Terima Kasih Sahabat

16 May 2011

704 : selamat hari guru..

16 Mei setiap tahun sambutan hari guru akan disambut oleh semua insan yang bergelar seorang guru....setiap tahun akan diingati segala jasa dan pengorbanan mereka untuk menjadikan anak bangsa seorang yang berjaya, berjasa dan bergelar seorang manusia....

aku rasa hari guru juga hari guru-guru mengumpul hadiah yang akan diberikan oleh pelajar-pelajar mereka...guru favourite dan menjadi kesukaan pelajar memang confirm la berduyun-duyun pelajar memberikannya....

apa yang aku perhatikan semalam di Carrefour Wangsa Maju, iaitu di kedai RM5, kedai tu penuh dengan anak-anak yang membeli hadiah untuk guru-guru kesayangan mereka...mak bapak jugak la yang mengeluarkan duitnye....setahun sekali kan...tapi kalu anak ramai dan guru favourite pun ramai, boleh kopak gak poket mak dan bapak...redha kan je lah...huhu...

aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru...dan yang paling special aku nak ucapkan selamat hari guru kepada guru kesayangan aku iaitu Pn. Faridah Said....aku rindu sangat gan cikgu ini...dah hampir 6 tahun aku lost contact dengan beliau...last sekaliaku jumpa masa hari kawin aku...puas sudah aku mencari cikgu ini...hope aku dapat la berjumpa dengan cikgu faridah ini satu hari nanti...insya'allah...

kenapa tak hari programmer ye atau hari IT ke??huhu...nak juga hari special..hehe...

5 comments:

Mr PenyuBiru said...

hari programmer ke hari web designer ke semua dah masuk dalam hari buruh.hehe

risanur said...

penyubiru >> tak best coz guru dan jururawat ada hari special..kita semua Hari Buruh...huhu

Sharinginfoz said...

guru memang banyak berjasa mendidik kita

Anonymous said...

Kak,

Anak baru tadika pun, sofia dah request beli hadiah untuk teacher dia.. dia kata dia sorang je tak bawak hadiah.. jenuh semalam gie cari hadiah untuk teacher dia.....


Musnita

risanur said...

Sharinginfoz >> mmg benar..guru byk mengajar kita menjadi manusia sebenar..

ita >> biasalah ita dah jd kebiasaan plak skrg ni kena bg hadiah pada cikgu..kalu tak beli kan kesian kat anak dipandang serong...