Terima Kasih Sahabat

24 February 2011

667 : Sanctum...

malam Sabtu hari tu, my hubby sibuk mengajak menonton wayang...midnite katanya...dari hari Jumaat lagi my hubby mengajak memnonton wayang tapi aku agak kemalasan gitu....my hubby mengajak untuk menonton ceta Sanctum...setiap kali preview filem tu di TV setiap kali la dia mengajak aku untuk gi menonton...dia kata mesti best coz ceta dalam laut...dia nak tau sangat apa la dalam air tu...


untuk tidak menghampakan suami tersayang aku pun menurut kan je lah...selepas majlis pernikahan sepupu aku hari Sabtu tu, kami berdua gi menonton di Galaxy Ampang...sampai di situ jam 9.40 malam...ada tayangan pukul 10 dan 12 tengah malam...kami menonton jam 10 malam pun tayangan...tak larat nak tunggu sampai kul 12...

ramai gak la yang menonton filem ni...maybe semuanye teruja nak tahu apa la yang dimaksudkan dengan Sanctum ini...lagi satu orang teruja coz melihat nama James Cameron..sapa tak kenal James Cameron kan...pengarah terkenal Titanic dan Avatar...

pada pandangan aku secara keseluruhan cerita ini agak menarik kalu sesapa yang suka ceta berdasarkan adventure dan nak tahu apa selanjutnya...namun kalu sesapa yang tak bape suka, for sure mereka akan menilai cerita ini bosan....

filem ini berdasarkan cerita benar seseorang iaitu Andrew Wight iaitu penulis ceta ini yang gemar menyelam di gua dasar laut...cerita ini dimulakan dengan seorang remaja lelaki hero iaitu Josh (lakonan Rhys Wakefield)yang sedang terapung di dalam air....

yang boleh aku cerita kan 5 orang yang terperangkap di dalam gua di Papua New Guinea (gua yang paling dalam di dunia) dan yang belum pernah diterokai oleh sesapa...mereka terperangkap di dalam gua kerana jalan keluar ke gua tersebut telah banjir kerana taufan yang melanda....

kita akan dapat merasai kesusahan, kepayahan, permainan emosi yang berlaku di dalam ceta ini apabila mereka ingin mencari jalan keluar daripada gua tersebut....konflik antara kawan, ayah dan anak, serta pasangan kekasih...kalu tengok melalui 3D lagi best kot...sikap manusia yang mementingkan diri sendiri juga ada dipaparkan di dalam filem ini...aku hanya menonton paparan yang biasa saje...

cerita ini memakan masa 1 jam 49 minit...tak terasa pun bila berada di dalam panggung wayang...coz kita ralit melihat macamne susahnya mereka nak mencari jalan keluar daripada gua tersebut...

yang aku kelakar kelakar dan rasa tak logiknya tiba-tiba je ada sebuah kereta kebal tentera Jepun di dalam gua tersebut...kononnye kereta kebal tu jatuh daripada atas...maybe nak jadikan cerita kot coz tak tahu nak wat camne lagi nak dapatkan sumber api coz semua bateri untuk torch light dah terpadam...

sesapa yang rasa nak tengok, sila kan dan buatla penilaian sendiri...yang pastinya aku dah memuaskan hati my hubby yang nak sangat menonton ceta ini...my hubby sengih je kuar apabila menonton filem tu...maybe tak tahu nak komen apa kot...

cuma aku je tanya kat my hubby "dah tahu apa yang ada di dalam laut tu"...coz my hubby aspect ada haiwan atau alien dalam laut tu...coz tengok preview dari filem tu seumpama mereka menyelamatkan diri dari something....nak tau kesudahan nya sila la menonton....

No comments: