Terima Kasih Sahabat

30 September 2011

755 : Selamat Hari Lahir Sayang...


33 tahun yang lalu seorang ibu telah selamat melahirkan sepasang kembar perempuan sulung pada jam 11.57 pagi di Hospital bersalin Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah vacuum....walaupun ibu tersebut pengsan tidak sedarkan diri selepas kelahiran tersebut, namun kelahiran tersebut disambut dengan air mata gembire kerana kelahiran anak yang dinantikan selama ini....

aku bersyukur pada Mu Ya Allah aku dan kembar ku, masih bernyawa sehingga ke tarikh keramat lahir hari ni...aku sujud syukur pada Mu kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan mengharungi kehidupan ini dengan penuh semangat, Insya'allah....

Selamat hari lahir untuk aku dan kembar aku iaitu Sarina...moga kita akan dipanjangkan usia, dimurahkan rezki dan ceria sepanjang hidup ini...moga kita akan dapat membalas segala jasa kedua ibu bapa kita yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kita sehingga kini...dan moga segala apa yang kita idamkan dan inginkan akan dipenuhi oleh Allah insya'allah...

 Selamat Hari Lahir untuk diri ku ini sendiri...moga aku akan dapat memperolehi seorang cahaya mata yang amat aku dan suami aku inginkan selama ini...moga aku dapat mengembirakan suami aku yang telah banyak berkorban untuk diri ku ini...moga rumahtangga kami akan bahagia untuk selamanya...moga kasih sayang kami akan kekal hingga ke hujung nyawa insya'allah :)

29 September 2011

754 : kebekuan idea...

nak menulis namun tiada idea yang hendak dibebelkan...tapi rasa nak menulis dan berceta...tapi otak tak boleh nak fikir apa yang hendak ditulis...aku jeles tengok kekawan yang selalu dan hampir setiap hari update blog...ada je idea dan cerita yang hendak ditulis...huhu....jeles sangat2....

moga esok2 aku akan dapat idea untuk menulis walaupun satu entry haha...hope malam ni dapat mimpi yang indah2 untuk aku coretkan esok...hehe...gila punye paksa otak nak menulis...haha...

26 September 2011

753 : akhirrnya...

 alhamdulilah akhirnya tarikh keramat yang dinantikan selama ini telah tiba....tanggal 24 september 2011, jam 5.05 petang aku telah selamat dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian (Sains Komputer)...



setelah hampir 2 tahun setengah usaha aku untuk mengenggam segulung ijazah telah berhasil....aku menitis air mata gembire semasa di dalam Istiadat Konvokesyen ke 39 UKM...aku tidak sangka pengorbanan yang telah banyak aku lakukan telah berjaya aku raih....rasa tidak percaya pun ada jugak....namun ianya telah menjadi kenyataan....alhamdulilah hanya pada Mu Ya Allah aku sujud syukur pada Mu...

aku berasa puas kerana ketika umur aku 33 tahun aku telah mendapat segulung ijazah yang menjadi impian aku selama ini...walaupun terlambat dari orang lain namun yang pastinya aku puas...kerana hasil usaha aku selama ini telah berjaya...segala onak duri, jerih perih aku telah melaluinye dengan hati yang tabah dan sabar serta semangat yang tinggi...



aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada suami tersayang yang telah banyak berkorban untuk aku selama ini...suami yang telah banyak beri aku semangat ketika aku stress dan down bila aku dapat keputusan periksa yang kurang memuaskan...suami aku yang banyak memahami saat aku bergelar seorang pelajar dan merangkap sebagai isteri serta pekerja....dia memahami ketika aku kepenatan dan keletihan kerana perlu menyiapkan segala assignment dan projek akhir aku...dia juga la yang akan menemankan aku study ketika aku menghadapi peperiksaan...dia yang telah banyak berkorban dan memahami aku selama ini...thanks abang kerana memberi sokongan padu dan berkorban segalanya untuk aku hingga aku mendapat segulung ijazah....



terima kasih juga aku ingin mengucapkan pada family aku terutama mak tersayang...menitis air mata aku ketika mak mengucapkan ucapan tahniah dan memeluk aku setelah habis konvo...doa dan restu mak yang tidak tidak terhingga kepada aku...doa mak sentiasa mengiringi aku sepanjang aku study...aku akan telefon mak setiap aku nak periksa agar mendoakan kejayaan aku....tima kasih mak....





terima kasih juga aku nak ucapkan kepada kekawan study aku terutamanya kak siti meriam, ejat, khairi dan pidut...mereka ini la kumpulan study aku dari semester 1 hingga semester akhir....segala assigment, projek kumpulan dan study masa exam kami akan melakukan bersama-sama....aku bersyukur kerana mendapat kawan-kawan yang satu kepala dan memahami antara satu sama lain...memasing tahu tanggungjawab yang perlu dilakukan jika ada tugas yang perlu dilakukan...tima kasih semua...akhirnya dapat juga kita konvo bersama-sama walaupun ada juga yang dah give up separuh jalan...namun semangat yang kuat kita berjaya akhirnya...

dan terima kasih juga kepada tenaga pengajar aku selama ini...tanpa mereka, aku tidak akan berjaya...tima kasih diucapkan kepada Dr. Yaz, Dr. Zalinda, Pn. Noor, Dr. Juzai, Dr. Mad Jan, En. Zamri, Mr. Hamza, Dr. Juana, Dr. Suhaila, Dr. Masri, Dr. Elan, Pn. Rozilah, Dr. Malek, Dr. Patel, Pn. Hanani, Pn. Syarifah, Dr. Zawiyah, Ustaz Hasnan, En. Nazri dan beberapa orang pensyarah yang dah aku lupa nama nye...tanpa kalian kejayaan aku ini tidak bermakna...

aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana telah mengatur langkah hidup ku ini...aku hanya merancang dan Kau yang menentukan segalanya berjalan dengan lancar....setelah berusaha dan berdoa akhirnya aku berjaya memiliki segulung ijazah yang menjadi citi-cita dan impian aku selama ini...alhamdulilah...

23 September 2011

752 : falling in love..

malam-malam yang syahdu ni kita layan lagu Dato' Siti Nurhaliza la Falling In Love gitu...menarik je lagu ini...ceria je mendengarnye...
-----------------------------------------------------------------------
Falling In Love - Dato' Siti Nurhaliza
Once in a lifetime…
And your sweep took off your feet
And everything I’ve touched dissolve itself before my eyes
You’re taking me higher when I hear you speak to me
This is so familiar but I’m caught up in this fantasy,


*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you
When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see you in my dream you’re taking me higher when I hear you speak to me
I’m trying to tell you that I will never won’t to let you go


*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you
Over and over again because I’ll let my mind
You give me something in you to believe in
Come to take me away…


*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

21 September 2011

751 : macam tak caye je...

insya'allah jika takde aral melintang aku akan mencapai impian dan cita-cita aku pada hari Sabtu ni...setelah sekian lama (2 tahun setengah) berhempas pulas akhirnya aku akan memperolehi segulung ijazah sarjana muda...pelbagai onak duri yang aku tempoh sebagai pelajar dan pekerja...bukan sesuatu yang mudah untuk memperolehinye....


jutaan tima kasih pada my hubby, family dan kekawan yang memahami dan berkorban kepada aku selama ni...mereka yang telah banyak mengetahui suka duka aku bergelar sorang pelajar jarak jauh...

alhamdulilah, aku bersyukur padaMu Ya Allah....

750 : jamu makan...

alhamdulilah hasrat aku dan my hubby utk wat makan-makan untuk family berjaya jugak...bukan open house tapi just utk makan-makan bersama keluarga aku dan keluarga my hubby...mengeratkan silaturahim katanye...insya'allah....aku buat makan-makan ni pada hari Ahad yang lepas...


aku memang plan nak jamu our family dengan masakan sendiri...masakan yang simple tapi kenyang...aku masak mi kari dan puding jagung kastard...semuanya aku masak sendiri...walaupun tak sedap tapi aku puas ati hilang mak, mak mertua, adik beradik dan anak buah makan dengan penuh semangat...


terima kasih diucapkan kepada keluarga aku dan keluarga my hubby yang sudi datang ke teratak buruk kami tu...insya'allah jika ada rezki kami akan jamu kekawan plak...tapi tak tahu la bila...insya'allah...yang bestnye my twin plak baru je abis pantang...kirenya my twin tu beraya sekali la...baru la dapat makan apa yg hendak dimakan...huhu

20 September 2011

749 : tiket free...

alhamdulilah last week aku dapat emel dari Nuffnang utk dapat tiket free TGV sempena besday aku bulan September...ni baru first time aku dapat tiket free dari Nuffnang sejak aku join Nuffnang ni...thanks Nuffnang...

selalunya aku just baca blogger lain yang dapat tiket free untuk review filem2 baru yang akan ditayangkan...dalam hati dan fikiran terfikir gak, macamne diorang boleh dapat ye...huhu..tak sangka kali ini aku berpeluang untuk dapat 4 tiket free menonton di TGV...

oleh itu pada malam Hari Malaysia yang lalu aku dan my hubby pergi menerjah TGV Wangsa Walk Mall di Wangsa Maju...aku ajak hubby tengok ceta Fright Knight tapi my hubby sibuk nak tengok ceta Apollo 18...ikut kan jelah coz katanya cerita ni berdasarkan kisah benar...huhu

yang pastinya ceta Apollo 18 ni memang hampes dot com la...first expression masa masuk panggung tu memang bole kire orang yang ada dalam panggung....padahal yang beratur beli tiket kat luar punyelah ramai...huhu...my hubby kata "ceta pasal batu-batuan bodoh"....hahaha...memang lawak la my hubby ni coz dia yang teruja nak tengok ceta ni pastu dia boleh kata cam gitu...nasib baiklah tiket free kalu beli memang rasa tak berbaloi langsung...huhu

ada 2 tiket lagi dan yang pasti pilihan ceta di tangan aku kali ni...aku nak tengok ceta yang best2 sempena besday aku huhu...

14 September 2011

748 : kerja gile...

pagi semalam ntah kenapa kat aku ntah....jadi tak betul sikit haha...aku buat kerja gila haha...

macam biasa aku bukak emel dan baca emel2 yang ntah apa2 ntah...hehe...pastu aku surf plak website Milk A Deal...nak tengok tawaran apa yang best dan menarik...aku suka masuk website ni...tapi tak pernah wat apa2 deal pun...just tengok je...tapi aku dah jadi ahli MilkADeal...

aku tertarik dengan satu tawaran iaitu rawatan Spa...pastu dekat plak dengan kawasan perumahan aku...harga pun boleh tahan....aku terus jadi tertarik hati dan berminat sesangat nak gi spa ni....tambahan plak badan pun dah sakit2 ni nak minta dibelai...haha..sesekali nak diurut dan dibelai mesra kan....


wat pertama kalinye aku buat transaksi online untuk milk a deal dan bayaran secara online...aku mengaku yang aku ini agak prak sikit....bila nak buat transaksi duit secara online aku akan fikir banyak kali...aku takut duit akan hilang di tengah jalan...padahal aku ini orang IT tapi ada mind macam tu kan...memang lawak...tapi kali ini aku nak buat gak....kalu transaksi ni tak berjaya pun, duit hilang pun kurang dari RM50...sampai macam tu sekali aku fikir....yang kelakar nye tu siap call bank dan Milk A Deal untuk tanya camne nak buat transaksi tu...haha....memang dasar prak betul la aku ini...

setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh akhirnya transaksi aku berjaya macam buat kerja berat ...aku berjaya membeli tawaran dengan RM39 (bernilai RM373) untuk Rawatan Menegang Kulit Wajah + Sauna + Skrub Badan + Spa Kaki di The Royal Malaysian Traditional Spa, 2 Lokasi [Diskaun 90%]....dengan RM 39 je akan dapat buat rawatan tegang kulit wajah, sauna, urut badan, skrub badan dan spa kaki selama 135 minit di Royal Malaysia Spa....sapa nak bagi kan...

kalu sesapa yang berminat boleh di link ni masih ada 3 hari lagi untuk beli tawaran ni....ada tempoh 3 bulan nak gi iaitu bermula dari 20 sept hingga 20 Disember 2011...rase tak sabar plak nak pergi...teruja sangat hahaha...

12 September 2011

747 : open house...

sabtu dan ahad hari tu yang pastinye aku dan hubby tak lekat de kat umah...pergi berjalan raye dan menghadiri open house...

hari sabtu jam 2 petang kami bertolak ke rumah Suhaila dan Redza yang terletak di Taman Jasmin Kajang...yang pastinye nak ke rumah pasangan ini, kami berdua sesat barat di dalam kawasan perumahan Taman Jasmin tu...semata-mata nak mencari Jalan Jasmin 17...huhu...hanya Allah saja yang tahu betapa sukarnye mencari jalan jasmin 17 ni...banyak orang yang kami tanya gak la...nasib baik la masa pencarian jalan tu hujan dah berhenti huhu..kalu tak lagi masak la....akhirnya setelah hampir 35 minit mencarinya, memang dah rezki kami jumpa juga la Jalan Jasmin 17 tu...

alhamdulilah kami dijamu dengan nasi ayam dan sate...perut pun memang sedang lapar kerana mencari jalan nak sampai ke rumah tu...thanks Su dan Redza kerana menjemput kami...

hari ahadnya pula dapat jemputan menghadiri Majlis Akikah Nur Alya Sofia dan sekali dengan sambutan hari raya dan kemasukan rumah baru daripada Musnita dan Faizal di Sungai Merab Kajang....yang pastinye kedua-dua jemputan open house ni semuanya area Kajang sane....dan semestinya nak ke rumah Ita ni juga sesat...ada peta tapi petanya salah....kami plak berkonvoi 2 keta dengan oja, nizam dan ika....petanya agak mengelirukan dan menyesatkan kami hehe...padahal buta baca peta....

baby afif (anak oja) dan baby alya (anak ita) yg lena tido...kembar selang 2 minggu..

apa yang pasti kami sampai juga ke Casa Mekar 3....iaitu kawasan perumahan baru dibuka...memang cantiklah rekaan rumah nye di sini...tapi aku tak mampu dan layak utk miliki rumah ni...berangan ajelah huhuhu...




kami yang sedang menjamu selera...


bergambar kenangan di bilik...tempat bergambar strategik sungguh...huhu..



di sini kami dijamu makan dengan daging kambing bakar (aqiqah), nasi makanan tengahari, kek dan kuih muih....yang pastinye best coz dapat berjumpa dengan kawan-kawan seopis di sini...boraknye mengalahkan kat rumah sendiri...memang tak malu sungguhla kami ni...hehe...yelah dapat jumpa kekawan, masing2 excited nak berceta hehe...thanks diucapkan pada Ita dan faizal atas jemputan...

kedua-dua hari tersebut, kami terperangkap dalam kesesakan semasa pulang ke rumah...pergi nye satu rumah je tapi perjalanan nye makan masa satu hari kerana kesesakan yang melampau teruk selepas tol sungai besi dan MRR2....nak wat camne kan...kenalah banyak bersabar...huhu...

10 September 2011

746 : lara M.Nasir...

pagi ini aku bangun nak pasang tv utk tengok nasi lemak kopi o..memang layan la ceta ni...tambahan plak pagi2 cuaca redup dan hujan plak tu...

dalam pukul 10 pagi tu aku tukar channel ke tv2...nak nengok ceta Melayu gitu...almaklumla orang takde astro kan..kena tengok channel apa yang ada disediakan la...aku tengok ada ceta bertajuk Biasan...lakonan maria farida...yang buat aku tertarik ceta ni adalah lagu background tu...dah lama sangat aku tak dengar lagu ini iaitu Lara nyanyian M.Nasir...aku memang suka lagu ni...begitu puitis liriknya...sehinggakan aku penah gak buat satu puisi bertajuk lara gara-gara terlalu minat dengan lagu ini...huhu...

apa lagi aku buka komputer dan surf tentang lagu ni...dengar lagu kat ni kat Youtube dan cari lirik nye...huhu...memang best dan mengimbau kenangan masa dolu-dolu...haha....

kalu nak tahu lagu ini camne, layan la lagu ini dan layan sekali dengan liriknye...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------LARA - M.Nasir

Segunung hiasan cair mengalir
Deras menghala ke laut
Seungu langitku
Di ranjau impian
Menggamitkan gelora

Bila jejari yang berlari-lari
Di sutera selembut bisikan
Semesra irama dakapan asmara
Layarkan pelangi perasaan

Lara di kamar rindu
Haruman mawarku
Lara menyabur jiwa
Dambakan sentuhan
Jejari penawarmu
Yang mujarab
Oh! kasih







06 September 2011

745 : lontong


raye ni aku masih belum berkesempatan nak makan lontong...lidah dan tekak ni betul-betul teringin nak makan lontong...aku nak mak aku punye lontong...memilih kan...huhu...nak wat camne masakan mak juga yang sedap...

kat kedai memang banyak je jual tapi semuanya hampes dot com....semuanya tak sama macam yang mak aku buat...huhu...

aku nak bodek mak aku ni...nak soh mak aku masak lontong...maybe hujung minggu ni kot....dah telan air liuq ni...huhu...hope dapat la makan apa yang aku idamkan huhuhu...

05 September 2011

744 : mee goreng segera...

Hari ni aku mula berpose....alhamdulilah....

Dalam kepala hotak aku memang malas nak masak...huhu memang dasar pemalas kan...aku nak beli je nasi goreng kat kedai makan berhampiran umah aku...namun apa yg diplan tak jadi...kedai makan tu tutup hahaha padan muka aku...takde plak kedai yg jual kuih muih huhu...

Apalagi gi kedai runcit beli bahan buat mee goreng...nak masak nasi tu sempat tapi takut lauk je yg tak sempat nak masak coz masa tu dah pukul 6 pm...sampai je umah apa lagi proses memasak mee goreng bermula...

Alhamdulilah dalam masa 45 minit siap semuanya...dan rezki aku nak berbuka pose dengan my hubby...my hubby pulang dari kerja before maghrib...lagi bersemangatla nak makan coz ada peneman makan huhu...

743 : memori hari raya....

Salam Syawal dan selamat memulakan kerja hari ni...rasa malas nak datang kerja memang dah ada sejak dari semalam...almaklumla dah seminggu bercuti sakan raya, kemalasan itu sudah ada hehehe...namun semangat nak menjalankan tugas, gagahkan juga diri ini walaupun tanpa rela....haha....

alhamdulilah sambutan raya kali ini di sambut dengan cara bersederhana seperti tahun-tahun dulu juga....ada baju raya, kuih raya bagi aku dah cukup lengkap raya aku bersama my hubby...yang pastinye dapat bersalaman dan bermaafan bersama hubby dan keluarga tersayang itu yang amat penting bagi aku....

tema aku tahun ini (ada tema la plak haha), bukan tema la tapi just baju sedondon dengan my hubby yang pastinya adalah warna hijau pucuk pisang....alhamdulilah sejak tahun pertama lagi aku dan my hubby akan pakai warna sedondon di pagi raya....bukan dirancang tapi sengaja je atau kekadang tu secara kebetulan....lagipun kami berdua je belum ada rezki untuk dapat anak huhu....

pagi raya pertama beraya di umah sendiri dahulu...dah siap sarapan, solat raya dan bermaafan baru la gi umah mak mertua yang jauhnya sekangkang kera je...dalam 7 tapak dari umah aku dah sampai dah umah mak mertua...hehe...tak payah nak naik keta bagai...haha....selepas makan dan bersalaman, kami bergerak balik kampung ke Segambut iaitu umah mak aku plak...itu dikira jauh gak la dan balik kampung gak coz nak kena naik keta....nak wat camne kan dah kedua-dua keluarga di Kuala Lumpur....kekadang tu rasa jeles gak orang yang ada kampung....aku nak sangat rasa pengalaman balik kampung sebelum raya namun tidak berkesempatan lagi...

petang raya nye plak aku dan my family pergi beraya ke rumah pak sulung di Gombak dan mak lang di Rawang....yang pastinye semua sedara mara aku ada di sekitar Kuala Lumpur dan Kuala Selangor saje...kalu ikutkan jalan sehari pun dah boleh habis.....mak sedara dan pak sedara tak ramai la katakan....huhu...

raya kedua aku, my hubby dan family mertua bertolak balik ke Taiping dan Semanggol untuk berhari raya di sana....perjalanan pergi dan balik yang pastinye tersekat juga la dalam kesesakan di Terowong Menora dan Changkat Jering....aku ingatkan balik raya kedua dah tak ramai orang balik kampung, rupanya tidak boleh buat ramalan sebegitu ye....

raya ketiga plak, gi beraya sekitar Taiping dan ke Bukit Mertajam, Penang untuk menghadiri kenduri kawin adik kakak ipar...konsep perkahwinan tu kirenya cam open house raya....makanan yang dihidangkan pun ala-ala raya....nasi beriani, laksa dan sate....memang sedap dan meriah...

dari Penang kami pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga....bertolak dari Penang pukul 10.00 malam dan sampai di Kuala Lumpur pukul 5 pagi kerana kesesakan yang teramat sangat....aku dan my hubby wat pass baton pertukaran driver bila mengantuk....huhu...yang pastinye keletihan teramat sangat....

yang pastinya raya ini aku sempat gi umah mak sedara dan pak sedara belah family aku dan family mertua....alhamdulilah....dapat berziarah dan bermaafan antara satu sama lain....itu yang penting...