masak Udang Masak Santan ditambah dengan kacang panjang....kenapa aku katakan ianya special??coz kali ini aku guna udang besar dan ini adalah first time aku masak udang masak santan ni...selalunya kalu udang aku akan masak sambal, masak lemak, goreng atau buat paprik je...

ini adalah resipi dari mak aku....alhamdulilah menjadi juga la udang masak santan aku ini walaupun baru first time masak...sapa nak puji kan...diri sendiri la...makan dengan nasi panas, ikan bawal goreng dan air asam...memang marveles la....

661 : Kursus...

mulai dari minggu ini hingga akhir bulan Mac, aku akan selalu menghadiri kursus di luar pejabat....

minggu ini aku akan menghadiri kursus Red Hat Enterprise Linux di CentrePoint Bandar Utama...Linux adalah sesuatu operating system yang baru bagi aku...selalunya hanya menggunakan windows sahaja...hari pertama sahaja dah blur...yang kelakar tu, kursus yang aku hadiri ini untuk Red Hat Linux Intermediate...tanpa ada apa-apa experience terus melompat masuk ke Intermediate...memang terror la...layan kan jelah...

minggu depan plak akan menghadiri kursus Latihan Kepenggunaan Enterprise Portal di Kelana Jaya plak...pastu tu akan menghadiri kursus untuk MySQL dan backbone plak dalam bulan Mac...layan kan jelah...sesekali keluar daripada opis memang best gak...kalu tak terperap saje di opis...

15 February 2011

660 : Salam Maulidur Rasul...

Salam Malidur Rasul untuk kekawan semua...
dan selamat beristrehat...
semoga kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w...

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhamad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. (sumber : wikipedia)

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut. (Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal)
 

11 February 2011

659 : macam-macam alasan...

aku dah tahu punca kenapa tiba-tiba je aku jadi takde mood petang ni (entry sebelum ini)...maybe keistimewaan yang diberikan oleh Allah pada aku, jika something buruk yang nak berlaku, aku akan rasa hilang mood dengan tiba-tiba je...tak boleh nak explain macamne perasaan tu boleh datang....yang pastinye aku tak suka bila dapat perasaan cam gini coz aku akan tahu something akan terjadi...

manusia ni akan beri pelbagai alasan yang kekadang itu bagi aku tidak boleh diterima oleh akal....seperti ingin melepaskan diri je...either alasan tu munasabah atau tidak...tak ke rasa bersalah pada orang lain...

itu la manusia ni pelbagai ragam dan sikap...kita tak boleh aspect kalu orang tu diam je tak bersuara, orang tu takde perasaan....kalu orang tu banyak bunyi mulut orang tu bermulut cabul....don't judge the box by the cover...perlu mendalami sikap seseorang manusia itu...jangan terus jatuhkan hukuman tanpa sebab...

yang pastinye semangat kerjasama (teamwork) amat penting di dalam organisasi...jika orang tu tak boleh nak buat, insya'allah orang lain boleh cover...tapi kalu tetiba je tarik muka tanpa sebab dengann kawan sekerja, for sure la kawan tu nak menolong pun dah malas...coz terasa hati dengan sikap yang ditunjukkan...

Ya Allah, jauhkan la segala perkara yang buruk kepada aku serta keluarga aku...aku akan cuba buat yang terbaik dengan semua manusia dan kawan-kawan sekeliling...aku akan cuba buat yang terbaik...insya'allah...

658 :

aku tidak tahu kenapa aku rasa nak marah orang petang-petang begini...
rasa menyampah sungguh la...
rasa geram semuanya ada...
entahla perasaan ada juga pasang surutnya...
moga hati aku kuat untuk melawan segala perasaan ini...

10 February 2011

657 : Pak Wan Beriani House..

malam tadi aku dan my hubby gi makan di tempat baru...kami tak pernah jejak makan di sini cuma lalu sahaja...ntah kenapa tiba-tiba nak makan kat situ...nak tukar citarasa gitu...dan nak juga mencuba sesuatu yang baru...


Pak Wan Beriani House ni terletak di Setiawangsa di bangunan Centrium...dekat-dekat dengan Ikan Bakar Sekinchan di Setiawangsa...cuma Pak Wan ni restorannya terletak dihujung kat sekolah setiawangsa yang Ikan Bakar Sekinchan plak terletak dihujung sana hampir-hampir dengan Up Town Setiawangsa...yang pastinye satu bangunan la...

masa hujan lebat kami meredah untuk ke Pak Wan Beriani House ini...masa kami sampai di restoran ni nampak cam lengang...almaklumla hujan terlalu lebat sangat...ramai yang tak kuar lagi ketika itu...


aku order mee rebus Johor....dan my hubby plak order Sup tulang + nasi + roti...dan airnya plak aku order Teh 'o' panas dan my hubby fresh oren...


nampak cam menarik je kan...tapi bagi tekak aku, mee rebus johor ni rasenya biasa je...ada yang lagi sedap dari ni yang pernah aku rasa....dan sup tulang nye ok la...bagi aku kire boleh layan la...ini pendapat aku dan my hubby tapi tak tahu la kalu orang lain...maybe restoran ni popular dengan nasi beriani...bila order lain rasa kick nye lari kot...tu pendapat aku yea...jgn ada yang terasa plak...

aku dah rasa di Pak Wan Beriani House ni....next restoran tak tahu la plak restoran mana aku nak terjah...layan kan jelah...dah macam jalan-jalan cari makan plak kan...

08 February 2011

656 : mendebar dan berdebarkan...

hari ini aku dan kekawan di BPM perlu membuat presentation dan hands on mengenai social network yang terkini di kalangan Setiausaha Bahagian dan Pengurusan Tertinggi...blackberry, twitter, facebook dan blog...

yang pasti muka aku ini memang akan kena untuk blog la...alasan yang dikemukakan kerana aku ini blogger tegar mempunyai blog dan berpengalaman gitu...huhuhu...macam tak sesuai je aku ini berpengalaman kan...hanya aku sendiri je lah yang boleh menjawabnya...

aku adalah penceramah presenter yang terakhir....masa yang diperuntukkan kalu ikutkan dalam sejam tapi masa yang tinggal pada aku adalah kurang dari 10 minit sebelum lunch hour...tapi bagus pun...hehe...aku tengok semua SUB2 dah mengantuk coz bengkel ini bermula daripada jam 9 pagi....

aku menerangkan apa itu blog dan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk create a blog...aku tengok ada 2, 3 orang juga yang berminat...ayat power pembuka yang aku berikan "kalu buat blog ini, kita perlu rajin mengupdate...kalu tak memang tak guna la nak wujudkan akaun blog ni...blog ini tak sama dengan twitter dan facebook..."

aku rasa ayat aku tu macam kurang ajar sopan je tapi itu la kenyataan yang harus aku nyatakan terlebih dahulu...tak guna create blog baru pastu biarkan sepi cam gitu...pastu orang lain yang nak guna domain tu dah tak bole...aku jadi marah bila wujudkan blog tapi tak update...mula-mula je akan excited pastu mula menyepikan diri....

aku pernah wujudkan satu blog untuk bahagian aku ini...masa mula-mula je excited giler nak menulis entry dan komen...pastu hampes....tu yang membuatkan aku kecewa sesangat....better aku tumpukan pada blog kesayangan aku ini...

yang pastinya aku berjaya juga melakukan presentation walaupun agak kelam kabut...alhamdulilah...masa yang diperuntukkan untuk aku 10 minit tu memang terlajak sikit la...that means semua peserta bengkel kena lunch hour lambat sikit hari ini...lewat 15 minit gitu...huhu...

07 February 2011

655 : Kenduri dan Annivesary...

5 Februari 2011 yang lepas, mak aku telah buat kenduri doa selamat lepas solat zuhur...jemputan terdiri daripada orang-orang surau dan saudara mara serta jiran-jiran...kenduri doa selamat dibuat sempena adik aku iaitu Suraya yang dah perolehi kerja, 2 orang anak buah aku yang dah selamat berkhatan dan ada la juga nazar niat yang mak aku lakukan....

aku, mak dan adik beradik bertungkus lumus bekerjasama untuk memasak sejak hari Jumaat lagi...alhamdulilah, kalu buat kenduri selalunya mak aku akan masak sendiri...tak pernah lagi order katering....mak aku akan rasa puas hati bila menjamu orang makan dengan air tangannya sendiri...walaupun kepenatan teramat sangat....


menu untuk kenduri tengahari tu adalah ayam masak berempah, jelata timun + nenas, pajeri, sambal ikan bilis bersama petai, ikan goreng, ikan masin, ulam-ulaman, nasi dan air sirap....tak sempat nak snap gambar...huhu...

malam nya plak, kami anak beranak buat sambutan besday untuk 2 orang adik aku iaitu Suraya dan Suhaila yang menyambut hari lahir pada 1 dan 6 Februari...aku dan my hubby plak menyambut anivesary yang ke 6 tahun dengan memotong pulut kuning...


yang tak boleh bla tu, mak aku mendera menyuruh aku dan my hubby memotong pulut kuning tu dengan pedang pisau panjang...macam kelakar je...nasib baikla dikalangan adik beradik dan anak buah je...kalu depan orang mau malu dibuatnya...


5 Februari tahun ini agak istimewa kerana memang jatuh pada hari Sabtu iaitu hari kami dinikahkan....aku dan my hubby mengimbas kenangan dan memori yang berlaku 6 tahun lepas....dari saat dinikahkan, malam berinai hinggalah ke kenduri pada keesokan harinya....rasa macam baru je berlaku segalanya....padahal dah 6 tahun sudah...macam tak percaya je...

thanks mak kerana bersusah payah buat pulut kuning yang special untuk kami berdua...

06 February 2011

654 : Selamat Hari Lahir Ella...


selamat hari lahir Ella....
moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezki dan ceria selalu...
moga segala apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan...
moga menjadi anak yang solehah....

05 February 2011

653 : Hepi Annivesary....


tepat 11.57 pagi, 5 Februari 2005 (Sabtu), 6 tahun lepas aku telah selamat dinikahkan dengan Hasrinor Hairi Hassan....dan kini aku dan my hubby masih lagi bersama insya'allah...semuanya atas kehendak Allah...

aku berdoa dan berharap moga perhubungan antara kami akan kekal bahagia bersama walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang harus kami hadapi bersama...

setelah 6 tahun bersama pelbagai kenangan pahit dan manis yang telah kami kecapi bersama...walaupun sehingga kini masih belum lagi dikurniakan cahaya mata, yang pasti kami memahami antara satu sama lain....aku dan my hubby sahaja yang mengetahui segalanya apa yang berlaku antara kami mengapa masih belum dikurniakan cahaya mata...kami hanya mampu berdoa dan berharap....kami masih tidak berhenti berharap...

selagi tidak dikurniakan cahaya mata, aku dan my hubby masih lagi honey moon...maybe ramai yang cemburu dengan kami berdua...ke mana-mana sahaja berdua tanpa ada ganggguan....banyak aktiviti yang kami lakukan berdua...gi jogging, window shopping, gi jamming, menonton wayang dan pelbagai akitiviti lagi...kalu dah ada baby nanti, maybe semua aktiviti ini akan terganggu sikit...ada hikmah mengapa kami masih berdua sehingga kini...

"abang, saya sentiasa sayang abang...moga hubungan antara kita akan kekal untuk selamanya...terima kasih kerana masih dan akan menyayangi saya hingga bila-bila...dan terima kasih juga atas pengorbanan yang dilakukan dan memahami apa yang saya rasakan....thanks for everything..."

01 February 2011

652 : Selamat Hari Lahir Sue...

Selamat hari lahir aku ucapkan pada adik ku iaitu Suraya atau sue...
dilahirkan bersamaan dengan Hari Wilayah Persekutuan...
setiap tahun orang-orang yang bekerja di wilayah akan bercuti...
katanya dia yang bagi cuti kat orang wilayah...sabar jelah...

moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezki dan ceria selalu...
moga mencapai apa yang diidamkan dan senyum selalu...