Terima Kasih Sahabat

30 May 2011

710 : Latihan Kebakaran Wisma Sime Darby...

dalam jam 10 pagi tadi tengah leka buat kerja dengan penuh semangat kononnya, tiba-tiba je loceng kebakaran telah berbunyi...mata yang ala-ala tengah mengantuk terus ajdi segar...semua tercengang-cengang either loceng yang berbunyi ini loceng main-main atau sebenar...coz selalu gak loceng ini berbunyi tanpa sebab...

tapi bunyinye panjang semacam dan big boss pun dah soh lari kuar dari pejabat, dengan lenggang kanggung bersemangat kami turun ke bawah dengan tangga...nasib baik la kami ni hanya di tingkat 4 Wisma Sime Darby...kalu yang kat tingkat 21 tu memang masak dan rentung la...huhu...

bomba yang tiba...

masa turun kat tangga tu pun dah ramai yang dah turun melalui tangga kecemasan...nampak sangat kami ni agak-agak terhengeh-hengeh gak la coz orang tingkat atas pun dah sampai tingkat 4...hehe...kalu benar-benar terbakar la, memang dah hangus la...

kami yang sampai dahulu di tapak penyelamat...

kami semua perlu pergi ke padang sekolah di jalanraya sebelah...yang pastinye kena menaiki jejantas maut tinggi tu...nak tak nak kena naik juga tanpa alasan...yang pasti kami adalah orang yang terawal sampai di tapak penyelamat...huhu..tahniah juga pada 2 orang kawan aku juga iaitu ika dan jie....

mereka yang dah tiba ke tempat penyelamat...

yang pasti kami selamat tapi mati terbakar perlu berjemur di tengah panas matahari...memang terbakar semua kulit-kulit...yang tak boleh blah tu masih ada yang sempat menyelamatkan diri membawa payung untuk keselamatan diri..hehe...bukan sediakan payung untuk hujan tapi sediakan payung untuk panas matahari...

latihan dah selesai...semua nak kena kembali ke opis...

bagus gak buat latihan kebakaran pada pagi-pagi Isnin ni...almaklumla monday blues...semuanya mata kuyu je untuk memulakan tugas di pagi Isnin...bila dah kena berlari menyelamatkan diri, mata terus jadi segar dan bersemangat..hehe...

ini adalah latihan kali ketiga yang aku rasa sepanjang menginap duduk di Wisma Sime Darby...macam-macam karenah dan telatah orang yang kita boleh nampak...ada yang jalan berlenggang, ada yang seronok dan macam-macam lagi...ye la latihan katanya...aku tak tahu la kalu betul-betul terbakar, baru semua orang kelam kabut...

tahniah aku ucapkan pada pasukan bomba kerana mereka buat latihan ini seperti nampak real...siren yang dibunyikan dan mereka betul-betul mengeluarkan hos dari kereta bomba tersebut walaupun tiada api...tahniah pada pengurusan sime darby juga...walaupun latihan kita perlu gak membuatnya seperti benar-benar berlaku agar tidak terkejut jika ianya benar-benar berlaku...

709 : tertinggal jauh...

yang pastinya aku semakin penat...
penat mengejar masa yang berlalu cepat meninggalkan aku...
rasa tak terkejar sudah...
tidak larat aku nak mengejarnya...

namun jika tidak mengejarnya, aku jua ketinggalan...
akan tertinggal jauh ke belakang...

aku perlu bangun dan bangkit dengan segera...
agar tidak tertinggal jauh dengan masa itu...
aku perlukan semangat..
agar cita-cita aku dapat dicapai...

aku kelelahan dan kepenatan sangat ketika ini...
tidak larat nak berfikir lagi...

26 May 2011

708 : Nur Kasih The Movie...

sumber : google...

yang pastinya aku dan suami telah pergi menerjah menonton filem yang penuh sensasi dengan promosi yang maha hebat itu petang semalam di Brem Mall Kepong...

jalan cerita yang menarik, penuh dengan sikap kekeluargaan, kasih sayang, pengorbanan dan lakonan pelakon yang penuh berair mata...yang pasti aku tak payah gunakan tisu seperti yang diwar-warkan orang lain perlu sediakan tisu jika menonton ceta ini...maybe aku nengok macam orang yang takde perasaan je kot...hehehe...

yang pasti aku pergi menonton cerita ini kerana ini tahu apa yang menarik dan teruja ye semua orang yang mengatakan cerita ini best, pecah panggung katanya, tiket sold out untuk hari pertama dan yang pastinya promosi yang giler-giler la..aku teruja sesangat nak tau apa yang menarik dalam cerita ini...

dan akhirnya aku dah menonton cerita yang penuh dengan air mata tanda tanya gitu...dan terjawab juga la apa yang best tentang cerita ini...

aku pergi menonton cerita ini kerana promosi nye yang begitu hebat di TV, blog, suratkhabar, radio dan mulu-mulut mereka yang mengatakan cerita ini best...rugi tak tengok...itu yang membuatkan aku begitu teruja untuk menonton...padahal di dalam hati aku dah berkata 'takut promosi je gempak tapi cerita nya biasa2 saje'...dan yang pasti kenyataan nya dah aku ketahui...sesapa yang belum menonton pergi la tonton coz tayangan ekslusif hanya di pawagam saje ye...

aku menonton drama bersiri cerita Nur Kasih ini pun semasa tayangan ulangan di TV semasa bulan pose...aku menonton drama ini kerana ramai yang bercerita tentang drama ini...dan kerana aku tidak berpeluang menonton nya lagi kerana ada kelas setiap Jumaat...

yang dapat aku analisis di dalam filem ini adalah kasih sayang, cinta sejati, sikap kekeluargaaan dan pengorbanan menjadi tunggak utama cerita ini...dan hargailah peluang kedua atau ketiga yang diberikan oleh Allah untuk kita menempuh kehidupan di dunia ini...kita tidak tahu bila kita akan pergi meninggalkan dunia fana ini...bila-bile masa saje Allah akan mengambil nyawa kita walaupun ketika itu kita sudah bersedia atau belum...

24 May 2011

707 : kebenaran terserlah...

yang pasti di dunia ini,
macam-macam perangai manusia yang ada...

yang pastinya...
rambut sama hitam namun tidak semua hati mereka baik seperti kita...

yang pasti...
setelah mengetahui kebenaran sebenar,
kita perlu mengambil iktibar apa yang telah terjadi,
agar ianya tidak berulang kembali,
dan ianya tiada lagi memusnahkan hati...

kita perlu berhati-hati...

21 May 2011

706 : Kawan Makan Kawan (KMK)

Aku rasa sedih dan hampa sesangat apabila kawan sendiri yg selama ini dipercayai telah menikam aku dari belakang...setahu aku, aku tak pernah ada masalah atau sengketa dgn dia malah kekadang aku akan bantu jika dia bermasalah...

Memang benar kata orang rambut sama hitam tapi hati lain2...ntah apa yg dia dengki pada aku hanya Allah yang tau...

Aku hanya mampu berserah atas segala pa yang berlaku pd Allah...Allah yang tahu segala pa yang berlaku pada hari tersebut...biarlah Allah yang menentukan segalanya...aku hanya mampu berdoa padaNya untuk tunjukkan kebenaran segalanya...

18 May 2011

705 : JCard Day...


19 mei 2011 akan berlangsung JCard Day di Jusco Wangsa Maju...yang pasti setiap tahun aku akan gi terjah menyopping kan diri walaupun duit ala-ala ada je...nak tunggu gaji memang kire lama lagi..apa lagi kita guna duit plastik instant je lah kan...huhu..asalkan aku dapat hilangkan stress melepaskan hajat untuk bershopping...hehe...

aku ingat lagi tahun lepas aku kena saman gara-gara gi Jcard day ni...melayang jugakla RM20 pada MPAJ...kali ini aku nak gi naik tren atau naik motor dengan hubby tersayang....

dalam kepala aku dah setkan apa yang aku nak beli...yang pasti kebetulan esok aku bercuti...ni kerana adik aku suraya akan konvo di Uitm...nasib baiklah dia kena sidang pagi...kalu tak memang melepas aku nak gi shopping gitu....macam la byk benar barang yang aku nak beli...huhu...


yang pasti banyak barang yang akan dioffer sehingga 70%...antaranya beg tangan, kasut, perfume, bedding dan macam-macam lagi....jom la kita terjah bersama-sama baru tahu apa yang ada...

yang pasti memang meriah gile la kalu Jcard day ini...ada yang sanggup parking sesuka hati mak bapak dia je asalkan diorang dapat masuk ke Jcard...huhu...kalu kena saman pandai-pandai la kan...dah buat salah...tapi buat salah menyusahkan orang lain kerana yang pasti kesibukan lalu lintas akan terjadi...huhu...layan kan jelah...

16 May 2011

704 : selamat hari guru..

16 Mei setiap tahun sambutan hari guru akan disambut oleh semua insan yang bergelar seorang guru....setiap tahun akan diingati segala jasa dan pengorbanan mereka untuk menjadikan anak bangsa seorang yang berjaya, berjasa dan bergelar seorang manusia....

aku rasa hari guru juga hari guru-guru mengumpul hadiah yang akan diberikan oleh pelajar-pelajar mereka...guru favourite dan menjadi kesukaan pelajar memang confirm la berduyun-duyun pelajar memberikannya....

apa yang aku perhatikan semalam di Carrefour Wangsa Maju, iaitu di kedai RM5, kedai tu penuh dengan anak-anak yang membeli hadiah untuk guru-guru kesayangan mereka...mak bapak jugak la yang mengeluarkan duitnye....setahun sekali kan...tapi kalu anak ramai dan guru favourite pun ramai, boleh kopak gak poket mak dan bapak...redha kan je lah...huhu...

aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru...dan yang paling special aku nak ucapkan selamat hari guru kepada guru kesayangan aku iaitu Pn. Faridah Said....aku rindu sangat gan cikgu ini...dah hampir 6 tahun aku lost contact dengan beliau...last sekaliaku jumpa masa hari kawin aku...puas sudah aku mencari cikgu ini...hope aku dapat la berjumpa dengan cikgu faridah ini satu hari nanti...insya'allah...

kenapa tak hari programmer ye atau hari IT ke??huhu...nak juga hari special..hehe...

14 May 2011

703 : blogger problem..

dah 2 hari aku cuba untuk akses blogger...tapi hampes...punye la bersemangat nak update entry tapi mengecewakan...huhu...

blogger dah jadi benggong tak betul...maybe ramai sangat yang menggunakan blogspot ni as the tempat meluahkan perasaan macam aku...tu yang jadi tak betul...

padahal entry sebelum ini aku dah publish hari khamis tapi bila bukak tadi masih berstatus schedule...sabar jelah...

bagi aku yang menggunakan blog as the medium untuk menulis pun bole meroyan, kalu orang lain yang menjadikan blog sebagai online business mesti berkali-kali ganda meroyan dari aku..huhu...

pasni nak kena buat backup blog ini...kalu hilang mahu menangis...huhu...ambil langkah berjaga-jaga...benda free kan, bila-bila masa je boleh ditarik balik free nye tu...belajar dari pengalaman...

702 : kuaci bunga matahari...

balik dari training di Ampang Park tadi, masa ke putra lrt ada satu booth tu jual jajan kekacang, jeruk dan macam2 lagi...aku gi jenguk booth tu dan ternampak la satu benda makanan menarik...apalagi kalu bukan kuaci bunga matahari...

dah lama aku tak makan kuaci ni..tiba-tiba je rasa nak makan...rindu saat masa study di AIMBP...aku ingat lagi masa study tu, aku dan geng-geng memang giler makan kuaci ni...bersepah kelas tu dibuatnya...tapi masa tu makan kuaci macam satu trend plak...haha...

ada je stok kuaci masa tu...macam-macam jenis kuaci plak tu...kuaci bunga, kuaci hitam dan kuaci warna putih tu (tak salah aku kuaci labu)....

memang benar la kata orang, setiap kenangan tu akan dikenang ketika kita ternampak sesuatu....yang pastinya aku rindu saat-saat itu..

masa tulis blog ini, aku baru je pas mengunyah kuaci bunga yang aku beli...memang sedap..tapi aku sakit tekak tak bole nak makan banyak-banyak...rasa kering je tekak ni..huhu...


09 May 2011

701 : Program Semai Bakti UKM...

Sabtu lepas 7 Mei 2011 aku dan kekawan study di UKM ada Program Semai Bakti UKM untuk subjek Khidmat Masyarakat yang aku amik untuk last semester ini...wajib pergi dan wajib hadir...jika tidak hadir memang confirm akan hilang 30 markah dan confirm takkan dapat A...huhu...suka atau tidak memang kena pergi kecuali ada alasan yang munasabah dan boleh diterima...

sebelum dicat...
selepas dicat...cantik berseri..
Program Semai Bakti ini diadakan di Bukit Changgang Dengkil, Selangor...tak salah aku tak jauh dari KLIA dalam 7 minit perjalanan....dengan temanya Lambaian Desa gitu....kami membantu dan menolong seorang penduduk kampung tersebut yang bernama Wak Ton yang sakit diabetis dan terlantar...membantu membetulkan rumah yang uzur, menambah rumah, mengecat rumah dan membersihkan kawasan rumah tersebut...kami terdiri daripada 3 batch pelajar IT yang mempunyai 100 orang...dan bersama-sama dengan penduduk kampung...

bersemangat waja sebelum memulakan khidmat masyarakat...

semua pelajar-pelajar tersebut diberi kepada beberapa zon dan tugas...aku kena kat bahagian zon servis makanan...kena pastikan makanan dihidang dan dikemaskan selepas digunakan...

muka ceria walaupun kepenatan teramat sangat...

Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan cuaca yang panas membahang sangat...memang pengalaman yang menarik....coz sebelum ini aku tak pernah ada pengalaman untuk membantu dan bekerjasama dengan penduduk kampung...yang pastinya perasaan aku puas dan gembire melihat perubahan pada rumah dan kawasan sekeliling rumah tersebut yang sebelum ini semak samun dan rumah yang uzur sebelum ini nampak cantik dengan cat yang menarik...

yang pastinya sampai je rumah aku pengsan tak sabar nak berehat..kerana kepenatan yang teramat sangat..kuar umah selepas subuh (jam 6 pagi) kerana nak kena berada di UKM jam 7.15 pagi takut tertinggal bas...dah la pagi-pagi tu Putra LRT wat hal kerana masalah teknikal...thanks to my hubby kerana hantar aku sampai ke LRT Kerinci...kalu tak aku tak tau la camne nak ke UKM..huhu...dugaan dari Allah...

05 May 2011

700 : Kisah ke aku...

Aku tak tahu la aku harus kisah atau tidak dalam hal ini...kalu aku buat tak tau aku rasa sakit hati dan rasa spt diperlekehkan...kalu aku amik kisah sgt nati orang kata aku ini over sesangat plak...tapi yang pastinye aku geram dan sakit hati kalu aku buat tak tahu je...

Bukan nak tunjuk pandai atau apa...dah sememang realitinya aku memang involve projek ini dari awal lagi...dari mula-mula hingga sekarang dah nak hampir tamat dan nak launch dah...

Dr perbincangan requirement study dgn user,flow system, UAT, training, dan hingga kemasukan data aku involved...bukan nak kata aku terror tapi insya'allah aku tahu...

Namun itulah lumrah alam...manusia akan rase dia pandai dan tahu sesuatu hal itu walaupun sebenarnya dia tak tahu...manusia tidak akan mengakui dia tidak tahu di depan org lain...dia akan buat tahu dan reti tentang segalanya walaupun yg berlaku sebaliknya...

Yang pasti aku kena terima hal ini...dan aku juga perlu amik kisah untuk tidak diperbodohkan lagi...aku perlu bangkit dan sedar dengan pelbagai karenah manusia ini...itu yang pasti...
[KPWKM]

03 May 2011

699 : KL - Kajang - Shah Alam - KL...

semalam cuti, aku dan my hubby menghabiskan cuti kami dengan pergi mensurvey jalan di Kajang dan Shah Alam...

memenat dan meletihkan rupanya gi survey jalan ini, padahal aku just penumpang second pilot je...just tengok jalan, ingat jalan dan ikut logik jalan serta melukis peta untuk hubby tersayang...

kuar umah dalam kul 12 pm dan tiba di rumah jam 7.30 malam...masa balik tu hujan punye la lebat....alhamdulilah sampai jua di rumah setelah seharian kuar...

siap singgah makan ABC Frado di Food Court Seksyen 2 Shah Alam...

KL - Kajang - Shah Alam - KL...satu perjalanan yang panjang...skrg ni aku dah pakar jugala jalan di Pekan Kajang dan Pusat Bandar Shah Alam Seksyen 14...huhu...

01 May 2011

698 : slmt hari pekerja..

aku nak ucapkan selamat hari pekerja kepada semua yang membaca blog aku...utk yg bekerja jelah...hehe...

moga kalian sukses dalam kerjaya masing-masing....bertanggungjawab, berdedikasi, amanah, jujur dan melakukan kerja SYMP dengan hati yang ikhlas....

kita perlu bersyukur dengan kerja yang kita perolehi coz ramai lagi kekawan kita yang lain sedang menganggur dan mencari pekerjaan...alhamdulilah aku bersyukur dengan kerja yang aku perolehi ini walaupun kekadang strees...biasalah kan dah keja...kekadang bertimbun-timbun kekadang tu agak goyang kaki sikit la...ikut musim jugak la...

moga aku dapat menjadi pekerja yang berdedikasi, cemerlang dan terbilang gitu...hehe...