Terima Kasih Sahabat

13 March 2011

677 : dugaan dari Mu...

hari ini aku menghadiri perkahwinan anak jiran aku di Gombak...aku kenal jiran aku iaitu cik zah ni hampir 25 tahun..jiran seflat dan aku dah anggap cik zah ni macam sedara mara aku...masa aku bertunang dan berkahwin pun cik zah ni la yang banyak bersusah payah...cik zah ni mempunyai 3 orang anak (2 lelaki dan sorang perempuan)...

aku paling rapat dengan anak cik zah yang sulung iaitu zemi (Norzaimi Zainol)...kawan sepermainan aku sejak dari kecil...iaitu sejak berusia 6 tahun...ke mana-mana sahaja iaitu ke sekolah, kelas mengaji atau bermain kami akan bersama...walaupun dia lelaki, tapi zemi ni suka berkawan dengan perempuan kerana bebudak lelaki suka sangat buli dia....

namun bila dah usia dah menginjak dewasa remaja, iaitu ke sekolah menengah hubungan kami dah agak kureng sikit...almaklumla perasaan malu dah ada...lagipun aku dah mula jarang kuar rumah...gadis remaja ketika itu...kalu jumpa hanya di sekolah dan kekadang di rumah untuk bertanyakan kerja sekolah....

lepas SPM lagi la jarak hubungan kami makin jauh...lagipun zemi ni dah bekerja di stesen minyak di Melaka...aku pula menyambung pelajaran aku ke STPM dan seterusnya ke Batu Pahat...kekadang saje bila aku dan dia balik ke rumah masing-masing, baru la bertanya khabar...

last sekali aku jumpa zemi ini 6 tahun lepas, ketika hari perkahwinan aku...dia hadir untuk meraikan perkahwinan aku...aku masih ingat lagi, malam sebelum aku bersanding aku berborak sakan dengan dia...banyak sungguh cerita aku dan dia cetakan...almaklumla masa tu aku tidak tahu bila lagi akan dapat berjumpa dengan dia...aku dah menjadi isteri orang dan dia juga akan bernikah tidak lama lagi...

bila aku mendapat jemputan perkahwinan adik dia yang bongsu hari ini, aku memang nak sangat berjumpa dengan dia....aku memang ajak my hubby nak sangat pergi ke kenduri ini...lagipun my hubby kenal zemi ini...dah pernah berborak sama pun ketika aku masih bertunang ketika itu...

masa aku sampai di dewan perkahwinan tu, first yang aku jumpa adalah cik zah iaitu ibu zemi...ketika aku memeluk cik zah, "cik zah tanya pada aku, adakah aku tahu yang zemi sakit....aku menjawab tidak...hati aku bergetar ketika itu...cik zah kata yang zemi dah 8 bulan terlantar dan koma"...hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu...air mata aku terus mengalir...cik zah suruh aku pergi makan dahulu baru pergi menjenguk zemi yang berada di dalam bilik ketika itu...

yang pastinya ketika aku makan, hati aku tak senang...niat aku nak meraikan pengantin hanya tinggal begitu sahaja...hati aku tak sabar untuk melihat zemi...

lepas makan, aku terus mengajak hubby, mak dan my twin untuk menjenguk zemi di dalam bilik di dalam dewan...ketika itu aku hanya memandang sekali lalu sahaja pengantin bersanding di pelamin...

ketika aku melihat zemi, hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan aku...terkejut dan tergamam, hanya air mata sahaja yang berlinang ketika itu...aku tak sangka sahabat yang aku kenal menjadi sebegitu....terlantar, kurus, sendi-sendi tangan dan kakinya dah kaku, mata yang terbeliak memandang ke atas sahaja....tidak boleh berkata apa-apa....aku teramat sedih sangat...

apa yang aku tahu, zemi tiba-tiba pengsan 2 hari sebelum puasa tahun lepas dan terdapat darah beku di otaknya...selepas dibedah oleh doktor untuk membuang darah beku tersebut, zemi terus koma....dan sekarang hidupnya diuruskan sepenuhnya oleh keluarga...tidak mengenali sesiapa...doktor memang dah tak boleh nak buat apa...tu yang dijaga di rumah sahaja...

aku lihat suasana perkahwinan adiknya tadi pun nampak kurang meriah...aku lihat pengantin pun tidak begitu gembira di atas pelamin...hanya Allah saja yang tahu perasaan mereka sekeluarga...

sebelum pulang tadi, aku pergi berjumpa dengan cik zah sekali lagi...dan aku minta dia banyakkan bersabar dengan dugaan ini...yang pasti air mata sahaja yang mengalir ketika itu...aku mohon pada Mu Ya Allah, agar zemi akan pulih seperti sediakala...aku ingin sekali berborak dengan dia seperti dahulu...aku tidak sanggup melihat cik zah dan keluarganya dalam keadaan murung....

untuk pengantin Siti Nor Muhibbah dan Azlan, aku tidak sempat nak berjumpa dengan mereka tadi...aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru dan moga kekal untuk selamanya...

untuk zemi, moga kau akan cepat pulih...

1 comment:

Mr PenyuBiru said...

sedih bila baca cerita ni.. kita tak tau apa akan jadi pada diri kita di masa akan datang kan.. hari ini boleh bergerak bebas,siapa sangka esok lusa terlantar di katil. yg baik dari Allah jua.

moga kawan risa cepat sembuh & pulih spt biasa.