Terima Kasih Sahabat

30 June 2011

723 : dugaan drNya...

sakit tekak, selsema, ulcer dan rasa nak demam...
itu dugaan yang perlu aku tanggung masa minggu exam ni...
maybe aku stress sangat nak exam ni...

Ya Allah moga aku dapat menjawab soalan exam dengan hati yg tenang dan dipermudahkan dalam segalanya...insya'allah...

doakan moga aku boleh menjawab exam untuk malam ini...

26 June 2011

722 : ketagih...

lagi beberapa hari je aku nak exam...aku sangat stress sangat...coz lagi baca lagi tak faham..huhu..dugaan sungguh la semester ni...

aku buang malam2 buta gi update blog design...tiba2 je aku rasa blog aku ini dah lama takde design baru dan tiba-tiba plak rasa jemu...tapi bila nak wat blog design ni, memerlukan masa yang panjang...huhu...

aku cuma wat sikit2 update je...bila dah abis semua exam dan present aku nak update design blog ni...huhu..my target after finish study...ada la juga nak dibuat kan...

hope berjaya la....

24 June 2011

721 : semoga tergapai segala impian...

memang benar kata orang, lagi kita nak capai sesuatu yang nak kita nak gapai dan idamkan, bertambah2 dugaan yang perlu kita tempuhi...

lately ini, aku rasa masa tidak mencukupi untuk aku...rasa 24 jam itu berlalu dengan pantas sangat....selalunya aku akan rasa masa tu jalan seminit pun rasa lambat sangat...

tapi sekarang ini aku perlu menyiapkan projek akhir dan exam yang makin dekat, membuatkan masa yang berlalu itu terlalu cepat....aku rasa bersalah je coz masa bekerja aku amik masa untuk menyiapkan projek aku...bukan sengaja tapi terpaksa....aku rasa bersalah sesangat dengan kekawan opis...coz melakukan kerja study masa ofis hour...pernah gak terfikir "berdosa tak wat cam gitu, rezki yang aku dapat tu halal tak??"...namun aku bukan sengaja....

malam pun aku pulun untuk menyiapkan projek akhir ni....yang pastinye masa tido memang tak cukup la...bila bangun pagi, aku rasa berjalan di atas kayangan je....mata terbuka tapi fikiran rasa tido je...mengantuk yang teramat sangat....

insya'allah gelaran student aku akan berakhir sehingga 16 Julai ini apabila presentation akan dibuat pada tarikh itu...hope aku mampu bertahan sehingga ke tarikh itu...moga kesihatan aku baik dan segalanya dipermudahkan Allah....aku hanya merancang namun Allah yang menentukan segalanya....

esok aku kena jumpa penyelia untuk kali ke-4...hope penyelia aku tak banyak 'songeh' untuk soh tambah apa2 lagi...dah tak larat rasanya...hari ni aku kena pulun abis-abis deraf yang perlu aku berikan kepada penyelia aku...selepas dah tunjuk system dan hantar deraf aku perlu concentrate untuk final exam aku plak...semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar...insya'allah...

21 June 2011

720 : majlis pelancaran portal rasmi KPWKM

21 Jun 2011 (Selasa) jam 10.00 pg di Dewan Nur KPWKM telah berlangsung satu majlis pelancaran portal rasmi KPWKM...

alhamdulilah apa yang dirancang dari awal bulan hari tu telah berjalan dengan lancar walaupun last minute telah bertukar tangan orang untuk melancarkan majlis ini...sepatutnya Dato' KSU namun petang semalam baru mengetahui yang KSU ada hal di Parlimen dan telah diganti dengan TKSU (S) iaitu En. Harjeet...

BPM KPWKM sebagai hos bagi acara majlis pelancaran ini telah membahagi-bahagikan tugas masing-masing di kalangan staf BPM agar semuanya berjalan lancar...aku, ika dan pn. noraini ditugaskan untuk AJK makanan...perlu memastikan penempahan makanan, minuman serta dewan untuk majlis itu dijalankan berjalan dengan lancar...nampak cam mudah tapi yang susahnya kena berinteraksi dengan Bahagian Khidmat Pengurusan untuk penempahan makanan dan dewan...


namun segalanya berjalan dengan lancar...kami yang perempuan sepakat untuk memakai pakaian yang sedondon iaitu baju sponspor sendiri korporat kami yang kami buat tahun lepas...yang bestnya semua tetamu memuji baju yang kami beli di gulatis jalan TAR ini cantik...rasa bangga sekejap...bagus kak limah punye pilihan...tahun ni kita nak buat warna apa plak kak limah???yang lelaki plak memakai baju putih, berkot dan tali leher merah...

montaj dan gimik semuanya berjalan dengan lancar dengan bantuan pembekal kami...alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar...setelah selesai apa lagi kami semuanya yang perasan artis telah bergambar kenangan bersama-sama...tapi selalunye memang susah nak dapat semua staf BPM ni sekali semua...kali ini ada 3 orang yang takde iaitu pn. noraini, fatimah dan shahir...susah betul nak melengkapkan staf BPM ni bersama-sama kerana masing2 ada komitmen yang perlu dilakukan...


