Terima Kasih Sahabat

31 March 2011

686 : murtabak daging singapura..

semalam aku gi UKM Bangi untuk berjumpa dengan penyelia projek akhir aku...memang berdebar dan menakutkan..takut projek yang aku nak proposed ini tak diterima...aku dah tak boleh nak fikir tajuk lain dah...

alhamdulilah proposal projek aku diterima dan perlukan penambahbaikan...insya'allah aku tak dapat penyelia yang cerewet seperti kawan aku yang lain...aku akan cuba buat yang terbaik utk semester terakhir...

aku gi bangi dengan my hubby...disebabkan proposal projek akhir aku telah diterima, aku nak belanja my hubby aku yang sememangnya teruja nak makan di Restoran Murtabak Singapura...ini adalah gara-gara Program Jalan-jalan Cari Makan baru-baru ni...

my hubby ajak aku makan dari hari tayangan program tu, tak salah aku awal bulan Februari...tapi disebabkan kesibukan yang melampau teruk sangat, semalam la baru dapat jejak restoran tu...


kami order Murtabak Daging 1 layer...memang besar la utk dimakan oleh 2 orang...harga untuk 2 layer ini RM8 dan utk 3 layer plak RM 18...yang 2 layer ini pun aku dah tak larat nak abiskan....my hubby yang makan...yang pastinye kalu nak gi makan murtabak ni masa tu jangan makan apa2 baru la ada feel nak makan sepuasnya...tapi utk orang yang tak suka makan bawang, memang agak payah la...coz yang pasti murtabak ni penuh dgn daging dan bawang serta disalut dengan telor...



murtabak daging ini dihidang dengan 2 kuah iaitu kuah dal dan kuah cili...kuah cili tu diletak sekali timun...rasa agak pedas la...memang sesuai je dimakan dengan murtabak tu...

sesapa yang nak try tu sila-sila la pergi menjejak kasih ke restoran murtabak singapura...dekat dengan padang futsal bangi...ni alamat nye :

Restoran Murtabak Singapura
Seksyen 15, Bandar Baru Bangi
Sebelah Galaxy Futsal

685 : rase bersalah...

wishing list aku adik aku yang second bongsu iaitu suraya tercapai gak...nak belik keta impian dia iaitu myvi SE berwarna oren...orang dah keja boleh la membeli apa yang diimpikan...


hari isnin keta tu baru kuar dari kedai perodua setelah hampir sebulan gak menunggu approve dari bank...rupanya bukan senang orang yang baru keja nak mohon pinjaman keta...orang bank kata takde track record...nak kata lawak pun ada...memang la takde track record coz baru je keja 4 bulan...kalu tak beli apa-apa memang confirm takde rekod la...tapi alhamdulilah pelbagai dugaan yang dihadapi, bank RHB telah melulus pinjaman nya...

semalam kebetulan aku takde kelas, aku nak gi melihat keta baru tu...dan begitu teruja nak membawanya...hehe...almaklumla tak penah dalam keluarga aku beli keta...keta aku tu pun bukan keta baru pun...



tapi aku telah rase bersalah sesangat pada mak dan adik aku tu...masa nak reverse keta keluar dari pagar aku telah melanggar pasu bunga mak aku...aku ingatkan tak kena rupanye tergolek 2 biji pasu bunga tu...almaklumla aku tak penah kuar atau masukkan keta dalam garaj rumah mak...selalunya main parking kat luar je...masa nak bawa keta tu dah rasa lain...rase berdebar semacam je...tapi aku ignore kan je...tak sampai bape minit terjadilah kejadian yang tidak diingini tu...agak panjang jugak la garisan nye....

maaf mak, sori su...tak sengaja...memang aku rasa sangat bersalah...yelah keta tu baru je nak kuar jalan2 untuk kali ke 2 selepas baru kuar dari kedai...aku pulak wat hal...rase bersalah menguasai diri aku sehingga kini...

rase taubat nak bawa keta tu...rase berdebar...tapi my hubby galakkan juga soh bawa keta tu...sampai ke chowkit jugak la aku bawa...nak amik adik aku yang bongsu balik dari keja...masa nak balik umah, aku soh hubby yang bawa...takut...

siap beli soft99 tu...coz aku ingatkan boleh la hilang kesan calar tu...tapi kecederaan calar yang aku buat tu memang dalam...memang tak boleh buat pa...huhu...

pasni aku perlu lebih berhati-hati lagi...

26 March 2011

684 : Selamat Hari Lahir Mak....


selamat hari lahir mak...
moga mak akan dipanjangkan usia dan dimurahkan rezki...
moga mak akan sihat selalu...
moga mak akan gembire dan ceria sepanjang masa...
moga mak dijauhkan dari segala penyakit yang bahaya...
moga mak akan senyum selalu...

yong nak bahagiakan mak...
yong nak gembirekan hati mak...
yong nak balas segala pengorbanan yg telah mak lakukan...
yong nak mak ceria selalu...
yong nak mak sentiasa senyum dan tertawa...

kerana mak yong lahir ke dunia ini...
kerana mak yong dapat kenal apa yg ada di dunia ini...
kerana mak yong dapat bernafas sehingga kini...
kerana mak yong dapat mengenal erti kehidupan yg fana ini...
semuanye kerana mak...

tanpa mak hidup yong tiada erti...
tanpa mak hidup yong tidak ada makna...

selagi mak bernafas, yong nak tunaikan segala apa y diimpikan oleh mak...insya'allah...

25 March 2011

683 : penangan cendol..

petang semalam pas balik dari keja aku dan my hubby gi mencari cendol...coz dah seminggu balik dari keja asyik hujan petang saje...alhamdulilah petang semalam je cuaca cantik, cerah dan memang sesuai pekena cendol...

aku dan my hubby suka gi makan cendol di taman setiawangsa...berdekatan dengan padang permainan kanak-kanak dan padang...memang sesuai je makan dan minum jika sesapa yang bawa anak kecik...


punye ramaila manusia orang yang dok makan kat situ...aku ingat aku saje nak tingin makan cendol tapi rupa-rupanye semuanya tingin cendol gak...dalam hati dah tingin makan cendol dan rojak...tapi masa nak duduk je, abang kedai tu kata cuma ada laksa dan bihun sup je...punah harapan...sib baik ada cendol...kalu tak lagi kempunan la...

penangan cendol kak zah...memang sedap dan marveles...cukup rasa manis dan lemaknya...ditambah plak dengan kacang merah...memang nyaman dan sejuk je masuk dalam tekak...kalu ditambah dengan rojak memang kena sungguhla...memang padan..tapi dah takde rezki nak wat camne kan...

kalu sabtu ni cuaca masih cantik, aku akan ajak my hubby gi makan cendol lagi...tapi kali ni nak gi awal sikit coz nak makan rojak...kang meleleh plak air liur anak tekak ini...huhuhu...

22 March 2011

682 : Pha Pha Tomyam..

nak hilangkan rasa marah dan panas di hati ini, aku nak buat n3 apa yang aku makan last week...nak sejukkan hati ni seperti cuaca di luar, yang sejuk-sejuk gitu....

last week aku gi makan dengan my hubby di Restoran Pha-Pha Tomyam di Simpang 3 Gombak...dah lama tak gi restoran ni...hampir setahun gak la...last gi masa sambut besday mak aku tahun lepas...sabar jelah...

kali ini aku makan berdua dengan my hubby...punya banyak lauk yang kami order...semuanya nak makan dan rasa...kebetulan plak masa tu memang tengah lapar...kami order tomyam seafood, udang goreng masak kari, daging masak merah, kailan goreng, sambal belacan dan ulam...air plak order lai chee kang...


yang marvelesnya dia punye tomyam...siap ada ketam, udang, lala dan sotong...cukup dengan rasa masam nya...sehingga kini aku terasa di tekak ini...huhu...


pastu udang goreng masak kari...kat sini je aku pernah tengok menu masakan cam gini..udang yang digoreng pastu dimasak dengan rempah kari dan disalut dengan telur...memang sedapla...

 daging masak merah...

sambal belacan + ulam...
 

kailan goreng ikan masin...

lai chee kang...

sesapa yang nak gi makan di sini, restoran ini berhadapan dengan Masjid Simpang 3 Gombak...memang sedap2 la masakannya di sini...memang masakan ala thai la...ntah bile la aku nak gi lagi ye...

681 : dugaan...

pagi-pagi buta lagi dah buat aku mood aku spoil...main sedap mulut dia je nak keluarkan statement cam gitu...

dia ingat aku nak sangat ke....aku pakai pun sebab dipaksa disuruh untuk explore benda-benda yang baru...bukan pakai untuk bergayut atau nak surf internet sepanjang masa....aku perlu bertanggungjawab sepenuhnya kalu benda ni ilang...

dia ingat aku sengaja nak benda ini...

geram sungguh dengan orang yang dengki cam gini....

Ya Allah kuatkan semangat aku ini...moga aku tabah menerima dugaan dalam hidup ini...

19 March 2011

680 : Awan Nano Hafiz AF..

pertama kali aku dengar lagu Awan Nano ni daripada TV...first time dengar aku dah mula jatuh cinta hati...dengan bait-bait lirik yang mengasyikkan...not bad lagunya terutama di korus...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Awan Nano...

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


18 March 2011

679 : Jom Tweet-Tweet...


minggu ini adalah minggu yang penuh kesibukan bagi aku dan BPM KPWKM...dengan kehadiran promosi "Jom Tweet-Tweet" untuk Kempen 1K Follower @kpwkm di Twitter...

setiap hari kami perlu melakukan promosi melalui emel, poster, FB, Twitter dan blog ke blog untuk mendapat 1K Follower @kpwkm...di dalam emel tu kami perlu menarik perhatian warga KPWKM agar menyertai @kpwkm dan menyokong kempen ini agar kempen ini mendapat sokongan penuh...antara isi kandungan emel tu kami perlu letakkan 'Tips Hari Ini' yang mengandungi maklumat yang ada di Twitter...kami juga akan meletakkan id twitter bagi celebrity yang terkenal spt Dato' Siti Nurhaliza, Faizal Ismail dan ramai lagi...kami juga akan mengemaskini bahagian/unit yang telah mempunyai 100% kakitangan yang telah mempunyai id Twitter dan menyertai @kpwkm...

aku berharap promosi yang dilalukan akan menjayakan kempen ini...dan dapatla mencapai hasrat YBM untuk mencapai 1K @kpwkm...aku juga harap jika ada kekawan blog yang membaca entry aku ini pun join la @KPWKM dan menyokong kempen yang aku lakukan ini...dan aku ucapkan ribuan terima kasih pada semua...

"Jom Tweet-Tweet"

15 March 2011

678 : meriah sungguh...

last week aku pergi kursus seminggu...dan seminggu la semua kos makanan ditanggung oleh pusat training...aku training di Armcorp Mall, PJ...

yang seronoknya pagi, tengahari dan petang la ada makanan disediakan...tapi ada sesetengah pusat training hanya menyediakan makanan pagi dan petang sahaja..waktu lunch pandai2 la nak survive...tu tempat kursus yang aku hadiri di Bandar Utama last month...

tapi last week punye tempat training memang baguslah...ditanggung halal makan untuk pagi, lunch dan petang...waktu lunch, pusat training tu akan beri voucher RM 10 untuk restoran yang telah ditetapkan...that means pilihan makanannya limited tapi banyak la juga kan...asalkan percuma sudah...


hari pertama aku diberi voucher makan di Sri Suria...aku makan set tomyam yang terdiri daripada nasi putih, tomyam seafood dan ice lemon tea...kire boleh layan la...dia punye waitress tak mesra alam sungguh..tau la kitorang makan pakai voucher tapi jangan ingat kitoang takde duit...

untuk hari kedua plak, diberi voucher makan di Restoran Atap-atap....restoran ni servisnya bagus...cepat dan makanan nya pun sedap...restoran ala masakan nyonya gitu..aku pilih makananya nasi goreng nyonya dan cincau ais...memang sedapla coz first time rasa masakan ni...rase pedas, masam, manis...


hari ketiga kami dapat voucher makan di Uncle Chile plak....kat sini restorannya tak bape nak gi la...dengan suasana restoran yang agak malap-malap gitu...makanannya pun kire bole layanla...aku order nasi goreng nenas dan sour sop...nenasnyaboleh dikire bape ketol la...


untuk hari keempat, diberi voucher MC'D...aku ajak kawan aku makan di Restoran Atap-atap lagi...coz voucher tu bole simpan hingga bulan Disember 2011...dah la jarang datang ke Armcorp Mall...kawan aku pun ok je...apa lagi, aku order sotong goreng chili, nasi putih dan air seven up....kena dalam RM 11 termasuk tax...memang sedapla dia punye masakan...hari tu aku rasa ayam ni plak rasa sotong...

memang kat Armcorp Mall ni banyak tempat makan la terutama di LG floor...kat situ ada juga restoran ala mamak, ala Thai dan macam-macam ala lagi la...yang pasti gi kursus sama gak gi makan...huhu...membesarkan badan yang sedia ada....

13 March 2011

677 : dugaan dari Mu...

hari ini aku menghadiri perkahwinan anak jiran aku di Gombak...aku kenal jiran aku iaitu cik zah ni hampir 25 tahun..jiran seflat dan aku dah anggap cik zah ni macam sedara mara aku...masa aku bertunang dan berkahwin pun cik zah ni la yang banyak bersusah payah...cik zah ni mempunyai 3 orang anak (2 lelaki dan sorang perempuan)...

aku paling rapat dengan anak cik zah yang sulung iaitu zemi (Norzaimi Zainol)...kawan sepermainan aku sejak dari kecil...iaitu sejak berusia 6 tahun...ke mana-mana sahaja iaitu ke sekolah, kelas mengaji atau bermain kami akan bersama...walaupun dia lelaki, tapi zemi ni suka berkawan dengan perempuan kerana bebudak lelaki suka sangat buli dia....

namun bila dah usia dah menginjak dewasa remaja, iaitu ke sekolah menengah hubungan kami dah agak kureng sikit...almaklumla perasaan malu dah ada...lagipun aku dah mula jarang kuar rumah...gadis remaja ketika itu...kalu jumpa hanya di sekolah dan kekadang di rumah untuk bertanyakan kerja sekolah....

lepas SPM lagi la jarak hubungan kami makin jauh...lagipun zemi ni dah bekerja di stesen minyak di Melaka...aku pula menyambung pelajaran aku ke STPM dan seterusnya ke Batu Pahat...kekadang saje bila aku dan dia balik ke rumah masing-masing, baru la bertanya khabar...

last sekali aku jumpa zemi ini 6 tahun lepas, ketika hari perkahwinan aku...dia hadir untuk meraikan perkahwinan aku...aku masih ingat lagi, malam sebelum aku bersanding aku berborak sakan dengan dia...banyak sungguh cerita aku dan dia cetakan...almaklumla masa tu aku tidak tahu bila lagi akan dapat berjumpa dengan dia...aku dah menjadi isteri orang dan dia juga akan bernikah tidak lama lagi...

bila aku mendapat jemputan perkahwinan adik dia yang bongsu hari ini, aku memang nak sangat berjumpa dengan dia....aku memang ajak my hubby nak sangat pergi ke kenduri ini...lagipun my hubby kenal zemi ini...dah pernah berborak sama pun ketika aku masih bertunang ketika itu...

masa aku sampai di dewan perkahwinan tu, first yang aku jumpa adalah cik zah iaitu ibu zemi...ketika aku memeluk cik zah, "cik zah tanya pada aku, adakah aku tahu yang zemi sakit....aku menjawab tidak...hati aku bergetar ketika itu...cik zah kata yang zemi dah 8 bulan terlantar dan koma"...hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu...air mata aku terus mengalir...cik zah suruh aku pergi makan dahulu baru pergi menjenguk zemi yang berada di dalam bilik ketika itu...

yang pastinya ketika aku makan, hati aku tak senang...niat aku nak meraikan pengantin hanya tinggal begitu sahaja...hati aku tak sabar untuk melihat zemi...

lepas makan, aku terus mengajak hubby, mak dan my twin untuk menjenguk zemi di dalam bilik di dalam dewan...ketika itu aku hanya memandang sekali lalu sahaja pengantin bersanding di pelamin...

ketika aku melihat zemi, hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan aku...terkejut dan tergamam, hanya air mata sahaja yang berlinang ketika itu...aku tak sangka sahabat yang aku kenal menjadi sebegitu....terlantar, kurus, sendi-sendi tangan dan kakinya dah kaku, mata yang terbeliak memandang ke atas sahaja....tidak boleh berkata apa-apa....aku teramat sedih sangat...

apa yang aku tahu, zemi tiba-tiba pengsan 2 hari sebelum puasa tahun lepas dan terdapat darah beku di otaknya...selepas dibedah oleh doktor untuk membuang darah beku tersebut, zemi terus koma....dan sekarang hidupnya diuruskan sepenuhnya oleh keluarga...tidak mengenali sesiapa...doktor memang dah tak boleh nak buat apa...tu yang dijaga di rumah sahaja...

aku lihat suasana perkahwinan adiknya tadi pun nampak kurang meriah...aku lihat pengantin pun tidak begitu gembira di atas pelamin...hanya Allah saja yang tahu perasaan mereka sekeluarga...

sebelum pulang tadi, aku pergi berjumpa dengan cik zah sekali lagi...dan aku minta dia banyakkan bersabar dengan dugaan ini...yang pasti air mata sahaja yang mengalir ketika itu...aku mohon pada Mu Ya Allah, agar zemi akan pulih seperti sediakala...aku ingin sekali berborak dengan dia seperti dahulu...aku tidak sanggup melihat cik zah dan keluarganya dalam keadaan murung....

untuk pengantin Siti Nor Muhibbah dan Azlan, aku tidak sempat nak berjumpa dengan mereka tadi...aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru dan moga kekal untuk selamanya...

untuk zemi, moga kau akan cepat pulih...

10 March 2011

676 : macam-macam hal...

seminggu aku tiada di pejabat untuk attend kursus di Armcorp Mall PJ...kursus MYSQL Developer...dari bulan lepas hingga bulan ini aku akan sibuk dengan menghadiri kursus je..lengkap kursus 7 hari setahun yang perlu dihadiri oleh penjawat awam...

tak payah nak pening kepala nak fikir macam tahun lepas coz gara-gara kursus tak cukup...kena hadiri kursus PowerPoint 2007...macam lawak je tapi terpaksa...orang IT hadir kursus tu...yang kelakarnya plak trainer tu kawan seopis...nak wat camne kan kursus tak cukup kalu nak kena menjawab plak dengan BPSM...

kalu gi kursus kat luar ni memang best...dapat suasana baru, kawan baru, dan boleh release tension gitu...lagi satu pergi kursus ni asyik makan je..semuanya disponsor...jimat duit makan...hehe...dah la aku sengkek bulan ni...best gak kalu gi kursus ni..jimat duit...

tapi yang tak bestnye gi kursus ni coz keja kat opis akan melambak-lambak...dan juga bos akan telefon atau sms kita walaupun kita berada di luar pejabat...bos tetap nak info dengan kita...kalu maklumat yg dia nak tu ada dalam kepala otak takpe, kalu ada kat otak PC memang tak boleh nak jawab la...

lagi satu kalu gi kursus ni kalu dapat trainer yang bagus, kita akan hepi je nak belajar...tapi kalu dapat trainer yang SS (Syok Sendiri) menjawab la...akan ada la adegan mengangguk tido sambil buka mata setiap mata...terutama pas makan tengahari...memang tak dapat den nak nolong masa tu...nasib baik la ada internet connection...boleh la YM, FB, Twitter dan bloghoping..kalu tak lagi sangap la...trainer pun asyik berchat je di FB...tak bole la dia nak marah anak murid dia kan...huhu...

ketika aku menulis n3 ni, baru je pas abis buat lab exercise...mengajar 10 minit, buat lab exercise hampir sejam masa yang diberikan oleh trainner...padahal lab exercise tu bole siap dlm masa 15 minit je...apalagi buat n3 di blog la kan sambil2 FB dan Twitter...

itu la kebaikan dan keburukan kalu hadir kursus di luar pejabat ni...ada pro dan cons...kena nilai la sendiri..huhu...

08 March 2011

675 : slmt hari wanita...

aku nak ucapkan selamat hari wanita peringkat antarabangsa kepada semua yang bergelar wanita di dunia ini...especially to my mother, MIL, my sister, my friend dan kepada semua wanita...

sambutan hari wanita antarabangsa di sambut di Menara Maybank Jalan Tun Perak bermula 8-10 Mac...Mari ramai-ramai kita meriahkan...anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat...

06 March 2011

674 : alhamdulilah...

alhamdulilah my notebook sudah kembali ke pangkuan aku setelah hampir 3 minggu telah meninggal dunia kerana rosak dengan secara tiba-tiba....

yang pastinya aku buntu, kaku dan bingung apabila notebook kesayangan aku yang selama ini tidak pernah buat hal, tiba-tiba langsung tidak boleh on...memang terkejut beruk dibuatnya...almaklumlah segala gambar kenangan, nota study dan system aku berada di dalam notebook ini...aku memang tak back up...nak nangis dan nak menjerit ketika itu hanya Allah saja yang tahu perasaan aku ketika itu....semua kekawan aku telefon untuk tanya kenapa notebook aku jadi cam gini....yang paling aku risau kalau hard disk nye king kong saje....

