Terima Kasih Sahabat

07 February 2011

655 : Kenduri dan Annivesary...

5 Februari 2011 yang lepas, mak aku telah buat kenduri doa selamat lepas solat zuhur...jemputan terdiri daripada orang-orang surau dan saudara mara serta jiran-jiran...kenduri doa selamat dibuat sempena adik aku iaitu Suraya yang dah perolehi kerja, 2 orang anak buah aku yang dah selamat berkhatan dan ada la juga nazar niat yang mak aku lakukan....

aku, mak dan adik beradik bertungkus lumus bekerjasama untuk memasak sejak hari Jumaat lagi...alhamdulilah, kalu buat kenduri selalunya mak aku akan masak sendiri...tak pernah lagi order katering....mak aku akan rasa puas hati bila menjamu orang makan dengan air tangannya sendiri...walaupun kepenatan teramat sangat....


menu untuk kenduri tengahari tu adalah ayam masak berempah, jelata timun + nenas, pajeri, sambal ikan bilis bersama petai, ikan goreng, ikan masin, ulam-ulaman, nasi dan air sirap....tak sempat nak snap gambar...huhu...

malam nya plak, kami anak beranak buat sambutan besday untuk 2 orang adik aku iaitu Suraya dan Suhaila yang menyambut hari lahir pada 1 dan 6 Februari...aku dan my hubby plak menyambut anivesary yang ke 6 tahun dengan memotong pulut kuning...


yang tak boleh bla tu, mak aku mendera menyuruh aku dan my hubby memotong pulut kuning tu dengan pedang pisau panjang...macam kelakar je...nasib baikla dikalangan adik beradik dan anak buah je...kalu depan orang mau malu dibuatnya...


5 Februari tahun ini agak istimewa kerana memang jatuh pada hari Sabtu iaitu hari kami dinikahkan....aku dan my hubby mengimbas kenangan dan memori yang berlaku 6 tahun lepas....dari saat dinikahkan, malam berinai hinggalah ke kenduri pada keesokan harinya....rasa macam baru je berlaku segalanya....padahal dah 6 tahun sudah...macam tak percaya je...

thanks mak kerana bersusah payah buat pulut kuning yang special untuk kami berdua...

4 comments:

nanonano said...

hepy enivesary kak :)

Ayuraza said...

epi annv kak...
pulut kuning???
cicah bilis pun sodap...hehe :P

risanur said...

nano >> tq :)
ayuraza >> tq...memang sedap pun makan dengan sambal ikan bilis :)

Nurr Kasih said...

happy aniversary kak..semoga berkekalan hingga ke syurga..amin.