Terima Kasih Sahabat

07 June 2011

713 : berakhir kehidupan sebagai??

tajuk kat atas tak boleh blah punye!!!heheh...namun itu yang aku nak ceritakan sepanjang perjalanan menjadi seorang pelajar...

berakhir kehidupan sebagai seorang pelajar jarak jauh eksekutif...iaitu pelajar dan dalam masa yang sama bekerja...bekerja di waktu pejabat dan kelas selepas waktu pejabat iaitu bermula 7 hingga 10 malam...setiap hari isnin hingga jumaat...

itu la kehidupan yang aku lalui selama 2 tahun setengah...rase cam tak caya je semalam berakhirnya kehidupan aku sebagai pelajar di waktu malam....masa nak mula kelas pada September 2008, macam-macam perasaan yang bermain di minda...penat ke tak?mampu ke aku nak belajar lagi coz umur pun dah nak lanjut masuk 30-an?mampu ke aku nak membahagikan masa untuk husband dengan nak buat esemen...bermacam-macam perasaan yang bergelodak di jiwa ketika itu...

akhirnya pejam celik pejam celik selama 2 tahun setengah kehidupan aku sebagai seorang pelajar akan berahir tidak lama lagi...yang pastinye kelas malam yang aku hadiri setiap hari telah berakhir malam tadi...kelas terakhir malam tadi adalah kelas teori sains komputer.....sudah tiada kelas malam lagi...

kelas akan berakhirnya sepenuhnya pada sabtu 18 Jun 2011...selepas itu aku akan menghadapi final exam dan akhir sekali presentation untuk projek akhir...

aku tak boleh nak bayangkan bagaimana kehidupan aku jika aku bukan student lagi...jika sekarang berhempas pulas ke kelas, menyiapkan assignment dan projek akhir...jika dah takde kelas apa la aku nak buat ye...aku dah tak ingat macamne kehidupan aku sebelum bergelar seorang pelajar....maybe aku akan isikan masa lapang malam ku dengan benda yang berfaedah seperti pergi ke kelas agama untuk memantapkan apa yang kurang selama ini dan yang pastinya aku nak tumpukan perhatian pada my hubby yang sekian lama aku abaikan lupakan untuk sementara waktu...bukan lupa namun aku nak spend kan masa dengannya dengan lebih banyak lagi setelah banyak pengorbanan telah dia lakukan untuk aku....

hope aku dapat capai apa yang aku idamkan selama ini...setelah banyak pengorbanan yang telah aku lakukan, hope ianya akan mendatangkan hasil dan berbaloi, insya'allah...yang pastinye bukan mudah untuk menjadi seorang pelajar dan dalam masa yang sama perlu memegang tanggungjawab sebagai isteri, anak dan pekerja yang berdedikasi...perlu mental, fizikal dan emosi yang kuat untuk menghadapi segala dugaan serta rintangannya....

alhamdulilah akhirnya status pelajar jarak jauh eksekutif akan berakhir tidak lama lagi...hope aku akan berjaya melakukannya sehingga ke titisan darah yang terakhir...huhu...

5 comments:

Aimi dan Pakcik Hashim said...

tabahnya belajar lg time keja
kalau aku... x sanggup

kakLuna said...

saya yang belajar tak sampai setahun ni pun rasa penat nya inikan pula risa belajar 3 tahun. mmg tak sama rasanya blaja time bujang dgn time dh kawin dan beranak (ni baru anak sorang).tapi sbnrnya itu cuma alasan kan..pdhl org lain ada yg anak berderet leh buat PHD..kita yg agak 'free' ni banyak pulak songel nya,kan? hehe. apapun tahniah risa..semoga langkah seterusnya semakin mudah dan cerah...

risanur said...

aimi >> lain org lain pengorbanan yg perlu dilakukan...

kakluna >> tq luna..gud luck to luna juga, u can do it..

Mr PenyuBiru said...

good luck tuk exam tu yer. syok plak tgk org sambung belajar yer.

Anonymous said...

gud luck kak sa utk final exam...n tahniah dah tamat belajar..moga dpt result gempak... take care


-Shahru-