Terima Kasih Sahabat

09 May 2011

701 : Program Semai Bakti UKM...

Sabtu lepas 7 Mei 2011 aku dan kekawan study di UKM ada Program Semai Bakti UKM untuk subjek Khidmat Masyarakat yang aku amik untuk last semester ini...wajib pergi dan wajib hadir...jika tidak hadir memang confirm akan hilang 30 markah dan confirm takkan dapat A...huhu...suka atau tidak memang kena pergi kecuali ada alasan yang munasabah dan boleh diterima...

sebelum dicat...
selepas dicat...cantik berseri..
Program Semai Bakti ini diadakan di Bukit Changgang Dengkil, Selangor...tak salah aku tak jauh dari KLIA dalam 7 minit perjalanan....dengan temanya Lambaian Desa gitu....kami membantu dan menolong seorang penduduk kampung tersebut yang bernama Wak Ton yang sakit diabetis dan terlantar...membantu membetulkan rumah yang uzur, menambah rumah, mengecat rumah dan membersihkan kawasan rumah tersebut...kami terdiri daripada 3 batch pelajar IT yang mempunyai 100 orang...dan bersama-sama dengan penduduk kampung...

bersemangat waja sebelum memulakan khidmat masyarakat...

semua pelajar-pelajar tersebut diberi kepada beberapa zon dan tugas...aku kena kat bahagian zon servis makanan...kena pastikan makanan dihidang dan dikemaskan selepas digunakan...

muka ceria walaupun kepenatan teramat sangat...

Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan cuaca yang panas membahang sangat...memang pengalaman yang menarik....coz sebelum ini aku tak pernah ada pengalaman untuk membantu dan bekerjasama dengan penduduk kampung...yang pastinya perasaan aku puas dan gembire melihat perubahan pada rumah dan kawasan sekeliling rumah tersebut yang sebelum ini semak samun dan rumah yang uzur sebelum ini nampak cantik dengan cat yang menarik...

yang pastinya sampai je rumah aku pengsan tak sabar nak berehat..kerana kepenatan yang teramat sangat..kuar umah selepas subuh (jam 6 pagi) kerana nak kena berada di UKM jam 7.15 pagi takut tertinggal bas...dah la pagi-pagi tu Putra LRT wat hal kerana masalah teknikal...thanks to my hubby kerana hantar aku sampai ke LRT Kerinci...kalu tak aku tak tau la camne nak ke UKM..huhu...dugaan dari Allah...

5 comments:

Aimi dan Pakcik Hashim said...

mesti pakcik tu hepi

risanur said...

aimi >> bukan pakcik la tp makcik..huhu..

Faaein Talip Roy said...

wah.. bestnya ada program macam ni.. alhamdulillah satu amal yang bagus.. =]

pemudartb said...

Hai... terima kasih atas hebahan berkenaan program ini. - pemudartb.

Anonymous said...

http://www.markbattypublisher.com/jsp/buytramadol/#3036 tramadol hydrochloride 50mg used - tramadol mexico