Terima Kasih Sahabat

19 July 2011

729 : pengorbanan yang tidak terhingga...


alhamdulilah segalanya sudah selesai dan berakhir setelah banyak pengorbanan yang telah dilakukan...pengorbanan yang berbaloi untuk masa hadapan...insya'allah....


banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh aku serta ahli family aku serta kawan-kawan....antara secara langsung atau tidak langsung....yang pastinya aku sendiri seperti tidak sangka kehidupan aku seorang pelajar eksekutif sudah berakhir jua akhirnya pada 15 Julai 2011 lalu....masa yang diambil selama 2 tahun setengah....masa mula-mula study dulu rasa boleh ke aku nak abiskan pengajian ini...tapi bila dah abis rasa macam betul ke dah 2 tahun setengah....hanya Allah saja yang mengetahui perit getir dan dugaan yang perlu aku hadapi segalanya....


dugaan dari semua segi....mental, emosi, fizikal dan nurani....yang pasti fizikal adalah dengan tidak cukup tidor, letih untuk menyiapkan assigment, projek dan exam...dari segi mental dan emosi plak, pelbagai dugaan yang harus aku tempuhi....dugaan yang amat dasyat daripada kekawan dan alam sekeliling...adakalanya aku rasa dah give up sangat....aku masih ingat lagi, dugaan emosi yang paling hebat aku terima masa sem 7 yang lalu....rasa dah give up sangat dengan perangai manusia yang perlu aku layan...semua perasaan kekawan aku perlu jaga sehingga perasaan aku sendiri takde sapa yang peduli...nasib baik aku mempunyai suami yang memahami masalah aku ketika itu...hanya Allah saja yang tahu segalanya....
untuk semester akhir ni plak, dugaan nya adalah projek akhir dan subjek untuk semester akhir ini maha teramat sukar....aku hanya mohon agar subjek yang aku amik untuk semester ini lulus pun dah alhamdulilah...betul orang kata lagi nak abis lagi banyak dugaan nya...


aku ingin membuat dedikasi jutaan terima kasih (rasa cam dalam anugerah plak) ini terutamanya istimewa untuk :
  • my hubby tersayang
yang terlalu banyak sangat pengorbanan yang dilakukan terhadap aku, memahami ketika aku sedang stress, menemani ketika aku menyiapkan assigment  exam dan projek...menghantar dan mengambil aku setiap malam dari kelas..dan berkorban apa sahaja untuk aku berjaya...jasamu tidak akan aku kulupa sehingga bile.-bile...hanya abang yang memahami isi hati ini...thanks a lot...insya'allah pas ni kita cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan apa yg kita perlu kan pulak ye...iaitu cahaya mata...kita perlu berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu...huhu...
  • my family (mak, bapak dan adik beradik)
aku juga ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada my family yang mendoakan agar aku berjaya untuk menghabiskan study ini...setiap kali nak exam aku akan telefon mak aku untuk mendapat restu dan doa dari mak aku...itu yang amalkan dari zaman aku bersekolah sehingga dah berkawin...restu seorang ibu kan bukan senang nak diperolehi...mak juga memahami aku apabila berminggu2 tidak datang ke rumahnya kerana kesibukan menyiapakan assigment atau sedang menghadapi exam...tima kasih mak kerana memahami anak mu ini.. 

  • mak dan abah mertua
aku ingin mengucapkan terima kasih kerana mengambil berat ketika aku dalam study dan kerana memasak kan untuk suami aku ketika aku dalam kesibukan teramat sangat..
  • kekawan seperjuangan
tima kasih kepada semua kekawan yang banyak membantu dalam study, assignment dan projek...especially aku nak ucapkan terima kasih kepada study group aku dari sem 1 hingga akhir iaitu kak ct meriam, khairi, ejat, pidut, ina dan kak ila...jasa u all akan ku kenang sehingga bile…tak sabar nye nak grad bersama-sama nati...
  • kekawan opis
tima kasih kepada semua kekawan opis yang memahami ketika aku sibuk menyiapkan assigment...tima kasih jugak sokongan moral yang diberikan selama ini...

kini kehidupan aku sudah jadi seperti dahulu...kekadang aku rasa begitu pelik dan sunyi sangat terutamanya ketika waktu malam...yelah dulu aku akan pulang ke rumah pada 10 malam ke atas...kini aku akan berada di rumah jam 6 petang...tiba-tiba je aku rasa lama ye dok kat umah walaupun semua kerja umah aku buat....yang pastinye aktiviti waktu malam aku sekarang menonton tv dan surfing internet....huhu...sehingga aku tak tahu apa yang aku nak surf apa lagi...

hope aku dapat adapt kembali suasana ini..lagipun bulan pose tak lama lagi...dapat la aku beramal ibadat setelah beberapa tahun ini dengan kesibukan yang maha melampau...huhu...insya'allah...

3 comments:

pB said...

tahniah RisaNurrrrr



tahniah



Selamat Berehat rehat

risanur said...

pB >> tima kasih kak..mmg tengah berehat sokmo sampai bosan ni...

kueh bakar said...

insyaallah..