Terima Kasih Sahabat

31 March 2011

686 : murtabak daging singapura..

semalam aku gi UKM Bangi untuk berjumpa dengan penyelia projek akhir aku...memang berdebar dan menakutkan..takut projek yang aku nak proposed ini tak diterima...aku dah tak boleh nak fikir tajuk lain dah...

alhamdulilah proposal projek aku diterima dan perlukan penambahbaikan...insya'allah aku tak dapat penyelia yang cerewet seperti kawan aku yang lain...aku akan cuba buat yang terbaik utk semester terakhir...

aku gi bangi dengan my hubby...disebabkan proposal projek akhir aku telah diterima, aku nak belanja my hubby aku yang sememangnya teruja nak makan di Restoran Murtabak Singapura...ini adalah gara-gara Program Jalan-jalan Cari Makan baru-baru ni...

my hubby ajak aku makan dari hari tayangan program tu, tak salah aku awal bulan Februari...tapi disebabkan kesibukan yang melampau teruk sangat, semalam la baru dapat jejak restoran tu...


kami order Murtabak Daging 1 layer...memang besar la utk dimakan oleh 2 orang...harga untuk 2 layer ini RM8 dan utk 3 layer plak RM 18...yang 2 layer ini pun aku dah tak larat nak abiskan....my hubby yang makan...yang pastinye kalu nak gi makan murtabak ni masa tu jangan makan apa2 baru la ada feel nak makan sepuasnya...tapi utk orang yang tak suka makan bawang, memang agak payah la...coz yang pasti murtabak ni penuh dgn daging dan bawang serta disalut dengan telor...



murtabak daging ini dihidang dengan 2 kuah iaitu kuah dal dan kuah cili...kuah cili tu diletak sekali timun...rasa agak pedas la...memang sesuai je dimakan dengan murtabak tu...

sesapa yang nak try tu sila-sila la pergi menjejak kasih ke restoran murtabak singapura...dekat dengan padang futsal bangi...ni alamat nye :

Restoran Murtabak Singapura
Seksyen 15, Bandar Baru Bangi
Sebelah Galaxy Futsal

1 comment:

KM said...

post my penang bleh ka? hehehe....