Terima Kasih Sahabat

26 May 2011

708 : Nur Kasih The Movie...

sumber : google...

yang pastinya aku dan suami telah pergi menerjah menonton filem yang penuh sensasi dengan promosi yang maha hebat itu petang semalam di Brem Mall Kepong...

jalan cerita yang menarik, penuh dengan sikap kekeluargaan, kasih sayang, pengorbanan dan lakonan pelakon yang penuh berair mata...yang pasti aku tak payah gunakan tisu seperti yang diwar-warkan orang lain perlu sediakan tisu jika menonton ceta ini...maybe aku nengok macam orang yang takde perasaan je kot...hehehe...

yang pasti aku pergi menonton cerita ini kerana ini tahu apa yang menarik dan teruja ye semua orang yang mengatakan cerita ini best, pecah panggung katanya, tiket sold out untuk hari pertama dan yang pastinya promosi yang giler-giler la..aku teruja sesangat nak tau apa yang menarik dalam cerita ini...

dan akhirnya aku dah menonton cerita yang penuh dengan air mata tanda tanya gitu...dan terjawab juga la apa yang best tentang cerita ini...

aku pergi menonton cerita ini kerana promosi nye yang begitu hebat di TV, blog, suratkhabar, radio dan mulu-mulut mereka yang mengatakan cerita ini best...rugi tak tengok...itu yang membuatkan aku begitu teruja untuk menonton...padahal di dalam hati aku dah berkata 'takut promosi je gempak tapi cerita nya biasa2 saje'...dan yang pasti kenyataan nya dah aku ketahui...sesapa yang belum menonton pergi la tonton coz tayangan ekslusif hanya di pawagam saje ye...

aku menonton drama bersiri cerita Nur Kasih ini pun semasa tayangan ulangan di TV semasa bulan pose...aku menonton drama ini kerana ramai yang bercerita tentang drama ini...dan kerana aku tidak berpeluang menonton nya lagi kerana ada kelas setiap Jumaat...

yang dapat aku analisis di dalam filem ini adalah kasih sayang, cinta sejati, sikap kekeluargaaan dan pengorbanan menjadi tunggak utama cerita ini...dan hargailah peluang kedua atau ketiga yang diberikan oleh Allah untuk kita menempuh kehidupan di dunia ini...kita tidak tahu bila kita akan pergi meninggalkan dunia fana ini...bila-bile masa saje Allah akan mengambil nyawa kita walaupun ketika itu kita sudah bersedia atau belum...

4 comments:

Aimi dan Pakcik Hashim said...

citer ni tunggu kat astro jer lah

Mr PenyuBiru said...

malas nak tgk kat wayang,so tunggu downlod je la.hehe

risanur said...

aimi >> ada ke kat astro??katanya ekslusif di panggung je...

penyubiru >> download je lagi bagus..

yusuf mujahidin ™ said...

cite ni best juge..hehe