Terima Kasih Sahabat

01 August 2011

733 : Kenduri Tahlil...

Malam Sabtu lepas, mak dan mak lang aku buat kenduri tahlil dan sempena sambut bulan Ramadhan yang akan datang...kami masak sendiri je coz tak ramai pun jemputan...cuma orang surau dalam 20 orang, saudara mara dan jiran-jiran sekeliling...

kari daging...

 sambal udang petai...


ayam masak berempah..

jelatah timun nenas


lauk pada malam tu adalah kari daging, ayam masak berempah, sambal udang, jelatah timun nenas, sambal tempoyak dan ulam-ulaman...alhamdulilah orang-orang surau datang pas solat Isyak...mereka makan dengan penuh berselera gitu...tercapai gak hasrat mak lang aku nak buat kenduri tahlil di rumah...selalunya mak lang aku akan beri duit ke surau atau masjid...cuma kali ini dia berniat sangat nak wat kat rumah....



yang bestnya bila ada kenduri macam gini, bila dapat berkumpul dengan sanak saudara...dapat berborak dengan sepupu-sepupu dan saling kenal mengenal anak-anak buah masing-masing...walaupun sekejap namun puas...kalu tak memang susah la nak berjumpa kerana kesibukan masa bekerja...

walaupun penat memasak dan mengemas namun aku puas dapat menunaikan hasrat dan niat mak lang aku...aku sendiri cam tak caya je mak dan mak lang aku serahkan untuk aku yang memasak...haha...macam lawak je kan...tapi alhamdulilah dapat juga aku masak menu yang dipilih oleh mak lang aku...cam tak caya je aku bole masak macam gitu kan...hehe..

4 comments:

Kapten Atok said...

mak aih
tergoda nampak gambar

risanur said...

Kapten Atok >> memang sengaja nak bg orang tergoda tengok gambar makanan...hehe

Faaein Talip Roy said...

perghh... bestnya tengok makanan..

selamat menjalani ibadah puasa... =]

Muhaimin said...

Nasib baik pagi lagi fuhh ;p.