Terima Kasih Sahabat

12 July 2011

727 : jerebu datang lagi...

dah 2 hari nak kuar gi keja tengok pemandangan macam nak hujan pun ada, mendung pun ada, rasa gelap je...padahal jam dah menunjukkan pukul 710 pagi....confrim2 dah habis waktu syuruk dan matahari pun dah patut menjenguk muncul....

bila bernafas rasa tak sedap je...rasa tersumbat dan nafas rasa cam semput...yang lagi satu pengudaraan macam bau something terbakar je....yang pastinye jerebu sudah kembali datang lagi melanda Kuala Lumpur...

baru kejap tadi gi bank, memang sah-sah la jerebu....coz nampak mendung pastu udara tak sedap....aku tak suka jerebu....coz membuatkan nafas rasa sesak je...kesian kat mereka yang ada asma dan lelah....kita yang normal ni pun rasa cam nak bernafas susah, lagi susah bagi mereka yang berpenyakit....

yang paling aku geram masa jerebu, ramai lagi yang membakar sampah...terutama di kawasan perumahan aku...ntah apa yang dibakar ntah la...nak bakar nyamuk aku rasa ada je kes demam denggi kat kawasan setiawangsa tu....setiap minggu aku dengar orang akan datang fogging...memang tabiat orang suka membakar ni susah la...lagi ditegur dan dinasihat lagi membakar...aku memang sakit hati betul coz abis baju yang aku basuh bau asap...punye la nak wangi kan baju aku sanggup boh downy tu....tapi bila asap dah naik satu umah bau downy pun hilang...sabar jelah...

Sumber : Wikipedia.....

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:

* Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
* Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
* Iritasi di mata serta mata yang merah
* Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

* Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
* Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
* Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
* Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
* Selalu minum air
* Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Oleh itu, jangan la nak kuar umah di waktu jerebu ini....dok umah dan terperap je la...huhu...

3 comments:

Kapten Atok said...

patutlah mendung
tak tau

kueh bakar said...

jum masuk kontest...

'kau tercipta hanya untuk diriku' cam best jer...cer citer.cer citer..hehehe

risanur said...

kapten atok >> tau takpe...

kueh bakar >> ada contest??hadiah menarik tak??