Terima Kasih Sahabat

31 August 2011

742 : Selamat Hari Raya...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin...

Berhati-hati di jalanraya semasa pulang ke kampung...
ingat insan yang tersayang...

Salam Aidilfitri...
moga ceria dan gembire di hari mulia...

25 August 2011

741 : Wanita Penjalin Perpaduan...

Selamat Menyambut Hari Wanita kepada mereka yang bergelar wanita di Malaysia pada hari ini....

sambutan Hari Wanita akan disambut di Dewan Merdeka, PWTC hari ini pada jam 11 pagi...akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri...

sesapa yang berkelapangan sila-sila la ke PWTC...aku tolong promosikan ye...

Tema Hari Wanita 2011 "Wanita Penjalin Perpaduan"....

23 August 2011

740 : Ifftar di Sheraton Imperial Hotel KL...

Alhamdulilah petang semalam aku dan kawan-kawan pejabat berbuka pose di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur...rezki tajaan di bulan pose gitu...kalu nak bayar sendiri memang tak dapat la...mengigil tangan nak membayarnya...rezki jangan ditolak...

rak menyediakan manisan dan kek...



stimbot...


menu buffet di Hotel Sheraton ini masakan ala Melaka iaitu ala Nyonya gitu....macam-macam ada jenis makanan dan minuman yang ada...rasa tak terpilih...semuanya nak dirasa...ada asam pedas Melaka, stimbot, masakan india, sushi, manisan dan buah-buahan...yang cantiknya semua makanan di atur dengan begitu menarik...yang bestnya tempat mengambil manisan diletakkan seperti di bilik pameran...unik dan menarik...nak amik pun takut je coz takut display...

alhamdulilah perut tak meragam walaupun masuk dengan macam-macam makananan...yang best asam pedas melaka ye...kita pilih apa yang kita nak pastu kita soh chef kat situ masak...memang marveles la...

hari ini opis plak KPWKM akan berbuka pose dengan warga kerjanya di Dato' Onn...dimeriahkan dengan majlis khatam Al Quran, nasyid, majlis berbuka pose, sumbangan kepada pekerja untuk kumpulan sokongan II dan solat terawih....

22 August 2011

739 : Iftar di JM Beriani House...

alhamdulilah apa yang dirancang minggu lepas iaitu berbuka puasa dengan kawan segroup UKM berjaya jugak walaupun last minute tukar tarikh...kami rancang pada Khamis tapi last minute ditukar pada hari Rabu (17 Ogos 2011)...thanks kawan-kawan atas kehadiran dan komitmen masing-masing...kami beriftar di JM Beriani House Wangsa Maju...hujan lebat yang teramat sangat dan diikuti dengan jalan sesak kerana hari Nuzul Quran...macam2 dugaan namun perjumpaan berjaya juga dilakukan...

aku, kak ct meriam, khairi, ejat dan pidut....

kami berlima memang dari semester 1 hingga 8 akan bersama jika ada assignment atau projek yang melibatkan kumpulan...kami dah serasi bersama dan seotak gitu sekepala ....kak siti meriam, khairi, ejat, pidut dan aku akan bersama sekumpulan...orang lain tak boleh kacau gitu...haha...dah dicop mohor dari semester 1 hingga akhir semester...alhamdulilah...

nasi beriani yg marveles...
lauk kambing...

memang masa presentation projek akhir hari tu, memang kami dah rancang akan buka pose sama...aku yang arrange dan yang bg suggestion tempat kak siti...memang senang nak arrange dengan kawan2 ini...senang je dan tak banyak karenah....pasni kami rancang nak berkumpul masa hari raya iaitu sebelum hari konvo....


mee bandung muar...

yang pasti buka pose hari tu gamat coz banyak kenangan masa study yang diimbas kembali...macam tak caya je bila study dah habis...rasa sekejap saje dah 2 tahun setengah....selalunya masa study kami akan berbuka pose sama di cafe....rindunya saat-saat nak buka pose di cafe PKP UKM...kenangan lalu yang tidak akan berulang kembali...hanya bermain di memori masing-masing....

3 jejaka dalam kumpulan kami...

pasni akan berjumpa masa hari raya tapi tak tau di mana lagi...thanks kawan2 atas segala kerjasama yang diberikan....semoga kita semua akan berjaya dan hubungan antara kita tidak akan terputus walau masing2 dah ada kerjaya masing2...insya'allah...

17 August 2011

738 : Ifftar 16 Ramadhan 1432...

Alhamdulilah apa yang dirancang oleh aku dan kawan opis aku menjadi untuk berbuka puasa di luar...kami pergi bertiga saje dan tempat yang dituju di Kanpung baru Kuala Lumpur....selama ini kami tak pernah merancang untuk berbuka puasa di luar kerana aku ini student...that why tahun ini dah plan awal-awal...hehe...thanks pada ika dan jie yang sudi join plan aku ini...tanpa mereka memang tak menjadi la...

ikan kerapu masak 3 rasa...


tomyam campur...

kerabu mangga, telur dadar, sambal belacan..

walaupun bertiga namun kemeriahannya tetap terasa...kami bertiga order makanan tomyam campur, kerapu tiga rasa, kerabu mangga dan telur dadar...pilihan kami bertiga dan makanannye memang marveles la...kami berbuka di Johan Seafood berdekatan dengan restoran kapal....aku baru la tahu kat mana kedudukan restoran kapal yang selama ini digembar gemburkan dikatakan sedap di Kampung Baru untuk makan western...akan aku cuba tapi tak tau bile...punye la ramai orang yang makan di restoran kapal tu....patutla orang panggil restoran kapal coz memang menyerupai kapal...haha...memang lawak la aku ini coz kata je orang KL tapi hampes dot com....huhu...tak tau tempatnye padahal laluan aku selalu gi keja setiap hari dengan my hubby....tu yang aku nak gelak besar tu... 

selepas berbuka, kami solat maghrib di Masjid Jamek Kampung Baru baru la pulang ke rumah....tapi aku bukan pulang ke rumah tapi pergi shopping dengan my hubby di Aeon 2 Setiawangsa....hehe...

15 August 2011

737 : menu berbuka puasa...

dah 15 ramadhan hari ini namun aku takde entry pun pasal makanan untuk puasa kali ini...oleh itu kali ini aku punye entry berkisar pasal makanan yang aku masak sejak dari hari pertama hingga semalam...

mee goreng...

alhamdulilah sejak hari pertama hari itu aku masak untuk menu berbuka puasa...walaupun simple tapi aku berpuas hati sebab dah 2 tahun aku biarkan my hubby makan keseorangan semasa berbuka puasa kerana aku study...namun untuk tahun ini aku akan cuba masak walaupun kekadang tu terlajak jugakla...aku nak tunjuk skill memasak aku...haha..rasa nak muntah plak kan...kalu diri sendiri tak puji sapa plak nak puji kan..hehe...

sambal udang, bendi goreng dan ikan goreng...

aku ini salah sorang yang tak suka pergi pasar ramadhan coz aku akan blur nak beli apa...aku jadi blur dan beku je bila tengok makanan yang terlalu banyak...maybe aku ini cerewet kot...ada sekali aku gi pasar ramadhan aku boleh tak beli apa-apa pun....memang lawak la...aku tengok orang membeli sampai tak cukup tangan...aku plak tak bawa apa-apa....

ikan bawal masak kacang panggang..

aku ingat lagi masa hari pertama ramadhan tu aku masak mee goreng...aku masak sambal ikan, sambal udang, ayam masak merah, ikan goreng...yang pastinye ada main course dan sayur...asalkan ada lauk untuk berbuka...alhamdulilah my hubby plak tak cerewet kan...semalam je aku terlebih rajin dan teringin sangat nak makan kuih badak berendam...aku membuatnya dan membawanya ke rumah my twin...seronok aku tengok anak buah aku makan...dia kata sedap kuih tu...rasa bangga kan...hehe... 

sambal udang...my faveret...

insya'allah selagi aku ada idea nak masak aku akan cuba masak....kalu dah blur tu aku akan ajak my hubby berbuka juga di luar...ubah angin gitu...hehe....kekadang tu ada juga rasa jemu nak berbuka kat umah kan...haha...

ayam masak merah...

jangan marah ye kalu ada yang meleleh air liur melihat variasi makanan di sini...huhuhu...

kuih badak berendam....

11 August 2011

736 : alhamdulilah....

alhamdulilah....akhirnya aku berjaya juga menghabiskan pengajian degree aku selama 2 tahun setengah sebagai part time student....pelbagai dugaan dan onak duri yang ditempoh selama itu...kalu ikutkan hati macam nak surrender pun ada jika terlalu tensen dan stress ketika itu... menitis air mata ini ketika melihat keputusan semester akhir aku 2 hari semalam....hanya Allah saja yang tahu betapa bersyukur nya kerana segala usaha selama ini telah berbayar...

alhamdulilah kerana aku berjaya tamat pengajian dengan kepujian....segala pengorbanan aku dan my hubby berbaloi, alhamdulilah... rasa tak sabar nak konvo plak pada 24 september ni...rasa tak caya je aku dah abis study...huhu....

09 August 2011

735 : anak buah baru...

alhamdulilah my twin dah selamat melahirkan baby boy, anak dia yang keempat pada Jumaat lepas iaitu 5 Ogos 2011 pada jam 2.50 pagi di HKL...punye la aku sibuk sampai hari ni baru aku nak kuar kan entry pasal anak buah aku ini...huhu...tapi yang pasti nya hari pertama baby ni lahir aku dah gi tengok walaupun kesibukan sesangat....aku gi umah mak kerana my twin ada kat sane...sonok je aku tengok bila baby baru lahir ni....bila la plak aku akan menikmati saat-saat cam gini ye...hanya Allah sahaja yang tahu segalanya....aku hanya merancang namun Allah yang akan menentukannya...


yang pastinye anak buah aku ini masih belum bernama lagi...punye la susah nya mak dan ayah dia nak mencari nama....coz pelbagai cadangan yang kuar dari pelbagai pihak....sehinggakan kepeningan mereka untuk membuat pilihan....tambahan plak abang-abangnya telah bersekolah dan diorang pun memberi cadangan nama....yang aku tak bole diorang nak namakan adik diorang ni dengan nama pemain bola sepak Malaysia...sehinggakan nama Harimau Malaya pun keluar gara-gara nak mencari nama berpangkal huruf H....kitorang punye gelak besar la...pengaruh bola sepak katanya...kita tunggu je la nama baby baru ni...skrg just panggil adik atau baby je la....yang pasti kedua-dua neneknya nak ada nama Ramadhan kerana lahir pada bulan Ramadhan gitu...


aku suka sangat dengan gambar ini...dah macam anak burung cari makanan..hehe...aku nak amik pict dia masa mata dia terbuka tapi tak pernah nya dapat...coz bila pandang je flash confirm matanya akan tertutup...sabar jelah....pict yang aku amik ni masa umur dia 3 hari di dunia....


gambar ini plak masa dia baru je lahir dalam masa 20 jam setelah dilahirkan di muka bumi...kiut je kan kalu muka baby baru lahir...suci dan bersih je tanpa ada sebarang noda....hope anak buah aku ni akan menjadi anak yang soleh dan mithali serta dapat berbakti pada mak dan ayahnya....


hubby aku yang terlalu kepinginkan sorang anak dalam rumah tangga kami...moga kami dipermudahkan untuk memperoleh cahaya mata...my hubby tengah amik aura anak buah aku ini....insya'allah moga ada rezki untuk kami berdua....

02 August 2011

734 : rendang daging ala minang..

alhamdulilah hasrat aku untuk masak rendang daging ala minang untuk diberikan kepada mak, mak mertua dan jiran-jiran untuk bersahur tercapai jugak...walupun masak rendang ini agak remeh lama namun aku gagah kan juga walaupun hari Sabtu tu aku dah bertungkus lumus memasak lauk kenduri tahlil...aku dibantu oleh chef my husband...


aku mula memotong semua bahan-bahan pada pukul 2 petang dan mula menumis pada jam 3.30 petang....kali ini aku masak rendang ni memang lama giler ...aku pun tak tahu kenapa dagingnya  jadi cam gitu walaupun dah boh air banyak pun masih liat...samai pukul 9.00 malam juga la sampai aku dan my husband memasaknya, agak give up jugak la...tapi nak buat camne kan...kami dah buat yang terbaik mungkin...

aku siap bgtau kat mak dan mak mertua aku yang daging dia agak liat sikit...almaklumla orang tu akan...mana la ada gigi nak kunyah lama-lama...alangkan gigi yang muda ni pun sakit jugak nak mengunyahnye...hehe...masak next time kena amalkan petua orang tua-tua iaitu bubuh daun nangka dalam masakan, baru daging tu cepat empuk...huhu...

apa-apa pun alhamdulilah hasrat aku dan my hubby nak beri pada family dan jiran-jiran  untuk bersahur kesampaian...

01 August 2011

733 : Kenduri Tahlil...

Malam Sabtu lepas, mak dan mak lang aku buat kenduri tahlil dan sempena sambut bulan Ramadhan yang akan datang...kami masak sendiri je coz tak ramai pun jemputan...cuma orang surau dalam 20 orang, saudara mara dan jiran-jiran sekeliling...

kari daging...

 sambal udang petai...


ayam masak berempah..

jelatah timun nenas


lauk pada malam tu adalah kari daging, ayam masak berempah, sambal udang, jelatah timun nenas, sambal tempoyak dan ulam-ulaman...alhamdulilah orang-orang surau datang pas solat Isyak...mereka makan dengan penuh berselera gitu...tercapai gak hasrat mak lang aku nak buat kenduri tahlil di rumah...selalunya mak lang aku akan beri duit ke surau atau masjid...cuma kali ini dia berniat sangat nak wat kat rumah....



yang bestnya bila ada kenduri macam gini, bila dapat berkumpul dengan sanak saudara...dapat berborak dengan sepupu-sepupu dan saling kenal mengenal anak-anak buah masing-masing...walaupun sekejap namun puas...kalu tak memang susah la nak berjumpa kerana kesibukan masa bekerja...

walaupun penat memasak dan mengemas namun aku puas dapat menunaikan hasrat dan niat mak lang aku...aku sendiri cam tak caya je mak dan mak lang aku serahkan untuk aku yang memasak...haha...macam lawak je kan...tapi alhamdulilah dapat juga aku masak menu yang dipilih oleh mak lang aku...cam tak caya je aku bole masak macam gitu kan...hehe..