Terima Kasih Sahabat

07 April 2011

688 : hadiah hebat...

2 hari lepas aku gi ke HKL untuk menjalani rutin dalam kehidupan aku sebagai manusia yang berpenyakit...namun aku terima segala yang telah ditentukan oleh Allah kepada aku...

medical check up kali ini amik masa yang agak lama juga untuk aku bertemu doktor...coz banyak benda yang aku nak minta confirmation sebelum aku melakukan sesuatu dalam kehidupan aku...aku nak minta penerangan yang jelas...aku nak kepastian yang pasti sebelum aku mengambil keputusan...

alhamdulilah penyakit aku dah kembali kepada normal namun memerlukan pemerhatian yang lebih kerana simptom yang aku alami kini menjuruskan aku kepada tidak normal...ujian darah nampak normal namun apa yang aku rasai sekarang ini berbeza...doktor pun pelik...dan kepelikan ini telah membuatkan doktor memberikan aku ubat baru....

semasa aku di farmasi aku telah menerima kejutan yang membuatkan aku boleh tergelak sorang2 diri...aku telah menerima sebuah kotak hadiah hebat ubat...sampai sekarang aku tak boleh bagaimana ahli farmasi tu memberi mengangkat kotak ubat tu kepada aku...sebelum ini aku hanya melihat orang yang menerima bekalan ubat yang banyak...tapi aku tak sangka kali ini aku plak yang bernasib malang baik seperti itu juga...selalunya aku hanya menerima sepeket ubat untuk 3 bulan tapi kali ini ditambah dengan kotak yang hebat ini...

mati-mati aku ingatkan doktor tu akan beri aku sebotol saje ubat tu...yalah tak pernah tercapai oleh akal aku doktor akan bagi sedozen ubat sembelit diet...huhu...ada sesapa yang nak kan stok ubat aku tu aku boleh je bagi dengan secara percuma...

aku harap berkesanla ubat ini dengan aku dan aku serasi dengan ubat ini...insya'allah...aku tak tahulah either aku boleh abiskan ubat tu dalam masa 3 bulan...kita tengok sajelah...



2 comments:

nanonano said...

ubat ape ni kak?

risanur said...

nano >> ubat sembelit...tu yg akak kata ubat diet...huhu...orang berpenyakit mmg cam gini lah...