3 minggu tanpa kehadiran notebook ini, memang menyepikan hidup aku dan my hubby...coz selalunya bila waktu malam, notebook ini lah akan menjadi mangsa tempat untuk surfing internet, FB dan youtube...orang takde anak, apa lagi yang nak dibuat...nak belek anak memang takde belek notebook la...

aku dinasihatkan untuk tidak on lama notebook ini...kebarangkalian untuk jadi lagi akan ada...nasib baik hanya graphic card saje yang problem...kalu melibatkan processor memang lagi banyak la kos yang harus aku tanggung....banyak jugak kedai baiki komputer yang aku dan hubby survey...kedai komputer ini yang termurah dari yang lain....aku juga digalakkan untuk memakai cooler sepanjang notebook ini di on kan...

aku dan my hubby dah buat keputusan hanya 2 atau 3 jam sahaja untuk on setiap kali nak guna notebook ini...coz aku perlu notebook untuk semester akhir aku ini...untuk menyiapkan projek akhir aku...hope my luvely notebook ini akan dapat bertahan hingga ke saat titisan akhir aku habis study...insya'allah...namun hanya Allah sahaja menentukan segalanya...aku perlu sentiasa bersedia untuk kehilangan my notebook aku ini bila-bila masa sahaja...aku perlu back up sentiasa data aku sepanjang masa....

03 March 2011

673 : detik cemas....

semalam memang aku diduga dengan begitu hebat dan dasyat sangat sepanjang aku bertugas di KPWKM selama hampir 6 tahun...

salah satu skop kerja aku di sini adalah mengemaskini laman web...seperti biasa aku nak update laman web (rajin katanye)...ada perubahan yang aku nak buat di main page...coz dah lama aku tak update data di main page ni...

masa aku masuk di CPanel aku dapat ada sign merah di disk usage...dah over limit...utk pengetahuan semua kami hosting web site ini...tapi aku masih bukak file yang aku nak update tu...bila dah wat updating tu, aku refresh kembali website...masa tu nampak putih je kat tengah2 page laman web tu...masa tu aku relax lagi...aku gi balik kat page coding dan save kembali...bila refresh masih lagi cam gitu...

aku dah mula panik masa tu..dah la line tenet slow plak tu...aku soh kawan aku buka web site utk tengok apa yang jadi...memang confirm page yang aku update tu kosong...warna putih je...detik mencemaskan sudah berputik bermula...aku dah mula mengelabah gile masa ni....


aku bukak kembali coding pages tu, kosong!!!apa yang aku update semuanya hilang...tu la menyebabkan page tu kosong...aku dah la tak wat back up sebelum tu..coz aku nak buat minor editing je bukan major update...

dah la yang ada di development server plak, back up setakat bulan 11 tahun lepas...dah la banyak perubahan yang telah diupdate selepas itu...lagi la aku cemas...

aku terus call vendor web hosting masa tu....aku tanya mereka kenapa aku update file, terus je file tu jadi kosong...pastu aku terangkan yang disk usage dah over limit....rupanye ada efek, kalu disk usage dah over limit memang akan ilang segala file yang dia kemaskini tu...dia kata dia akan restore page tu....tapi mungkin amik masa...aku dah mula risau...coz aku takut ramai yang akan komplen....vendor tu juga kata buat masa skrg dia akan tambah disk usage tu...

aku amik tindakan pantas, amik fail back up di dalam development server dan upload kembali...memang page di laman web tu dah ada kembali, namun banyak perubahan yang perlu aku lakukan....memang berpeluh la aku mengadap coding dan database hampir setengah hari....nasib baik la ada kawan aku marziah yang menolong...thanks jie...

memang penat sesangat la....hampir 4 jam aku kelam kabut dengan kawan aku ini....nak makan tengahari pun takde selera...coz petangnya ada meeting yang melibatkan IT plak tu...dan ada menyebut pasal laman web...aku takut la kalau ada orang yang komplen tak boleh view....

memang detik cemas semalam, memberikan pengajaran yang berharga bagi aku...sebelum buat apa-apa pastikan ada back up terkini walaupun nak buat minor update....aku akan ingat sampai bila-bila...aku takmo jadi cam gini lagi...memang berpeluh aku dibuatnya walaupun dok di tempat sejuk....

-- pagi tadi masa on the way nak ke opis aku lihat pelangi...dah lama tak lihat pelangi...cantik sungguh warna warni yang dipaparkan....sepanjang jalan tu aku melihatnya --

01 March 2011

672 : dapur penyet...

lunch tadi aku dan kekawan opis (ika, jie, fatimah, kak limah dan sue) telah menerjah Restoran Dapur Penyet di Maju Junction...nak tukar selera gitu...makan ala-ala Indonesia gitu...dan lagi satu atas special request dari ibu mengandung ika...

aku tak reti nak makan ala-ala Indonesia ni...dan aku juga tak pernah rase pun makanan dari Indonesia ini macam Nasi Padang ke atau apa-apa makanan dari sane...aku pernah temankan my hubby gi makan je tapi pernah nak rase pun...huhu...

hari ini aku tergerak nak rasa makanan ala Indo ni..tapi aku tak lepas nak makan Nasi Ayam Penyet...aku cuba Soto Ayam ala Javanese ye bukan Japanese...hehe..yang pastinye masa order makanan kat kaunter aku jadi blur nak pesan makanan apa....kire aku main sebut la yang pastinye bukan nasi ayam penyet...tiba-tiba takmo makan ayam lagi, coz semalam dah ada orang belanja makan KFC...rase muak plak asyik makan ayam je...jangan muka aku jadi cam ayam sudah...huhu...


boleh tahan la rase Soto Ayam ni...kalu makan mee soto versi melayu selalunya akan ada cili kicap tu...kat sini dia ada bg juga kicap tapi kicap manis tanpa cili...kalu nak cili amik cili yang boh kat nasi tu....mak ai memang la pedas giler...aku yang kuat makan pedas pun bole ternganga...hehe...kalu ika dan sue makan cili tu confirm berasap (jgn marah ye gurau je)...

pandangan aku, kire bole la makan kat sini lagi...sesapa yang nak cuba tu sila-sila kalu nak bertukar selera versi Indonesia punya makanan...dah bosan makanan Melayu atau nasi kandar je setiap hari...sekali sekala tukar selera gitu...oja kalau nak makan boleh gak...dipersilakan untuk mencubanya...

671 : coklat...

aku nak buat special entry untuk kawan opis aku yang dah berpindah ke KPKT...aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kerana masih mengingati permintaan aku...

tak sangka plak dia masih ingat permintaan aku ini...padahal masa tu aku just minta main-main je di dalam FB...


kawan aku iaitu oja ni dapat coklat daripada boss dia sempena besday dia pada 15 Feb 2011 yang lalu...pastu oja telah mengepos mengambil pict dan publish di dalam FB...masa tu aku minta nak seketul coklat yang berbentuk love tu...minta saje-saje gitu...


tapi tak sangka semalam, aku dapat betul-betul coklat yang dipost dalam FB diberi oleh boss nye tu...padahal aku dah lupa pun..huhu...

anyway, thanks oja...tak sangka dapat gak makan coklat tu...

kat bawah ni plak aku beri special present sempena kenaikan pangkat oja ke KPKT masa Disember 2010 yang lalu...aku kenal dengan oja ni hampir 5 tahun setengah iaitu sepanjang aku berkhidmat di KPWKM...


aku masih ingat lagi, orang pertama yang aku jumpa staff IT KPWKM adalah oja..ketika itu masih di blok C...masa tu aku segan sangat...yelah baru masuk kerja, environment baru lagi...tak nak lah tunjuk peramah sangat...nati orang kata over plak...huhu...


banyak kenangan antara kami berdua di KPWKM ini...kenangan pahit dan manis, sedih dan ketawa antara kami berdua...sehingga sekarang pun kami masih contact dan keep in touch gitu...antara kami ada instinct dan chemistry yang merapatkan kami berdua...moga persahabatan kami akan berlangsung sehingga bila-bila walaupun masing-masing dah bertukar tempat kerja...insya'allah...

pict terakhir bersama oja semasa di Hari Inovasi..