Tahniah kepada semua staff BPM KPWKM kerana berjaya menjayakan majlis pelancaran portal rasmi KPWKM ini...

20 June 2011

719 : ayam masak lada hitam...

semalam aku terlebih rajin agaknya...punye excited sangat nak masak...coz dapur dah lama sangat tak berasap...dan yang pastinye aku teringin sangat nak makan ayam masak lada hitam...


bila masak sendiri ni nak boh banyak mana lada hitam pun bole...tu yang seronok masak sendiri tu...huhu...alasan tak boleh bla...

yang tak pastinye my hubby la makan paling sedap aku tengok...bertambah2 nasi dia makan...seronok sungguh aku lihat dia makan...almaklum la wife selalu sangat masak kan..hehe...


pastu pas makan malam tadi, aku layan minum white coffee AliCoffee...memang mantap dan tersentap la...buat mata kami berdua tak boleh nak tido...maybe sebab produk baru AliCafe tu yang rasa dia dah macam kita minum kat Kopitiam je...huhu...

718 : hepi besday Nisa...


hepi besday Nisa...anak buah mak sulung yang paling petah bercakap, paling comel, paling aktif dan paling paling segalanya...

mentang-mentangla cucu perempuan sorang, manja dengan atuk dan opahnya memang melampau-lampau dan over dari abang-abang dia yang lain...bakal menjadi kakak tak lama lagi...kalu dapat adik perempuan abislah title manjanya tu...

yang pastinya adik-adik aku gelarkan Nisa ni cucu berlian...coz dia sorang je cucu perempuan yang ada sehinggakan mak usu dia geram je melihat si Nisa ini punya perangai dan kaletah...

selamat hari lahir yang ke-4....semoga Nisa akan menjadi sorang anak dan cucu yang solehah, sentiasa mendengar kata-kata mak dan ayah, menjadi anak yang pandai dan berjasa pada mak dan ayah...semoga Nisa menjadi sorang anak gadis yang pandai menjaga tatasusila...insya'allah....


macam tak percaya je dah 4 tahun Nisa dilahirkan...rasa macam baru je semalam aku gi melihat dia di HKL....memang masa cepat sungguh berlalu tanpa kita sedari...

19 June 2011

717 : happy father day's

selamat hari bapa aku nak ucapkan kepada ayah paling aku sayang iaitu Sabri Soh Abdullah....terima kasih yang tidak terhingga setelah pelbagai pengorbanan yang telah dilakukan pada aku adik beradik...tanpa bapak, kami tiada di muka bumi ini...

 
happy father day's juga diucapkan kepada bapa mertua aku iaitu Hassan Ismail dan juga kepada abang ipar aku iaitu Zahari Nodin...serta kepada semua bapa-bapa yang di dunia ini...tanpa ayah tiada bermakna kehidupan isteri dan anak-anak..


17 June 2011

716 : terkilan...

aku rasa sedih sangat bila tak boleh nak tolong insan yang paling aku sayang..
rasa bersalah dan terkilan sangat...

bila aku fikir, confirm air mata ini rasa nak menitis...
dia tak pernah pun minta tolong dengan aku selamanya...
setiap kali dia dalam kesusahan...
dia akan menyembunyikan masalah dia...
dia akan cuba selesaikannya sendiri...

ini pun aku dengar dari orang lain masalah yang dia hadapi...
seboleh-bolehnya dia tidak akan menyusahkan orang lain...

Ya Allah aku terlalu rasa bersalah sangat...
bagaimana harus aku lakukan...
untuk menghilangkan masalah yang dia hadapi ketika ini...
setelah banyak pengorbanan yang dia lakukan untuk aku...

Ya Allah berikan aku petunjuk dan hidayah Mu....
untuk aku menolong insan yang amat aku sayang ini...

14 June 2011

715 : my family..

dah lama kami tidak berkumpul bersama untuk mengambil pict satu family di kedai gambar...rasanya dah hampir 10 tahun lepas...kalu amik pun just di rumah je...


kali ini kerana adik aku suraya yang konvo, kami berkumpul adik beradik dan anak beranak untuk mengambil pict bersama satu family...


tapi ada juga yang tak cukup dalam pict tu....iaitu abang ipar aku dan anak buah perempuan kesayangan aku iaitu nisa...gara-gara cameraman tu pegang dia, terus dia menangis dan takmo amik pict...maybe dia rasa cameraman tu nak marah dia...sabar jelah...

masa aku konvo nati, aku pun nak amik pict satu family gak la...tapi amik outdoor maybe kat taman ke...hehe...lain daripada yang lain katanya..hhuhu...

08 June 2011

714 : Kisah Hati Alyah...

aku suka dengar lagu ini plak..tak salah aku lagu ini ada dalam ceta Nur Kasih The Movie...memang best dan boleh la layan dengar lagu ini daripada melayan video klip Marilah Menari Prema Yin tu lain...baik layan video klip ni...hehe...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Kisah Hati - Alyah


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir


Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir


Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu


Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

07 June 2011

713 : berakhir kehidupan sebagai??

tajuk kat atas tak boleh blah punye!!!heheh...namun itu yang aku nak ceritakan sepanjang perjalanan menjadi seorang pelajar...

berakhir kehidupan sebagai seorang pelajar jarak jauh eksekutif...iaitu pelajar dan dalam masa yang sama bekerja...bekerja di waktu pejabat dan kelas selepas waktu pejabat iaitu bermula 7 hingga 10 malam...setiap hari isnin hingga jumaat...

itu la kehidupan yang aku lalui selama 2 tahun setengah...rase cam tak caya je semalam berakhirnya kehidupan aku sebagai pelajar di waktu malam....masa nak mula kelas pada September 2008, macam-macam perasaan yang bermain di minda...penat ke tak?mampu ke aku nak belajar lagi coz umur pun dah nak lanjut masuk 30-an?mampu ke aku nak membahagikan masa untuk husband dengan nak buat esemen...bermacam-macam perasaan yang bergelodak di jiwa ketika itu...

akhirnya pejam celik pejam celik selama 2 tahun setengah kehidupan aku sebagai seorang pelajar akan berahir tidak lama lagi...yang pastinye kelas malam yang aku hadiri setiap hari telah berakhir malam tadi...kelas terakhir malam tadi adalah kelas teori sains komputer.....sudah tiada kelas malam lagi...

kelas akan berakhirnya sepenuhnya pada sabtu 18 Jun 2011...selepas itu aku akan menghadapi final exam dan akhir sekali presentation untuk projek akhir...

aku tak boleh nak bayangkan bagaimana kehidupan aku jika aku bukan student lagi...jika sekarang berhempas pulas ke kelas, menyiapkan assignment dan projek akhir...jika dah takde kelas apa la aku nak buat ye...aku dah tak ingat macamne kehidupan aku sebelum bergelar seorang pelajar....maybe aku akan isikan masa lapang malam ku dengan benda yang berfaedah seperti pergi ke kelas agama untuk memantapkan apa yang kurang selama ini dan yang pastinya aku nak tumpukan perhatian pada my hubby yang sekian lama aku abaikan lupakan untuk sementara waktu...bukan lupa namun aku nak spend kan masa dengannya dengan lebih banyak lagi setelah banyak pengorbanan telah dia lakukan untuk aku....

hope aku dapat capai apa yang aku idamkan selama ini...setelah banyak pengorbanan yang telah aku lakukan, hope ianya akan mendatangkan hasil dan berbaloi, insya'allah...yang pastinye bukan mudah untuk menjadi seorang pelajar dan dalam masa yang sama perlu memegang tanggungjawab sebagai isteri, anak dan pekerja yang berdedikasi...perlu mental, fizikal dan emosi yang kuat untuk menghadapi segala dugaan serta rintangannya....

alhamdulilah akhirnya status pelajar jarak jauh eksekutif akan berakhir tidak lama lagi...hope aku akan berjaya melakukannya sehingga ke titisan darah yang terakhir...huhu...

06 June 2011

712 : sungai gabai....

tanpa perancangan tanpa plan, tiba-tiba dapat panggilan dr my twin ajak gi picnik di Sungai Kemensah kat belakang Zoo Negara...sungai yang paling berhampiran di Kuala Lumpur ini...my twin nak bawa anak-anak dia bermandi manda sempena cuti sekolah ini...

perancangan jumpa di Zoo Negara pada jam 1.00 petang....namun amat menghampakan kami coz air kat situ dah keruh dan tempat piknik kat situ dah penuh ditempah...huhu...kesian plak kat anak-anak buah aku tu...hari tu plan nak ke Sungai Gabai terbatal kerana hujan lebat....

my hubby dan BIL bagi cadangan terus ke Sungai Gabai je...coz hari tu tak jadi lagi pun kat sane air dia masih cantik dan jernih....aku kerisauan je kalau gi tapi menghampakan takut cuaca tiba-tiba je berubah...my hubby kata jom je la pergi untuk mencuba nasib....

dengan konvo 3 kereta kami nekad ke Sungai Gabai Hulu Langat....hampir 1 jam lebih punya perjalanan baru la sampai ke sana...anak-anak buah aku masing-masing tak sabar nak sampai tempat tu...siap kata kenapa jauh sangat tak sampai2...hehe..bebudak punye penangan...

sepanjang perjalanan ke sana, kami melalui Batu 14 Hulu Langat tempat kejadian berlakunya tanah runtuh pada 21 Mei yang lalu..tapi tak la lalu ke tempat kejadian, cuma lalu la Felcra Semungkis tu dan lalu la jugak kawasan Lembah Azween tempat penempatan sementara tu....baru aku perasan Sungai Lui...tajuk lagu femes Aizat tu...padahal aku pernah je lalu nak ke sungai gabai ni dulu tapi tak pernah perasan pun nama Sungai Lui...tapi bile lagu tu femes baru la perasan nama Sungai Lui tu...huhu...


kami sampai di Sungai Gabai jam 2.45 petang...punye seksa la nak dapat parking....tapi rezki menyebelahi kami dengan berkat kesabaran dapat jugak la parking...


apa lagi bila tikar sudah dibentang, masih-masing sudah kebulur kelaparan setelah melalui perjalanan yang jauh...yang anak-anak buah aku plak tak sabar nak terjun sungai...diorang takmo makan, katanya kenyang...sabar jelah....


anak-anak buah aku mandi macam tak pernah jumpa air...badan mengigil, mengeletar dan bibir dah tukar jadi biru pun takmo naik...diorang fikir yang air sungai tu akan hilang bila diorang naik makan..huhu...

sampai satu tahap, masa diorang dah kesejukan dan kelaparan, diaorang naik jugak makan....makan laju-laju dan tak sabar nak turun balik ke sungai...sabar jelah...nasib baiklah cuaca elok dan cerah semasa kami berada di sini...alhamdulilah...

puas pujuk anak-anak buah ajak balik...semua takmo naik termasuk la si nisa....seronok sungguh diorang main air...bukan anak buah je takmo naik, adik dan my hubby pun masih tak puas mandi...hehe..

jam 4.45 petang kami berangkat pulang...insya'allah kami akan datang lagi...yang pasti, pasni anak-anak buah aku akan tuntut untuk ke sini lagi...memang benar kata orang kalau perancangan tidak dirancang selalunya menjadi...kalu dirancang macam-macam halangan yang akan muncul...

02 June 2011

711 : taHniah atAs kejaYaan...

entry ni sepatutnya aku tulis masa bulan Mei yang lalu tapi disebabkan kesibukan yang melampau dan kamera yang tertinggal di rumah mak membuatkan entry ini aku tulis pada hari ini....


aku nak ucapkan ucapan tahniah kepada adik aku Suraya yang telah mendapatkan ijazah sarjana muda perakaunan nya pada 19 Mei 2011 yang lalu pada sesi konvo ke 74 di UITM Shah Alam...


aku dan mak aku menghadiri hari konvokesnyen di DATC iaitu di Dewan Agong Tunku Canselor...dewan baru dan bangunan baru membuatkan aku dan mak beku di dalam tu...hari tu ramai plak yang menerima ijazah dan diploma yang melibatkan 3 fakulti...rasa kebas semua kaki-kaki ini dibuatnya...yang pastinya aku dan mak aku keluar awal dari dewan setelah adik aku selesai menerima ijazahnya...aku dan mak gi merayau di pesta konvo yang diadakan...nak cari sourvenier katanya...huhu...


aku plak rasa tak sabar nak abis...aku akan tuntut dengan my hubby dan adik aku ni masa aku konvo bulan September ni nanti...aku nak bear besar punye...hehe...nak bear sebesar aku...haha...tak bole blah punye permintaan...yelah bukan senang nak dapatkan ijazah setelah banyak pengorbanan yang aku lakukan...mesti la nak dapat yang special gift kan especially my hubby...hehe...

apa-apa doakan aku berjaya untuk menempuh lagi sebulan perjalanan aku sebagai student...rasa sedih, perit, letih semuanya ada...bercampur gaul gitu...hidup perlukan pengorbanan...dan pengorbanan itu akan membuahkan hasil pada masa hadapan...insya'allah...