Terima Kasih Sahabat

21 June 2011

720 : majlis pelancaran portal rasmi KPWKM

21 Jun 2011 (Selasa) jam 10.00 pg di Dewan Nur KPWKM telah berlangsung satu majlis pelancaran portal rasmi KPWKM...

alhamdulilah apa yang dirancang dari awal bulan hari tu telah berjalan dengan lancar walaupun last minute telah bertukar tangan orang untuk melancarkan majlis ini...sepatutnya Dato' KSU namun petang semalam baru mengetahui yang KSU ada hal di Parlimen dan telah diganti dengan TKSU (S) iaitu En. Harjeet...

BPM KPWKM sebagai hos bagi acara majlis pelancaran ini telah membahagi-bahagikan tugas masing-masing di kalangan staf BPM agar semuanya berjalan lancar...aku, ika dan pn. noraini ditugaskan untuk AJK makanan...perlu memastikan penempahan makanan, minuman serta dewan untuk majlis itu dijalankan berjalan dengan lancar...nampak cam mudah tapi yang susahnya kena berinteraksi dengan Bahagian Khidmat Pengurusan untuk penempahan makanan dan dewan...


namun segalanya berjalan dengan lancar...kami yang perempuan sepakat untuk memakai pakaian yang sedondon iaitu baju sponspor sendiri korporat kami yang kami buat tahun lepas...yang bestnya semua tetamu memuji baju yang kami beli di gulatis jalan TAR ini cantik...rasa bangga sekejap...bagus kak limah punye pilihan...tahun ni kita nak buat warna apa plak kak limah???yang lelaki plak memakai baju putih, berkot dan tali leher merah...

montaj dan gimik semuanya berjalan dengan lancar dengan bantuan pembekal kami...alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar...setelah selesai apa lagi kami semuanya yang perasan artis telah bergambar kenangan bersama-sama...tapi selalunye memang susah nak dapat semua staf BPM ni sekali semua...kali ini ada 3 orang yang takde iaitu pn. noraini, fatimah dan shahir...susah betul nak melengkapkan staf BPM ni bersama-sama kerana masing2 ada komitmen yang perlu dilakukan...


Tahniah kepada semua staff BPM KPWKM kerana berjaya menjayakan majlis pelancaran portal rasmi KPWKM ini...

No comments: